KEGEMBIRAAN YANG TAK DAPAT DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA
Sejak bersama Asmak, alhamdulillah, dengan izinNya, macam-macam dapat Nurul kecapi. Dari sekecil-kecil benda sampai ke besar-besar keinginan dapat Nurul capai.
Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua Nurul bersama Asmak. Rasa lain bila kita dapat belanjakan sesuatu hasil dari usaha kerja keras kita.
Nurul dapat belanja anak-anak beli makan apa yang mereka gemari, beli mainan dan bagi ibu ayah Nurul duit poket. Sebelum ni Nurul pernah terjebak buat jualan roti secara kecil-kecilan tapi sejak alahan mengandung anak ketiga suami minta berhenti dan rehat.
Rasa seronok sangat Ramadhan tahun lepas tau. Kalau diingat semula, terharu, sebak pun ada. Semuanya hasil dari usaha Nurul, berkat dari sokongan suami dan kawan-kawan dalam kumpulan Asmak.
Kebiasaannya Nurul belanja apa-apa guna duit suami bagi Nurul yang setiap bulan tu je. Itu pun boleh dikira sangat Nurul belanja apa sebab Nurul jenis menyimpan.
Tapi sekarang, lain tau. Hasil usaha kita. Paling seronok Nurul dapat belikan kuih raya dan set tupperware raya buat ibu dan emak-emak mertua serta belikan baju raya anak-anak buah Nurul tahun lepas.
Alhamdulillah september tahun lalu, Nurul berpeluang bawa ibu dan ayah Nurul bercuti ke cameron highland sempena ulang tahun kelahiran ayah bulan Ogos dan ibu bulan Oktober.
Kali ni Nurul raikan anak dan suami sekali. Walaupun percutian ni singkat dan dekat tapi kepuasan membuatkan mereka gembira itu satu kegembiraan buat diri Nurul.
Yela sejak berhenti kerja tahun 2015, Nurul dah lama tak bawa mereka jalan-jalan. Ibu ayah Nurul pula jenis tak nak susahkan anak-anak. Kita pun rasa terpencil sebab dah tak bekerja lagi.
Dalam tahun yang sama juga NUrul belanja suami dan anak-anak pergi bercuti, kali terakhir Nurul belanja suami pergi bercuti tahun 2014 macam tu. Masa tu pergi gold coast morib masa ulang tahun kelahiran suami. Yela masa tu kerja boleh la alihkan sikit duit gaji nak bawa jalan-jalan.
Bukan kata suami tak bagi duit poket, tapi bila kita guna duit hasil usaha sendiri tu kepuasannya lain macam.
Dengan Asmak, surirumah macam Nurul mampu bawa anak dan suami bercuti, jalan-jalan dan belanja makan. Tiada yang mustahil melainkan kita yang berkehendak. Semuanya dengan izin Allah jua.
Kehendak membuat dan merealisasikan apa yang kita impikan. Semoga niat Nurul nak membantu lebih ramai ibu di luar sana mudah urusannya termakbul jua.
#asmakdihati
#agenasmakkotamasai
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment