TIPS MUDAH UNTUK JUALAN PRODUK LAJU CARA NURUL




Sekadar perkongsian buat semua..

Perasan tak kenapa jualan produk anda perlahan?
Pernah selidik?
Cuba tengok balik kat mana silap?

Nurul kongsikan sedikit tips apa yang Nurul pernah buat dan akan buat setiap hari.

1. Jangan lewatkan solat fardu 5 waktu.
2. Baca alwaqiah setiap hari dan solat sunat duha.
3. Mengaji alquran walaupun semuka saja dan basahkan lidah dengan berzikir.
4. Bersedekah setiap hari walau rm1.
5. Layan anak, suami dan keluarga dengan baik. Kena bertanya khabar dengan mak ayah atau mertua jika tinggal berjauhan.
6. Uruskan masa dengan cara yang betul. Setiap orang ada 24jam yang sama allah beri. Gunakan masa dengan sebaik mungkin. Jangan beri alasan sebab semua orang ada masa yang sama yang membezakan kita adalah pengurusan diri kita.
7. Buat “to do list”. Dari situ kita tahu apa kerja kita nak buat untuk hari tersebut, mana yang penting kena buat dulu dan mana yang kemudian tapi perlu kita buat juga untuk hari tu.
8. Buat iklan di wassap status. Masukkan gambar produk atau testimoni pelanggan.
9. Beriklan di group komuniti di FB. Masuk group komuniti di mana tempat anda tinggal. Contoh masuk group buy muslim products, perniagaan melaka, perniagaan warga sungai udang, perniagaan bukit rambai, persatuan peniaga kecil melaka, persatuan peniaga melaka. Banyak lagi group kat malaysia ni yang tak perlu bayar dan beli ID untuk iklan.
10. Follow up customer lama, bertanya khabar, atau hantar tips asmak atau info kesihatan
11. Beriklan di group wassap family, group sekolah lama, group masa belajar, group taman perumahan, group apa-apa yang dibenarkan beriklan.
12. Paling penting beriklan di FB personal untuk orang tahu anda menjual apa.
13. Untuk anda naikkan iklan anda di FB personal, kena komen dan ♥️ iklan orang lain (sesama peniaga).

Cuba tengok satu persatu kat mana yang anda tak buat dan silap atur langkah?

Mesti ada silap walaupun sedikit.

Jom ubah diri, uruskan masa dengan betul.

Kalau orang lain boleh kenapa anda tidak?

Alasan hanya menutup pintu rezeki dan pintu kejayaan yang ada.

Ubahlah sebelum terlewat.

Semoga bermanfaat.

#mamanurulasmak

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT