Posts

Showing posts from February, 2021

KEPERLUAN KESIHATAN ANAK MUSIM PENDEMIK COVID 19

Image
  Keperluan sekolah anak dah selesai, keperluan kesihatan anak jangan diabaikan sekali. 3 barang ni kena stand by siap-siap musim pendemik covid 19 ni. Bukan apa, sebagai ibu ayah kita mesti nak kan yang terbaik untuk anak kesayangan kan? Apa salahnya cegah awal, in sha allah usaha kita pasti Allah mudahkan jua. Madu ni bagus untuk kuatkan tahap kesihatan anak-anak. Selain dari kuatkan antibodi badan, ia juga membantu menguatkan daya ingatan yang mana kita sedia maklum, madu merupakan makanan sunnah zaman berzaman sejak dahulu lagi. Minyak herba asmak sebagai perisai luaran untuk pencegahan awal dari terkena batuk dan selsema. Jadikan rutin sapuan waktu pagi dan malam in sha allah ikhtiar awal ini asbab Allah bantu mudahkan. Jus asmak gold elok sedia bila mana anak tiba-tiba terkena selsema dan batuk tanpa diduga. Elok untuk elak dari batuk selsema berpanjangan. Kalau nak, roger Nurul cepat-cepat tau. www.wasap.my/60137515386/. #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak #m

KEJAYAAN TAK DATANG BERGOLEK TANPA USAHA BERTERUSAN

Image
  Marketing ni bukan hari ni iklan hari ni ada orang beli. Kalau gitu, memang REZEKI sangat. Marketing ni perlu SETIAP HARI. Marketing ni wajib KONSISTEN. Marketing ni kena rajin USAHA. Marketing ni perlu SEMANGAT yang teguh. Marketing ni wajib PAKSA diri buat. Jadi,  setiap hari WAJIB buat iklan.  setiap hari WAJIB post kat FB. setiap hari WAJIB up kat wassap status. setiap hari WAJIB update FB page. setiap hari WAJIB update blog. Sebab... Bila iklan kita naik,  Orang akan tahu kita jual apa, Orang akan ingat kita, Bila dia nak, dia cari kita. Kalau kita tak buat iklan,  tak ada orang tahu kita jual apa. Tenggelam lah kat situ.  Terkubur saja di situ. Lepas tu cakap PRODUK tak laku. Kuncinya, RAJIN, KONSISTEN, USAHA, DOA, baru TAWAKAL. Ingat pesan Mama Nurul ye, nak berjaya perlu KONSISTEN. #tipsmamanurulasmak

MALANG TAK BERBAU, BAIK SEDIA SATU

Image
  Eh kenapa pula cikgunya pimpin tangan turun tangga sampai ke bawah. Masih berteka teki lagi dalam hati ni. Mak-mak sangat kan. Hihihi. Elok sampai bawah cikgunya minta maaf cite sikit kejadian macam mana boleh terluka bibir anak bujang tapi dah sapukan ubat. Kita ngakulah, tahu anak kita macam mana kan. Bagi cikgu tenang. Mungkin cikgu risau reaksi saya tatkala dia bagitahu tadi. Saya cuma jawab, tak mengapa cikgu, bukan salah cikgu pun, saya tahu anak saya macam mana. Jangan risau ye. Ujar saya tenang. Entah kenapa terasa pelik begitu tenang sekali diri ni bagaikan bermimpi. Kikikikikiki. Anak kita, sudah tentu kita tahu kan. Tak mengapalah benda nak jadi. Balik kang mandi, bersihkan darah, sapukan je minyak. Selesai masalah. Benda boleh lega, tak payah nak panjang cerita.  Mudah! #mamanurulasmak

SEJAK BERASMAK MURAH REZKI DENGAN HADIAH

Image
  Alhamdulillah untuk segala nikmat rasa bersama Asmak. Bulan Januari yang luar biasa rasanya. Satu titir permulaan yang bagus buat tahun 2021. Terima kasih buat founder Asmak Puan Nor Fazilah Abd Mohd dan Encik Mohd Selodi Md Ghazali atas penghargaan ni buat agen-agen asmak dan seluruh team HQ Asmak yang menguruskan. Asmak terbaik! Terima kasih tak terhingga buat semua pengguna Asmak yang sentiasa menyokong Nurul dari dulu hingga sekarang. Tanpa anda siapalah Nurul. Syukur alhamdulillah. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak

KALAU TAK MULAKAN, TAK KAN DAPAT APA YANG DIIMPIKAN

Image
  Terima kasih banyak buat KG Faz yang banyak bagi tunjuk ajar dan beri sokongan buat kami. In sha allah nurul akan cuba buat sehabis baik, moga lebih ramai dapat manfaat bersama. Rasa nak nangis tengok pencapaian diri sendiri dari tahun ke tahun. Bermula dengan ada dropship sampai ada agen. Agen datang dan pergi dalam team. Tapi semangat juang Nurul kuat dan sayang nak lepaskan Asmak ni. Kalau tengok pencapaian Nurul, 2018 RM 1,136.00 (sertai hujung Oktober) 2019 RM 14,779.70 2020 RM 32,449.80 2021 RM 60,000.00 (target) Tak sangka dapat sampai ke tahap ni. Tanpa leader dan tanpa team dalam satu pasukan, iaanya tak kan jadi jua. "Ya fattah, ya rahman, ya rahiim... Semoga diKAU terus memberikan peluang untukku bantu lebih ramai orang yang nak dibantu." Lain sangat bisnes Asmak ni berbanding bisnes lain yang Nurul pernah join. Semangat berpasukan, kerjasama dan sikap saling membantu sangat kuat dalam team asmak kami. Yang masih mencari-cari bisnes apa yang nak join masa pendemi

BERANAK PINAK YANG BERBALOI-BALOI

Image
  Tu dia beratur dari anak sampai moyang haaa... Ni dia kata mengumpul koleksi. Katanya mama pun ada 3 anak. Saya pun nak beranak jugak. Kalau minyak asmak ada 3 saiz, along, angah dan adik, bobot pun ada ayah dan anak jugak. Gasakkkan dia. Janji happy dan dengar kata. Yang jadi beranak tu, bukan si bujang je nak, yang kakak pun merengek nak. Ya rabbi, sabar jela. Teringin katanya. Hadiah besday tahun 2021. Apa- apa jela anak perempuan zaman sekarang ni, banyak-banyak mainan, robot ni jugak yang dia nak. Kalau nak minyak asmak, roger je nurul tau www.wasap.my/60137515386/. Yang kecik senang simpan. Yang angah menjimatkan. Yang along berbaloi-baloi untuk dibeli. Cuba sekali pasti beli lagi. Tak cuba tak tahu, dah cuba setia yang satu. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

BERKONGSI REZKI SALAH SATU NIKMAT YANG TAK DAPAT NAK DIRAGUI LAGI

Image
  Bulan ni istimewa sikit, sebab bulan kelahiran anak-anak dara Nurul. Rasa nak berkongsi sikit rezki dengan cikgu-cikgu tadika anak. Kebetulan birthday anak-anak dara ni sama iaitu 18 februari. Alang-alang si adik ni nak sambut kat sekolah, bagi la sikit cenderhati buat anak-anak tadika dan cikgunya. Semoga pemberian ikhlas nurul ni dapat memberi sedikit sebanyak ramai orang lain untuk rasa kelebihan minyak asmak yang menjadi pilihan ibu ayah masa kini. Dah la jimat, mesra umur dan mesra pngguna pula tu. Istimewa sangat. Cukup hanya sebotol dalam rumah untuk kegunaan seisi keluarga baik untuk legakan batuk, selsema dan semput, malah elok untuk cegah kembung perut dan sembelit, kecutkan buasir dan legakan senggugut. Yang mana sakit kepala ke migrain ke gatal ekzema ke luka berdarah pun elok sangat sapu cepat-cepat tau. Psttt, nak dapatkan sampel pun boleh roger Nurul tau, tekan je link wassap ni, www.wasap.my/60137515386/mha Hihihihi. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

SI HITAM PELEGA DAN PENYELAMAT

Image
  Dah seminggu menanggung sakit kepala ni, kekadang rasa nak cabut je kepala ni lepas tu pasang balik. Macam-macam petua dah hakak cuba. Sampai satu tahap tu g amik minyak asmak lumur je atas kepala ni balut kain. Sedar-sedar terlelap. Hihihihi. Kalau nak tahu, minyak asmak ni banyak gunanya tau, bukan saja untuk sakit kepala, tapi untuk kembung perut, sembelit dan buasir, yang elok sangat untuk cairkan kahak bagi yang dah batuk dan selsema lama. Mana-mana yang semput tu pun elok lah sapu kerap, in sha allah semput yang lama tu pun beransur sembuh. Benda boleh jimat gaisss... #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PEMUDAH CARA MESRA PENGGUNA

Image
  Zaman sekarang ni semua benda nak mudah. Kita pun suka beli gadget rumah dan macam-macam peralatan untuk memudahkan kehidupan harian kita di musim pendemik covid 19 ni. Ada satu lagi item yang akan memudahkan kehidupan. Rugi kalau tak ada. Bila dah kenal dah jatuh cinta memang takkan lekang. Kalau tak ada penasaran lah hidup kalian jadinya. Tak perlu nak berteka teki lagi. Minyak Herba Asmak memang dah diketahui ramai sebagai minyak pelbagai guna dan mesra pengguna. Digunakan untuk mengurangkan batuk, kahak, selsema dan semput, cegah kembung perut dan sembelit. Bukan tu saja Minyak Herba Asmak juga elok di gunakan jika terkena gigitan serangga atau nyamuk, luka berdarah, bengkak, lenguh badan dan urutan bayi. Sesuai di gunakan untuk semua peringkat umur tau. Kalau nak cuba boleh pm tepi Nurul ye. Kita borak panjang lagi. Tidur lebih lena, hidup lebih ceria dengan Minyak Herba Asmak. Sebotol mesra pengguna pelbagai guna! Menjimatkan sangattt.  Nak cepat, meh www.wasap.my/60137515386/.

REZEKI BERASMAK AWAL TAHUN 2021

Image
  Kalau kita nak sesuatu kita kena perlu korbankan sesuatu. Kalau kita nak sesuatu, kita harus beri sesuatu dulu. Mulakan dengan memberi dulu. Mulakan dengan berkongsi dulu. Mulakan dengan ikhlas dulu. Pasti... Janji Allah itu pasti Esok, lusa, tulat.. Minggu depan... Bulan depan... Tahun depan... In sha allah akan jadi milik kita jua. Berusahalah... Buatlah semampu yang boleh... Buatlah sehabis baik yang boleh... Buatlah semaksimum yang mungkin... Untuk dapat yang terbaik kena buat yang paling terbaik. Alhmdulillah rezki bersama Asmak sentiasa ada. Itulah die kegembiraan yang tak dapat Nurul ceritakan. Hanya linangan air mata kegembiraan mengiringi jua. Semoga lebih ramai dapat manfaat bersama. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

SAYANG SERIBU KALI SAYANG HINGGA HUJUNG NYAWA

Image
  Tiada kata mampu mama ucapkan hanya titipan doa memayungi kamu berdua agar dilindungi selalu walau di mana jua kamu berdua berada kerna mama tak kan dapat selalu menemani ke mana saja kamu berdua pergi. Semoga kamu berdua kuat menempuhi segala cabaran dan dugaan yang datang untuk terus cemerlang di dunia mahupun akhirat. Selamat ulang tahun kelahiran kakak ke 9 tahun dan adik ke 6 tahun yang berkongsi tarikh lahir yang sama, duduk di rahim yang sama cuma keluar dari perut mama saja waktu berbeza. Berkongsi tarikh lahir pada tahun berbeza dengan karakter yang berbeza menjadikan mereka teman bermain, bergurau senda, tidur, mandi dan makan bersama-sama. Moga kamu berdua terus membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati dan penyejuk mata papa dan mama, dan semua yang memandang kamu, terus cemerlang akhlak dan akademik, berjaya di dunia dan di akhirat. Papa mama sayang kamu semua. Selamat ulang tahun kelahiran yang buat sofiyah dan syairah. Sayang mama tiada penghujungnya..

TAK PAYAH NAK RISAU PANTANG SEAFOOD LAGIII

Image
  Hari ni niat hati nak beli ayam je sekali nampak kerang, ceduk la sikit masuk plastik. Mak-mak sangat kan. Ingat saja kegemaran anak-anak di rumah. Balik rumah basuh kerang bersih-bersih, ketuk bawang putih, serai, masuk daun kunyit, biarkan sampai air mendidih baru masukkan kerang yang dah basuh bersih tadi. Siappp! Kalau makan kerang rebus ni wajibul ghunnah cecah sambal kicap. Laju-laju kisar bawang putih dan cili api, perah limau dan tuangkan kicap lemak manis. Perghhh, hakak tak tahu nak cakap rasa dia cam ne, tapi dengan nasi panas-panas memang tak laku dah ayam kepci hakak tau. Asmak herbs dah ada, habis seperiuk kerang rebus hakak pun tak kisah. Kikikiki Kalau cari set resdung boleh ler roger Nurul ye www.wasap.my/60137515386/. Kita legakan dalaman dengan kapsul resdung keluaran Asmak dan luaran dengan sapuan minyak asmak. #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak #asmakherbs

SEKALI KECEWA HILANG RASA PERCAYA

Kadangkala kita terlupa... Kadangkala kita terleka... Kadangkala kita tersilap kata... Dalam tak sedar.. Kita buat semua orang terluka... Kita buat semua orang diam seribu bahasa. Kita buat semua diam saja... Fikirlah..renunglah...ingatlah... Di mana silap kita sebelum laju menuduh tanpa periksa? Di mana akal kita untuk berfikir sebelum berkata? Di mana rasa rendah diri kita untuk bertanya sepatah dua? Ingatlah... Setiap keping hati punya perasaan.. Setiap keping hati punya rasa menebal jiwa Setiap keping hati layak dihormati jua... Sebelum berkata-kata fikirlah sejenak wajarkah kita menilai sedemikian rupa? Tepuk dada tanya akal dan jiwa. #muhasabahdiri #hatisedihpiluremuksekali #mamanurulasmak

JANGAN GUNDAH GULANA SAKIT KEPALA, ROLL ON KAN ADA

Image
  Agak-agak pening kepala nak jawab soalan anak, roll kan aje. Perghhh, bau pudina ni mengasyikkan sungguh. Lega tak terkata. Pdpr oh pdpr... Indah mana namanya... Indah kabar dari rupa... Hahahahahahaha... Dah nasib kita nak, kita harungi saja ye. Ada ke tak ada. Itu belakang cerita. Yang penting hidup kena teruskan. Umur kita semakin bertambah. Jangan dihabiskan masa berlalu begitu saja. Kita harungi bersama jua. Channel TV pendidikan ada, kita guna bersama belajar bersama. Kecewa..tipulah kalau kata tak kecewa. Sebagai ibu bapa kita nak yang terbaik untuk anak kita. Tapi kalau yang diberi tanggungjawab tak laksanakan, sendiri ingat la ye. Jawablah kalian di sana. Biarlah kita dihina di mata manusia asal bukan ada nama tapi tanggungjawab entah ke mana. Muhasabah diri di malah hari dari ibu yang kecewa dan sedih dan merana nak kena belajar semua subjek sekolah pagi dan petang untuk ajar anaknya semula. Moga cepatlah virus covid lenyap dari bumi agar anak yang 6 tahun

KESERONOKAN BERGANDA PILIHAN DI TANGAN KITA

Image
  Perut dah isi, layankan kejap mandi kolam belakang rumah. Nak pergi bercuti entah bila berpeluangnya kan? Kesian kat anak-anak terkurung je dalam rumah. Kita orang tua pun buntu, apetah lagi si kecik ni yang ligat beraktiviti. Apa salahnya modalkan sikit beli kolam. Pagi dan petang berulang kali boleh mandi. Hihihihi. Apa yang penting, sebelum mandi sapulah siap-siap minyak asmak ni. Pencegahan awal dari terkena selsema dan batuk akibat berendam air terlalu lama. Tu belum lagi kes tertelan air. Kahkahkah. Janji anak-anak gembira kita pun senang hati. #minyakherbaasmak #agenasmakkotamasai

MINYAK RAMBUT BAU GULA-GULA BUAT SEMUA TERUJA

Image
  Punya sedap bau minyak rambut ni, malam hari pun anak minta pakai lagi. Kali pertama buka , rasa macam tengah buka balang yang berisi gula-gula tau. Fuhhh, teringat zaman kanak-kanak ribena dulu masa ziarah raya seronok dapat makan gula-gula. Bau sevenis ni memang buat imbau memori zaman kanak-kanak ribena lah. Perghhh, wangi sevenis yang harum manis ni membuatkan satu keluarga suka. Cuba sekali pasti jatuh cinta. Cewahhh! #sevenishairoil #agenasmakkotamasai

YANG CAMPAK-CAMPAK SUNGGUH MENYELERAKAN

Image
  Penangan lemak udang nenas ni mengancam sungguh. Sampai ke kulit kita hisap kuahnya. Konon macam sedap sangat ler tu. Tapi tetap tak sama macam ibu Nurul dan mak mertua Nurul masak. Memang tak boleh lawan lah. . Cuma yang seronok bila cik abang kata, "yang lain kali masak cam ni lah udangnya tak payah la asik goreng kunyit je". Fuhhh, ok la tu agaknya kena dengan tekak dia. Eh kita tak pantang dah tau sekarang, kita pantang tengok je. Kul 11 malam pun jadi jek makan nasi sepinggan dengan lauk udang ni. Fuhhh, nikmat sungguh. Tolak tepi dah soal nak selim melim tu. Makan asmak herbs dah tak risau lagi nak pantang seafood. Pantang tengok ada lah. Kahkahkah. Nak stand by set resdung roger Nurul tau www.wasap.my/60137515386/ #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

SAPUAN AWAL PENCEGAHAN TERBAIK

Image
  Seronok sungguh makan limau. Dapat pula yang manis sungguh tu, fuhhh berebut mak dengan anak.  Jangan lupa basuh bersih-bersih tau. Pssttt, minyak asmak jangan lupa stand by, tetiba gatal anak tekak tu cepat-cepat sapu. Konfom terbantut cik tuk yang baik sangat baru nak menjengah tu. Huhuhu. Nak minyak asmak roger je nurul tau 0137515386  #agenasmakkotamasai

TAK PANTANG MAKAN LAGI SEJAK ADA ASMAK HERBS

Image
  Dulu kalau cik abang beli sushi kita tengok je dia makan. Memang tak pandang, tak heran apetah lagi nak telan. Sekali hari tu, dia suruh cuba sebab 4 pek sekali dia beli. Nurul pun cuba lah. Ya allah sedap rupanya. Tapi inovasi sushi melayu ni macam-macam perisa tau. Bukan udang dan ketam je, kerang dan sotong pun ada. Tapi sedap kena dengan anak tekak melayu jawa ni. Makan berdua tak ingat dunia sebab asmak herbs ada, rasa gatal je terus telan. Senang cerita. #agenasmakkotamasai

HINGUS DAN KAHAK HIJAU KELUAR, MINYAK RM19 ASBAB UTAMA IKHTIAR PELEGA

Image
  3 bulan lepas, nak dikatakan kerap juga adik kejut tengah malam sebab tak selesa nak tidur dan asyik terjaga je. Kadang-kadang adik kejut pukul 3 pagi lepastu mummy langsung dah tak boleh nak tidur. Mummy dah buntu tak tahu nak buat apa. Satu hari, masa adik tengah tidur, adik batuk teruk sangat sampai menangis teresak-resak. Mummy cemas sangat. Mummy terus bawak adik pergi hospital. Doktor bawak adik masuk billik kecemasan dan bagi oksigen. Adik kena tahan wad. Sebulan adik bergantung dengan ubat hospital, tapi keputusan sama juga. Cuma tak seteruk dulu. Mummy buntu. Mummy ambik keputusan untuk cuba cara lain. Mummy cuba cerita dengan kawan-kawan tanya pendapat. Salah sorang kawan mummy ada masalah yang sama juga. Katanya lepas ikhtiar Minyak Herba Asmak terus keluar lendir-lendir kahak dan selesama warna hijau. Alhamdulillah, dengan izin Allah adik dah boleh main dengan kawan-kawan macam dulu. Adik juga dah tak kejut mummy pagi-pagi buta sebab tak selesa. Mummy dah boleh

TAK RISAU LAGI MAKAN SEAFOOD

Image
  Setiap ibu mesti nak berikan yang terbaik untuk anaknya. Tak kisahlah mengandung kali ke berapa pun pasti teruja nak sambut bayi yang dikandung sembilan bulan dalam rahimnya.  Macam tu juga dengan Nurul. Dah terbayang-bayang saat dapat pulang ke rumah nak belai dan bermanja dengan bayi. Perghhh, mandikan dengan baby wash asmak, urutkan dengan minyak asmak dan EO asmak, sapukan lembut minyak rambut di kepalanya yang masih kecil tu sambil berbual-bual dan peluk cium. Fuhhh nikmatnya ada baby baru. Rasa nak peluk cium tak nak lepas. Moga ada rezeki Nurul nak merasa lagi. Hihihi. #asmakherbs #agenasmakkotamasai

PERMULAAN 2021 SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT

Image
  Tak pernah menjangka untuk dapat penghargaan ucapan macam ni. Rasa seronok bercampur baur dengan hiba. Bukan apa, tanggungjawab semakin banyak untuk digalas. Bukan setakat buat untuk diri sendiri saja tapi untuk Team Nurul jugak. Asmak ni lain sangat. Berada dalam keluarga Asmak menjadikan Nurul seorang yang sangat bertuah dikelilingi sahabat-sahabat positif yang tak lokek ilmu kongsi bersama malah macam-macam teknik dan tips yang sangat membantu sama-sama berjaya dalam bisnes. Syukur alhamdulillah untuk permulaan Januari yang sangat indah dan cukup menggembirakan Nurul. Semoga menjadi titik permulaan untuk Nurul terus melangkah dengan semangat yang menggunung tinggi untuk berkongsi kebaikan produk asmak agar ramai dapat manfaatnya bersama. Terima kasih KG Faz bawa Nurul sertai Asmak yang cukup lengkap menceriakan dan membahagiakan Nurul. Tak lupa juga terima kasih buat semua #teammamanurul yang sentiasa memberikan kerjasama yang cukup baik. Jom jadi yang terbaik di tahun 2021. #team

REZEKI DIKONGSI BERSAM LEBIH RAMAI DAPAT MERASA

Image
  Bulan lepas belikan agen Nurul reward telekung sebab capai target team. Sekali anak dara nampak dia pun nak juga. Dia pilih sendiri la tu, tapi apakan daya tak ada stok warna ungu dan merah jambu. Jadilah nak dari tak ada kan. Cantik jugak. Ye dak? Kikikiki.  Yang bujang tu merajuk mama tak belikan dia. Nak jugakkkkkkkkkkkkkkk! Mengada betul buat muka gitu. Geram kan??? Sabar jela. Itulah keletah anak-anak yang menghiburkan dan menceriakan kita sebagai ibu bapa. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dapat dirasa. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

REZEKI ALLAH LUAS NIKMATNYA

Image
  Pin pin pin pin..lori jnt dari jauh dah hon. Kemainnn dia.  Rupanya mak kita bagi reward disember nurul baru nak kelim. Sepasang dah russell taylors kita hadiah dari mak leader. Boleh masuk muzium la penimbang kiok kita zaman bisness roti dulu tu. Best sangat sebab penimbang baru ni 10kg, mudah kerja nak pos barang lepas ni dah tahu berat dan harga yang betul. Syukur alhamdulillah sejak berAsmak macam-macam rezki merasa. Terima kasih mak leader Faz bawa Nurul ke dalam bisnes Asmak. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

HARGAILAH TEAM YANG ADA BUAT KITA LEBIH BERSEMANGAT

Image
  Tahniah anak-anak.  Selagi mampu kita usaha kongsikan manfaat produk asmak. #pekanpahang meh dapatkan produk asmak dengan AdiLah OthMan ye  #tanggabatu #bukitrambai #SungaiUdangMelaka nak produk asmak roger kakak kawasan Nor Afihana  #merlimaumelaka cari produk asmak dengan adik manis jual kek lapis asam manis Nurdiyana Abd Malek  #seremban cari Zatul Himmah tau. Dia baru restock lagi tu #bukitgambir nak cuba produk asmak roger je Aida Azmi  Terima kasih #teammamanurul untuk kerjasama Januari yang sangat luar biasa. #teamMamaNurul #agenasmakkotamasai

JANUARI MENCIPTA NAMA BERSAMA ASMAK

Image
  Tak pernah terfikir nak cipta kenangan di awal 2021 ni. Semoga kejayaan yang kecil ini menjadi pemangkin untuk terus bersemangat sampai ke akhir hayat. Terima kasih buat suami dan anak yang sentiasa memahami. Terima kasih buat ibu ayah dan keluarga yang mendoakan. Terima kasih dan tahniah buat semua #teammamanurul yang sentiasa beri kerjasama. Terima kasih mak leader Fazlina yang tak jemu bagi sokongan dan tips-tips power. Terima kasih #Asmak yang sentias sediakan program yang sangat-sangat best untuk agen asmak. Terima kasih buat semua pelanggan Mama Nurul yang tak jemu sokong #bmf dengan membeli produk Asmak. Syukur nikmat dariNya yang tak terhingga. Dengan Asmak Nurul mampu mencipta nama. Alhamdulillah syukur nikmatNya. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #teamMamaNurul

REZEKI ALLAH SANGAT LUAS NIKMATNYA

Image
  Tiada apa yang mampu dikatakan, hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang ada. Kalau nak dibandingkan pencapaian dulu berbanding sekarang, jauh sangat. Bagai langit dan bumi. Tapi manusia ni allah cipta ada akal fikiran. Bila idea datang, tangan pula bagai lipas kudung tak cukup nak uruskan. Sebagai pemangkin semangat walau dalam hati berbagai rasa yang tak mampu nak dikatakan dan dipertunjukkan. Semoga dengan usaha ni allah bagi peluang yang lebih banyak agar ramai dapat rasakan manfaat produk asmak bersama. #asmakdihati #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai