Posts

Showing posts from May, 2021

JANGAN AMBIL MUDAH RESDUNG

Image
 Adakah anda mengalami resdung dan tidak menyedarinya? Usah lakukan kesilapan saya yang hanya menyedari ada resdung selepas 20 tahun!  Cuba semak info di bawah :  Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut: 1. Sering mengalami hidung tersumbat dan selalu bersin  2. Mempunyai lendir dari hidung dan tekak 3. Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata 4. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang 5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan 6. Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung 7. Mengalami jerawat di muka dan badan 8. Nafas berbau 9. Kulit kepala berkemumur, gatal dan rambut gugur 10. Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain Ada juga yang menyangka mengalami resdung,tetapi sebenarnya alahan.Keduanya berkait rapat,malah ramai pakar mengatakan resdung-asma dan ekzema adalah 3 serangkai yang bersangkut paut antara satu sama

AMBIL TAHU PENYAKIT MULUT, MUKA, KAKI DAN TANGAN

Image
  Dah Periksa Tanda-tanda Pada Anak Anda? . Tak sangka, ramai rupanya yang bertanyakan saya pasal penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HMFD) ni. Untuk pengetahuan semua, penyakit ni SANGAT biasa di negara-negara Asia. Kalau diingat balik, penyakit ni dulu pernah menjadi wabak yang serius di negara kita. Seluruh Malaysia ada saja kes, sampai nurse punya cuti pun dibekukan. . Sebagai ibu dan bapa, kita kena bijak mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit ini. Bila dah kenal, mudah untuk ambil tindakan awal. . Tanda-Tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut . ❌Bermula dengan demam yang normal, biasanya 1-2 hari. ❌Sehari atau 2 hari selepas demam pulih, bahagian sekeliling mulut mula sakit.  ❌Biasanya terdapat bintik merah akan timbul dan kemudiannya menjadi ulcer.  ❌Bahagian yang terlibat seperti lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi. ❌Bahagian tapak tangan dan tapak kaki akan terdapat “rashes”, dan kadangkala disertai dengan gelembung air. Selain itu, kawasan alat kelamin juga boleh terkena sympto

PERJUANGAN MELAWAN COVID 19 HARUS DITERUSKAN

Image
  Bersyukur Malaysia negara yang masih aman dan tidak perlu keluar berperang untuk mendapatkan syahid.  Perjuangan kita hanya menentang sekecil-kecil virus, lain pula ceritanya seperti di Palestin, perjuangan untuk mendapatkan hak tanah negara mereka.   "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahannya, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahannya." -Surah al-Insyirah: 5-6 #KomikAsmak

IKAN SIAKAP STIM MAMA NURUL

Image
  Tekak ni tetiba teringin sangat nak makan ikan siakap stim kedai Sara Thai. Tapi apakan daya, jauh tu satu hal, dah musim covid merayap ni memang makan kat rumah lebih baik. Meh nak kongsi resepi mudah petik jari saja. Bahan-bahannya: 1 ekor ikan siakap 3 ulas bawang putih 2 batang serai 3 biji limau sambal Seinici halia Sesudu kecil asam jawa Garam  Maggi cukup rasa 2 sudu kecil olive oil 3 titis stevia Brokoli Lobak merah Nenas Cara-caranya: 1. Potong atau hiris bahan-bahan ikut citarasa. 2. Perapkan ikan dengan olive oil, garam dan maggi cukup rasa. 3. Bancuhkan air asam jawa. Perahkan limau dan masukkan bawang putih, halia dan serai yang dah dihiris. 4. Titiskan stevia ke dalam bancuhan dan masukkan sayur kemudian gaul rata. 5. Tuangkan semua bahan ke atas ikan dan kukus selama 10minit. Sambal kicap Kisarkan sebiji bawang putih bersama 3 batang cili thai kemudian masukkan kicap dan stevia secukup rasa. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. #mamanurulasmak

PEMBUKA SELERA PENAMBAH BERAT BADAN DENGAN JAYANYA

Image
  Hari-hari masak rasa dah jemu pula lauk-lauk bersantan dan berkuah, maka godek-godek barang kat dapur jadilah sambal totok moden versi malas. Hihihi.  Rumah ni sejak pindah memang tak ada lesung batu, maka dikisarkan saja dalam mesin pengisar tangan sekejap. Jom cuba, pasti tak lupa kat Nurul lepas ni. Sebab sedap hingga licin periuk nasi panas tu. Wakakakaka. RESEPI SAMBAL TOTOK MODEN Bahan-bahan: 1/2 biji bawang besar 1 batang lada merah 5 batang cili padi hijau Segenggam ikan bilis Sedikit belacan Caranya:  -gorengkan belacan seketika hingga masak -gorengkan bahan-bahan lain hingga kecut -tumbuk bahan asal hancur sedikit kalau malas menumbuk gunakan saja mesin kisar kering dan kisar sekejap. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. #mamanurulasmak

ASMAK ADA PELEGA ANAK PENGHIDAP ASMA

Image
  Kenapa Anak Asma Perlu Sokongan Kuat Dari Anda . Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma? Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin. Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita. Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka.  Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjara

MENU KEGEMARAN MENJADI SANTAPAN

Image
  Sambil bawa kereta sambil duk cari idea nak dibuat apa udang tu. Tak tahu nak dimasak apa. Maklumlah dah bizi ni nak cepat dan ringkas je. Tup-tup teringat anak suka makan nasi goreng udang yang Nurul masak bulan lepas. Tang tung tang tung la Nurul kat dapur. Tadaaa, siapppp nasi goreng udang pelbagai rencah dan rasa. Yang penting dah tak pantang dah seafood lagi sebab pelega dah ada. Malam-malam kang sapukan jela siap-siap minyak asmak kat batang hidung tu, tak adalah bangun pagi terbersin-bersin lagi. Nikmat Allah jangan diketepikan, alhamdulillah. #mamanurulasmak #asmakherbs #minyakherbaasmak

,BERAPA RAMAIKAH PENGHIDAP ASMA DI KALANGAN ANAK-ANAK KITA

Image
. Gambar di bawah ni menggambarkan apa yang berlaku pada tahun 2006, di US. Ini pada tahun 2006, 10 tahun lepas. Agaknya macam mana situasi sekarang ya? . Lagi satu perkara yang merungsingkan pasal asma sekarang, adalah ibu bapa sendiri yang tak mahu melaporkan kepada guru mengenai masalah anak-anak mereka. Nanti ada masa saya cerita pasal effect asma ni kepada prestasi anak-anak semasa belajar. . . #Asmak Mencari iedesÅ„Asmak #rndteknologinano  

SUMBER SEMULAJADI ASID FOLIK YANG KAYA DENGAN KHASIAT

Image
  Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat : Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan : ✅ bayam - 1 cawan ✅ kacang bendi - setengah cawan; ✅ asparagus - setengah cawan ✅ lentil setengah cawan ✅ hati - 1 keping ✅ 11 batang taugeh brussels ✅ kacang mata hitam - 4 sudu makan ✅ germa gandum - 25g / 1 aun ✅ betik sederhana besar Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan: ✅ brokoli kukus - 2 pucuk ✅ buah oren saiz besar ✅ nasi putih - setengah cawan ✅ oat- setengah cawan ✅ kacang merah - setengah cawan ✅ jagung saiz besar - 1 Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sediki

PEMBUKA SELERA PENAMBAH BERAT BADAN

Image
  Lauk yang simple ni bikin penambah selera. Sambal sotong kering lawan pula kangkung celur cecah sambal rojak homemade by mak eton. Adoiiilah, habis seperiuk nasi kat dapur tu. Almaklumlah sejak dah makan asmak herbs dan ada minyak asmak ni memang tak pantang makan dah lagi. Pantang diajak makan ada lah. Kahkahkah. Beza dengan dulu, sebelum ni kan Nurul memang pantang seafood. Maklumlah hidung ni pagi-pagi je bersin tak henti-henti. Bangun je baru gerak setapak dah mula bersin tu belum sentuh air paip lagi tau. Punya lah teruk resdung Nurul ni. Hihihi. Sejak berjodoh dengan Asmak nilah nurul keraplah sapu minyak asmak sebelum tidur. Lepas tu kadang-kadang makan asmak herbs kalau terlampau melantak makan seafood tak ingat orang sebelah. Tapi alhamdulillah lah tak sangka serasi. Itulah orang kata, tak cuba mana nak tahu serasi. Dah cuba baru puas hati. Haaa, kalau dah tahu ada resdung tu meh la kita stand by awal perisai set resdung ni. Pssttt, sapu minyak asmak kat batang hi

ISTIMEWA HANYA UNTUK YANG TERISTIMEWA

Image
  Bila terasa hiba yang teramat terasa nak berkongsi rezeki dengan kawan. Tahu dia pregnant pun sebab komen-komen wassap statusnya beberapa bulan lalu sebab pergi check up. Seronok bila tahu kawan-kawan Nurul pregnant. Dengan harapan moga ada rezki sekali lagi untuk kami sekeluarga merasa pula. Hari jumaat yang mulia tambah pula hukan turun dengan lebatnya moga perkongsian rezeki buat sahabat farha dan bayi dalam kandungannya tu sedikit sebanyak Allah datangkan jua rezki yang dah lama kami tunggu nak merasa pula. Semoga set asmak baby care ni menjadi pemudah cara farha sekeluarga menyambut ahli keluarga baru tak lama lagi. Istimewanya set baby didatangkan khas dari asmak yang mesra kulit dan mesra pengguna untuk yang istimewa juga orangnya. Kalau tak tahu nak cari set kelengkapan baby dan ibu masa dalam pantang, Nurul boleh bantu syorkan yang mana bagus dan yang paling penting jimat. #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak #mamanurulasmak

MAKANAN PENGIKAT KASIH SAYANG SUAMI DAN ISTERI

Image
  Perempuan ni tak semua sama. Ada yang suka emas. Ada yang suka dimewahkan dengan barang-barang berjenama. Ada pula yang tak suka dimanjakan dan dimewahkan. Nurul lain. Nurul pula lebih suka pergi bercuti. Kalau diberi pilihan nak emas ke nak beg tangan atau kasut ke nak baju ke nak handset apa ke nak barang rumah apa ke nak gadget keperluan apa ke. Pilihan Nurul tetap nak bercuti je. Hehehehe. Sebab pada Nurul bila bercuti tu dapat luangkan masa bersama. Dapat rehat diri dari kepenatan menguruskan bisnes dan rumahtangga. Nurul kan, kalau suami bantu buat kerja rumah dan bantu kat dapur. Rasa satu nikmat yang teramat. Dia punya gembira tu tak tahu nak cakap. Lagi-lagi kalau dia ringan tulang tanpa dipinta. Dia punya senyum tu sampai ke telinga. Tengok jela sepinggan dia buatkan Nurul vietnam roll ni. Makan sambil menikmati. Lain macam rasanya. Bukan tak boleh buat sendiri tapi dah pernah buat banyak koyak dari jadi. Kalau cik abang buat kemas cantik je. Nak makan pun saya

JADIKAN BAYARAN ZAKAT YANG UTAMA BILA BUKA BULAN BARU

Image
  Tak pernah jangka beroleh peluang macam ni. Ingatkan dah tak kerja tak mampu nak bayar zakat lagi, tapi perancangan Allah lah yang paling baik. Alhamdulillah selesai tutup akaun dan tutup kewangan bulan april. Baru la lega dah selesaikan hakNya yang utama. Jom kawan-kawan, sekali dah buat berkali-kali nak buat sebab tak kan disangka nikmat rezeki lain datang mencurah-curah yang tak terjangkau dek akal fikiran. Itulah kuasaNya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak #minyakherbaasmak