Posts

Showing posts from September, 2020

PENYENYAK TIDUR MALAM HARI

Image
  Wowww. Essential oil Asmak ni mengancam sungguh bau serai wanginya.  Tenang je, bikin nyenyak tidur malam hari.  Jangan subuh gajah sudah ler.  . Meh tambah ilmu sikit. Kelebihan Essential Oil Citronella  1. Diperbuat daripada pati asli serai wangi 100%. 2. Boleh dijadikan  penghalau serangga dan minyak urut.  3. Mandian aromaterapi  4. Digunakan untuk minyak urutan ibu dalam pantang dan berkesan untuk membuang angin serta menghangatkan badan 5. Digunakan sebagai wangian bilik dengan wangian herba segar menggunakan diffuser. 6. Bersifat antiseptik. Sesuai untuk mengatasi masalah kulit berkematu, jangkitan kulat dan bakteria pada kulit. Anda akan rasa pedih sedikit tapi teruskan sapuan seperti biasa. Masalah kulit anda akan dapat cepat diselesaikan. 7. Bauannya mampu membantu mengurangkan stress dan membuatkan tidur lebih baik.

BAUNYA CUKUP MENAMBAT HATI TERPIKAT

Image
    Alhamdulillah lega sangat hati ni bila dapat  F E E D B A C K pasal bau sedap minyak rambut asmak ni. Sungguh!  Tak tipu. Jom B E L I satu.

BAU MEMIKAT HATI TERPIKAT

Image
Cemburu betul tengok rambut anak dara cilik ni berkilat semacam, lebat pula tu, suka mata memandang.  Mana tak nya, anak dara cilik ni guna sevenis tau. Tak padan kecik pandai nak melawo juga.  Mujur sangat sebotol ni serumah pakai.    Jimat gitu.  Berbaloi-baloi dengan 7 jenis minyak dalam sebotol!

SET BABY MAMPU MILIK

Image
  “Pening tak tahu nak pilih set baby mana untuk baby dalam perut ni”, kata puan Ani pada Nurul. Puan Ani, meh Nurul nak bagitahu. Kalau nak pilih set baby, tengok pada kandungannya dulu, dari segi bahan, harga dan saiz. Terus terang Nurul cakap, untuk kali pertama biasa Nurul suka cari saiz kecil dan comel je sebab senang nak bawa ke depan ke bilik dan nak masuk beg travel. Maklumlah kalau dalam pantang ni kan pindah randah cari tempat baby selesa dan sesuai. Hihi. Bila dah serasi tengok kulit anak ok semua baru Nurul akan beli saiz besar terus jimat dan boleh refill dalam botol kecik. Meh ler kalau tak tahu nak beli set baby apa untuk baby bump dalam perut tu. eh, untuk anak kulit bermasalah pun elok cuba sekali. Mana tahu dengan Asmak Baby Care kulit anak serasi dan licin pulih kembali. Jangan segan silu, meh nak tanya ke nak terus beli pun boleh. Kita bisik tepi bagi lega puas hati.

SEHOTOL KONGSI BERDUA

Image
  Hakak sha ni kalau beli losyen suka yang tak melekit. Suka yang bau sedap. Orang kata selesa gitu. Anak pula dah besar kan, nak melawo lah, nak kulit cantik, losyen mak ke bedak compact mak ke shampoo mak ke semua jadi dia punya.  Korang nak tahu tak, losyen asmak yang hakak sha guna sekarang ni buat kulit hakak sha yang kering tu elok. Maklumlah hakak ni semua kerja hakak buat.  Kawan-kawan, kalau nak beli losyen kan, cari yang baik untuk kulit tau. Maksud hakak sha kandungkan tu baca betul-betul. Sebab losyen asmak ni ada “aqua” elok sangat untuk kulit kering ke kulit merekah ke kulit kasar ke. Tak percaya kena cuba tau.  Gerenti jatuh cinta punya.

MASA ITU IBARAT EMAS YANG SANGAT BERHARGA

Image
  Kekuatan seorang wanita datang bersama anak-anak di sisi yang setia menemani. Sedih atau gembira, senyuman juga yang terukir di wajahnya yang penat lelah kusam itu. Penat atau tidak dia tetap sempurnakan segalanya dengan baik. Itulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu buat anak tersayang. Maka, selagi hayat dikandung badan, gembirakan dan luangkanl tsedikit masa untuk orang yang sayang.

NIKMATILAH SEGALA APA YANG KITA MILIKI DEPAN MATA

Image
  Dalam hidup ni kita jangan nak berharap sangat untuk dapat balasan atas apa jua yang kita lakukan.  Terlalu perit rasanya bila yang kita harapkan tak dapat. Elok kita ikhlaskan diri bila buat sesuatu. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Apa jua yang kita buat segalanya menjadi saksi kelak. Segalanya akan terbalas jua kelak. Lambat atau cepat semuanya hanya sekadar pinjaman Allah buat kita. Niatlah untuk cuba jadi yang lebih baik dari semalam. Cuba jadi anak yang baik, menantu yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, kakak yang baik, jiran yang baik malah insan yang terbaik dikalangan yang baik. Syukurilah segala nikmat yang Allah telak beri untuk kita rasai. Terlalu banyak nikmatNya tak terbilang banyaknya. Nurul rasa bersyukur sangat. Terasa terlalu banyak yang Allah pinjamkan untuk dirasa selepas Nurul sabar dan redha dengan apa yang Nurul lalui sebelum ni. Indahnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Banyak hikmah yang Nurul nampak. Itulah yang membuatkan

TUNJUKKAN JALAN, PIMPINLAH TANGAN SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

Image
  Minggu lepas tak dapat bertemu bertentang mata, minggu ni kita kasi jadi juga walaupun tak cukup sorang sebab ada hal.  Tak banyak ilmu yang Nurul dapat kongsikan tapi tips yang sedikit ini in sha allah dapat bantu dalam menangani penolakan atau bangkangan dari pihak sebelah. Kalau tak jelas penerangan tadi, boleh boleh rujuk nota di group ya. Ayuh semangat! Nurul yakin Yana, Aida, Nad, Fihan dan Za boleh. 🎶Jika kau fikirkan kau boleh Kau pasti boleh melakukan Jika kau masih ragu-ragu Rujuk nota dan tanya cikgu🎶

SEMBELIT LEGA DENGAN MUDAH SAJA

Image
  Ibu mana yang tak risau kalau anaknya sembelit. Tak senang hati dibuatnya. Tambah pula anak jenis susah makan buah, payah makan sayur dan tak berapa gemar minum air masak. Bila mana Nurul cadangkan sapukan minyak asmak. Buatkan rutin sapuan lepas mandi pagi dan petang dan urutkan sebelum tidur, akhirnya lawas jua membuang.  Lega hati Nurul tau. Bila dapat bantu legakan kerisauan yang melanda hati ibu-ibu lain.  Yang mana anak memang ada masalah membuang tu meh la ikhtiarkan. In sha allah, kita usaha allah bantu mudahkan. Tak payah nak segan silu, marilah risik tepi. Nurul bantu legakan kegusaran di hati. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

SESUDU PENGIKAT KASIH SAYAG BERPANJANGAN

Image
  Yang, pagi ni abang rasa ringan la badan. Bangun pun segar je rasa. Agaknya semalam pas keluar angin menderu-deru tu agaknya buat badan abang pagi ni semangat semacam. Lepas ni setiap malam buatkan abang teh o halia suam lagi ye macam semalam. Sedap sangat tak ada pun rasa halia sangat macam mak kita buat dulu-dulu. Laaa, abang ingat saya buatkan teh o halia ke malam tadi? Ni la bang saya guna madu halia bentong je. Lepas tu saya perahkan lemon sikit. Laaa, patut la sedap semacam. Setiap malam tau yang. Terima kasih yang.  Sebenarnya secawan air pun dah buat hubungan kita suami isteri bertambah erat. Lagi-lagi kalau kita buat dengan bismillah dan selawat.  Angin kus kus keluar tu bonus la. Ringan badan ceria la tuan badan. Hihihi. Jom pikat suami dengan secawan teh o madu bentong ni.  Nikmat terpikat, hubungan erat.

MAKLUM BALAS BAIK BUAT HATI NURUL LEGA

Image
  Leganya hati ni tak ada siapa tahu. Syukur alhamdulillah dapat hilangkan kegusaran di hati sahabat, anakanda tersayang selsema hidungnya tersumbat. Ibu ayah kalau ada anak yang kerap selsema ke batuk kahak lama tak elok ke meh Nurul bantu bagi elok dan lega. Bila anak ceria, kita ibu ayah pun gembira. Tak ada lah risau pergi kerja tinggal anak kat pengasuh lagi. Ibu ayah pun senang hati fokus kerja. Cuti hujung minggu pun berkualiti dapat reward anak isteri. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

SESUDU PELEGA SEMBELIT KRONIK

Image
  Masalah orang buasir ni satu je, ngeri nak melabur. Serammm sungguh. Kadang rasa stress pun ada. Dia punya sakit tu tak tahu nak cakap la.  Tapi kan, kak N nak kongsi satu rahsia ni. Rasa kesal pula tak kongsi dengan orang yang buasir. Sejak adanya madu kurma ni, kak N konsisten je minum pagi dan malam, pas tu konsisten sapu minyak asmak, Alhamdulillah allah sembuhkan.  Lawas sembelit, bonus buasir pun kecut. Allahuakbar lega rasa. Bertahun-tahun merana buasir dan sembelit ni akhirnya jumpa ikhtiar yang melegakan sangat. Syukur nikmat dariNya. Kak N tak jual tapi kak N cuma nak kongsi dengan orang lain, ada ikhtiar dan penawar mujarab, marilah kita kongsi bersama. Kalau kalian tak cuba mana nak tahu elok ke tidak. Haaa, gitulah pesanan Kak N.

SEMANGAT LUAR BIASA BILA STOK BANYAK KAT TANGAN

Image
  Pandanglah... Renunglah... Tataplah... Ingat semula kenapa anda bermula, jangan mudah mengalah dan berhenti di tengah jalan sedangkan ada manisnya di hujung liku itu. Janji Allah itu pasti. Siapa yang berusaha ada ganjarannya. Usahalah bersungguh-sungguh.  Yakin rezeki itu Allah yang beri.  Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. #mamanurulasmak

SET 3 ABC KECIL SESUAI UNTUK YANG SUKA TRAVEL

Image
Mak-mak ni kalau pergi berjalan suka yang ringkas tambah pula anak dah ramai. Suka yang ringkas tapi lengkap untuk semua. Kalau anak memang jenis kulit sensitif tu elok grab set travel mampu milik ni. Dari yang sulung sampai baby semua boleh pakai tau. Mak pun tak risau dah anak kulit gatal la mana yang kulit kering la. Sebab set abc ni dah cukup untuk masalah anak-anak sensitif. Yang mana tak suka botol besar-besar set abc kecil ni sesuai sangat. Haaa, meh la stand by 1 set senang nak pergi jalan-jalan cuti sekolah nanti. Yang suka bawa anak mandi kolam wajib ada 1 set senang nak bilas mandi badan bersih tak gatal tak kering lagi. Ajommm berABC. #asmakbabycare #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

BERSHAMPOO BUNGA RAYA MEMUASKAN HATI

Image
 Macam pelik la bersih je lantai ni tak nampak pun rambut sepah-sepah,sape cik abang pada isterinya. Yela bang, sejak sayang guna shampoo bunga raya nilah rambut sayang dah kurang gugur. Kalau selalu penuh sikat dengan rambut, ni dah tinggal sehelai dua je. Oh ye ke? Ok la tu, alhamdulillah. . . . Ada yang alami masalah rambut gugur lagi ke tu? Dah ada solusi mudah tak payah pening-pening penat-penat menyapu rumah berkali-kali sehari lagi. Rambut wangi, lebat dan tak gugur lagi, bonus kelemumur pun jarang sekali. Cuba sekali shampoo bunga raya penyelamat wanita masa kini. #mamanurulasmak

BILA HATI TERPIKAT TERUS TERIKAT

Image
  Kalau pijak pasir lekat-lekat... Tapi sapu minyak asmak terus terpikat. Terpikat sebab ... -kahak pekat cepat cair -batuk kering cepat lega -hingus cepat kering -sembelit tak jengah lagi -kembung perut jauh pergi -migrain lega -lenguh kaki cepat selesa Memang terpikat habis, terus ikat simpul dalam hati. Pssttt, ada percuma buku nota kecil sekali, jangan malu pi M tepi. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

KEINGINAN TAK MEMBANTASI TINDAKAN

  Setiap orang punya impian yang berbeza. Puny matlamat yang berbeza. Punya pendirian yang berbeza. Punya keinginan yang berbeza. Tapi segalanya tak mustahil tak kan kita dapat jika impian selari dengan tindakan. Umpama masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Teruskan melangkah pergi tanpa sibuk dengan menoleh ke belakang. Ayuh berAsmak. Nurul pimpin tangan bersama. Kita buat sampai berjaya. #agenasmakkotamasai

SAYANGI ANAK BERPADA-PADA

Image
  Anak ni ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan dia. Kalau kita cat putih. Putih la hasilnya. Kalau cat hitam, hitam la jadinya. Sebagai mak ayah... kita wajib tegur jika anak buat salah.   kita wajib tegur jika dia tersilap cakap. kita wajib nasihat jika perlakuannya salah. kita wajib tunjukkan cara yang betul. Kita wajib didik dengan didikan agama yang cukup. Jika dia silap, tunjukkanlah. Jika dia salah, bimbingkan dia. Jika dia buat dosa, tegur dan nasihatkanlah. Sesungguhnya amanah Allah ini  sangat berat buat kita sebagai  ibu bapa. Pikul dan galas tanggungjawab kita sebagai mak ayah sebaik yang mungkin. Tunjukkan cara berpakaian yang betul. Tunjukkan cara melazimi ayat Al  Quran dan sunnah Rasulullah. Tunjukkan cara solat sebagai kewajipan. Tunjukkan cara beradab sopan yang betul. Jika kita sudah laksanakannya dengan baik, pasti Allah redha  dan berikan yang terbaik macam kita inginkan. Didiklah anak berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Jom lahirkan anak pencinta Al Quran. #mam

KASIH SAYANG SEORANG AYAH TAK TERJANGKAU NILAINYA

Image
  Kasih sayang tak dapat dijual beli hanya dapat dirasai. Kasih sayang tak dapat dinilai hanya dapat dirasa. Kasih sayang dapat disemai dari kecil lagi jika ianya disirami dengan baja yang elok. Kasih sayang tak dapat diukur tapi dapat diselami dari hati yang suci. Walau sesibuk mana pun ayah, Walau sepenat mana pun ayah, Walau dikata dan dicerca, Ayahlah orang yang paling banyak berjasa walau tak banyak berkata-kata. Jari inilah yang anak dinanti setiap malam untuk dicium tangannya. Jari ini juga lah yang dinanti anak untuk di picit dan digenggam. Jari ini jualah yang membelai tubuh anak untuk dirasai kasih sayang seorang ayah. Terima kasih ayah kerna membanting tulang 4 kerat untuk sesuap nasi kami sekeluarga. Terima kasih ayah untuk segala nikmat yang allah pinjamkan untuk kami rasai. Terima kasih ayah untuk segala pengorbanan yang tak terhingga jasanya. Moga Allah sentiasa lindungi jua walau di mana ayah berada.

ALLAH SENTIASA MURAHKAN REZEKI SUAMI JIKA SENTIASA MUDAHKAN URUSAN ISTERINYA

Image
  Rezeki dapat suami tak berkira dalam segala hal. Tak perasan langsung ada kamera belakang kat kereta. Mana tak nya dah biasa masuk kereta nak reverse mesti tengok side mirror je. Sekali terpandang. Eh sejak bila pula ada kamera kat kereta ni. Allahuakbar ingatkan dia cuma pindahkan screen dari kereta sana ke kereta sini sekali siap pasang kamera lagi. Murah rezeki abang mudahkan urusan isterimu ini. Tak minta gelang rantai cincin emas, cukup sudah lengkap apa yang kita ada sekarang. Alhamdulillah syukur atas nikmat rezekiNya yang tak terhingga.

MANFAAT LUAR BIASA YANG RAMAI TAK TAHU

Image
  Nak anak tidur dengan mudah? Tak merengek di tengah malam? Tak menangis sebab tak selesa? Tak berjaga sampai ke pagi? Relax okay. Tenang-tenang aje. Meh Nurul kongsikan sedikit tips yang sangat mudah. Bantu anak selesa dengan urutan sebelum tidur yang akan buat anak rasa tenang dan lega je. Bila dah selesa, dia akan tidur dengan lebih lena. Jangan mak ayah terlajak subuh udah ler. Tak percaya? Cubalah sapukan Minyak Asmak malam ini. Jangan terkejut pula tahu-tahu anak dah lena dibuai mimpi.

SESUDU YANG MELEGAKAN SANGAT DNA SELESA

Image
 Mama...mama... Suara kakak lemah menyapa mama Nape kak? Kakak tak sedap perut la nak muntah, perut sakit. Mama tahu dah ni kenapa. Tadi kakak makan banyak sangat kan. Kan mama suruh makan sikit-sikit. Sorry mama, kakak lapar sangat tadi. Tu makan banyak. Dah tak apalah, meh sini mama sapu minyak asmak, nanti mama pergi dapur amik madu. . Sejam kemudian... Mama, Alhamdulillah perut kakak dah ok tak sakit lagi. Tak ada dah rasa nak muntah lagi. Alhamdulillah mama. Terima kasih mama. . . . Haaa, meh nak bagitahu sikit. Kalau ada anak kecik kat rumah, elok la sedia madu sebotol, sedia minyak asmak sebotol. Bukan apa, kalau anak tak sihat, sikit-sikit tu tak payah la nak pergi klinik. Covid pun belum pupus sepenuhnya lagi. Kalau pergi klinik lagi banyak virus kat luar sana tu yang kita tak nampak. Elok-elok sakit perut je kang tiba-tiba selsema dan batuk pula. Sampai bila nak bergantung pada ubat klinik je. Lainlah kalau demam panas suhu memang tinggi ke kan kena cepat-cepat la. Haaa, meh

ONLINE COACHING YANG SERONOK BAGAI JUMPA DEPAN MATA

Image
 Alhamdulillah, niat nak seminggu sekali coaching group dengan team allah mudahkan. Mula-mula serius je, nasib la dapat mak suka ngusik anak. Hihihi. Jangan jemu setiap minggu tengok muka mak yang tak bape nak siap ni. Apa yang mak tengur tadi, pesan dan kongsikan moga-moga catat dan buat ye. Mari kita gerak ke gear 2. zasss! #mamanurulasmak

SEKALI SEKALA BUAT KEJUTAN YANG MENGGEMBIRAKAN

Image
 “Sebotol minyak, beribu erti buat mereka yang disayang” “Terima kasih besarkan ..... hingga berjaya” . . . Sekali sekala buat SUPRISE BOX apa salahnya kan? Suprise Box sangat sesuai untuk hadiah kejutan lama tak balik kampung, ekslusif untuk hadiah hari lahir atau hadiah ambil berat tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka buat kita semua. 🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁 #mamanurulasmak