SURIRUMAH BUKAN SEKADAR NAMA TAPI MENCIPTA NAMA HINGGA BERJAYA






Orang kata, susah nak buat bisnes kalau kita surirumah, meh sini Nurul nak cerita kisah dropship Nurul seorang surirumah sepenuh masa juga.

Kisahnya bermula bila yana tiba-tiba mesej Nurul untuk beli set bayi. Dah terang semuanya secara jelas dia pun tanya macam mana nak join dropship.

Nurul pun cerita la serba sedikit syarat untuk jadi agen Asmak. Nampak dia berminat tapi dia masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua. Katanya nanti dia dah buat keputusan dia akan bagitahu.

Selang beberapa hari kemudian, Yana mesej Nurul lagi untuk sertai dropship. Nurul ingatkan lagi sekali syarat agen Asmak dan terangkan serba sedikit kelebihan sertai Asmak. Apa yang dia perlu buat dan apa yang dia akan dapat bersama Asmak.

Walaupun dalam pantang tak sangka selama dua bulan berturut-turut yana berjaya restock produk rm200 lebih hanya dengan menjual secara mulut ke mulut bukan di media sosial mahupun wassap.

Bila Nurul hadiahkan Yana reward 2019 atas usaha dan hasil dia konsisten restock bersama Asmak dia punya gembira tak terkata seronoknya.

Nampak tak beza orang yang minat dengan orang yang buat sambil lewa. Setiap apa yang Nurul ajar pada agen Nurul, Nurul dapat dari ketua Nurul KG Faz. Jadi buatlah dengan bersungguh-sungguh dan konsisten.

Ilmu mahal dan percuma ni kalau kita tak buat tak praktikkan dalam bisnes kita sangat rugi. Bukan mudah nak dapat ilmu percuma zaman serba canggih ni. Sedangkan nak pergi kelas bisnes sekarang semua berbayar tau. Tak ada yang percuma dah lagi.

Sebenarnya pokok pangkalnya niat kita kena betul. Big why kita perlu kuat. Hala tujuan kita dalam bisnes perlu jelas. Segala data pelanggan dan rekod keluar masuk duit dan untung perlu dicatatkan.

In sha allah tiada apa yang mustahil asalkan kita berusaha. Siapa sangka seorang surirumah yang hanya bersama anak 24 jam sehari mampu ada duit poket sendiri hasil berbisnes.

Pilihan di tangan anda. Pokok pangkal tanya diri. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Nak Nurul bantu buat sampai dapat? Jom!

Mulakan sekarang sebelum terlewat!

#asmakdihati
#mamanurulasmak
#agenasmakkotamasai
#taskKGFebruari

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI