NIKMATILAH SEGALA APA YANG KITA MILIKI DEPAN MATA
Dalam hidup ni kita jangan nak berharap sangat untuk dapat balasan atas apa jua yang kita lakukan.
Terlalu perit rasanya bila yang kita harapkan tak dapat. Elok kita ikhlaskan diri bila buat sesuatu.
Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Apa jua yang kita buat segalanya menjadi saksi kelak. Segalanya akan terbalas jua kelak. Lambat atau cepat semuanya hanya sekadar pinjaman Allah buat kita.
Niatlah untuk cuba jadi yang lebih baik dari semalam. Cuba jadi anak yang baik, menantu yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, kakak yang baik, jiran yang baik malah insan yang terbaik dikalangan yang baik.
Syukurilah segala nikmat yang Allah telak beri untuk kita rasai. Terlalu banyak nikmatNya tak terbilang banyaknya.
Nurul rasa bersyukur sangat. Terasa terlalu banyak yang Allah pinjamkan untuk dirasa selepas Nurul sabar dan redha dengan apa yang Nurul lalui sebelum ni. Indahnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia. Banyak hikmah yang Nurul nampak. Itulah yang membuatkan Nurul kuat dan tabah walau apa pun orang lemparkan pada Nurul.
Apa pun yang berlaku adalah tanda ujian Allah sayang pada kita. Selagi hayat dikandung badan, syukuri dan nikmatilah apa yang kita ada sekarang.
Indahnya hidup kita bila kita belajar bersyukur.
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment