REZEKI ALLAH LUAS, BERSANGKA BAIK DENGANNYA.

 







Dalam hidup ni kita kena selalu bersangka baik dengan Allah. Sebab apa Nurul cakap gitu, sebab kita tak tahu bila Allah nak bagi kita rezeki yang kita tak jangka.


Rezeki ni luas bukan hanya wang ringgit. Tapi rezeki ni banyak cabangnya. Nikmat kesihatan, nikmat berkeluarga, nikmat kerjaya, nikmat masa, nikmat makanan, nikmat berjiran, nikmat berkawan. Eh bermacam-macam nikmat allah bagi cuma kita je tak pernah sedar dan syukur.


Kita sebagai manusia, hanya perlu usaha cari redhaNya. Bangun pagi niatkan segala apa yang kita nak buat hanya kerana Allah. Bila kita niat semua keranaNya, in sha allah semua benda akan jadi mudah. Sebab kita nak buat apa yang Allah suka je. Yang tak suka kita tak buat dan tak ada masa nak buat malah tak ada masa nak fikir.


Hari tu kami suami isteri rancang nak bawa anak jalan-jalan. Yela sejak berkurung PKP banyak benda tergendala. Banyak sangat program yang kami rancang terpaksa dibatalkan. Sampaikan kenduri masuk rumah sekali nak sambut ulang tahun kelahiran anak-anak pun kami tak buat sebab PKP.


Jadinya belanjalah anak-anak jalan Legoland. Oleh kerana dah selalu sangat pergi theme park, kali ni kami tukar pula masuk water park. Bagi anak-anak puas mandi kolam sebab lama diorang tak dibawa pergi hotel jalan-jalan. Kongsi rezeki dengan anak pun satu benda yang sangat menggembirakan kami suami isteri. 


Macam biasalah anak-anak kalau dah jumpa air tak kan naik selagi belum waktu zohor. Si kecik dah kesejukan, jadi dia duduk dengan Nurul jela kat kerusi menunggu papanya melayan kakak-kakak.


Tiba-tiba bahu Nurul dicuit. “Puan, puan lama lagi ke kat sini? Saya ada sewa cabana kat hujung sana, nak tak duduk sebab kami nak balik ni, tapi rasa rugi pula sebab kami bayar sampai pukul 5 petang. Kebetulan saya ternampak puan riba anak tu saya nak bagi puan.” 


Nurul dalam keadaan terpinga-pinga, macam dipukau, terus kata bolehlah. “Nak kena bayar berapa ni ye?” “Eh tak pe puan, saya bagi je ni sambung duduk lagipun ada ekon anak nak susu ke nak tidur ke tak panas. Ni kuncinya, nanti dah sudah pulang je ye.” Nurul ambil terus ucapkan terima kasih.


Allahuakbar, tak sangka kat sini pun boleh terjumpa dengan orang baik hati. Panggil anak-anak dan suami terus ajak mandi bilas badan tukar baju sebab matahari dah naik terik masa tu. Muka diorang pun dah hitam legam. Hahahaha. 


Anak-anak apa lagi suka la dapat berteduh siap berekon bagai kan. Suami pun pelik. “Eh betul ke tak kena bayar. Jangan main amik je kang kena bayar.” Sabar jela cik abang ni dia punya risau. Gabra semacam.


Rezeki Allah nak beri kan. Itu Nurul kata, dalam hidup ni kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Malah sesama kita pun kena bersangka baik. 

Jangan kita mudah letakkan persepsi negatif dan jangan sesekali judge orang awal-awal bila jumpa mereka. Yang kita fikir dan yang kita terdetik tu biasanya betul. Jadi jauhkanlah dari sifat sedemikian.


Cuba belajar fikir positif. Buang jauh-jauh segala syak wasangka tu. Tak elok kita syak itu syak ini pada orang lain. In sha allah bila kita mula berubah, lama kelamaan benda tu jadi sebati dalam diri. 

Bukan diri kita je jadi positif, malah hati kita pun lebih tenang. Hiduplah kita aman harmoni bahagia semuanya sesama kita.


Apa yang dah berlaku sebelum ni jadikan satu pengajaran dan pengalaman paling manis dalam hidup. Barulah kita belajar untuk redha dan positif.


Pemikiran yang positif mempengaruhi seluruh hari kita kerna emosi yang stabil buat kita jadi seorang yang lebih baik.


Percayalah!

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT