Posts

Showing posts from June, 2021

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT

Image
  Menaikkan bendera putih bukanlah umpama kalah dalam peperangan, namun ianya adalah antara salah satu usaha juga.  Usah malu untuk kibarkan bendera putih sekiranya anda dalam kesusahan dan benar - benar memerlukan.Sama-sama kita saling membantu orang-orang yang dalam kesulitan. Dan sebaiknya usahlah di war-warkan siapa yang anda bantu di media sosial kerana mereka juga ada perasaan malu dan segan. Jika mahu sebarkan juga, tutuplah wajah, kaburkan lokasi dan sorokkan identiti penerima. Sebaik-baik sedekah ialah tangan kanan memberi, sorokkan dari tangan kiri. #agenasmakkotamasai

SEMBELIT PERIT DAN SAKIT

Image
  Bagi memudahkan usaha ibu ayah untuk mengenal pasti tanda sebenar bayi sembelit, beberapa petunjuk yang lebih tepat dalam menentukan sama ada bayi mengalami sembelit atau tidak. . Apakah simptom-simptom sembelit? Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit. Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:meragam, sakit abdomen dan gastrik; abdomen yang keras;sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar; najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras; najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ke

PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN

Image
  Pernah tak korang kena tegur dengan suami perut korang buncit lepas bersalin? Kawan selalu tegur " eh ko mengandung lagi ke?Brape bulan?" Faham sangat perasaan ni time tu jugak rasa nak menyorok masuk dalam kain . Masalah lemak tepu memang susah nak sental kan?Nah,baca dengan perlahan & tenang. Kak ju nak share dengan korang jamu homemade nih.Bahan bahan depan mata kita jer.Tak susah pun nak buat.Yang penting jimat& berkesan.Rajin dengan malas jer.Betul tak? Bahan bahan 3 sudu halba yang direndam selama 2 minit. 3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok 4 ulas bawang putih 15 biji lada hitam Cara cara Toskan halba yang direndam tadi.Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun . Simpan dalam peti dalam satu bekas. Cara makan 2 biji pagi& 2 biji malam selepas makan Khasiat Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar. Pantang larang Ibu mengandung ti

MADU MENJADI KEPERLUAN HARIAN PENGUAT ANTIBODI BADAN

Image
  Khasiat madu ni tak boleh dipertikai dah. Dalam hadis ada sebut, sains juga membuktikan. Madu Asmak ni lah menjadi pilihan utama. Ada 3 jenis madu;  Madu Asli, Madu Halia Bentong & Madu Kurma Merah. Didatangkan sekali dengan makanan sunnah Habbatussauda. Lengkap!  Madu ni elok untuk dimakan dua kali sehari (pagi dan sebelum tidur)  Keistimewaan p.r.o.d.u.k. setiap madu ni berbeza-beza tau.  ✅Madu Asli – Meningkatkan kekuatan badan, mencegah penuaan, meningkatkan kesuburan, mengatasi radang tekak, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, membersihkan racun dari dalam tubuh, meningkatkan metabolisme badan, mengatasi sembelit, mengatasi batuk dan selsema, mengatur kadar gula dalam darah, mengatasi perut kembung, melawan bakteria dan menambah tenaga.  ✅Madu Halia Bentong - Baik untuk merawat masalah batuk kering, batuk sehingga hilang suara & selsema, membantu sistem pencernaan ke arah lebih baik, menguatkan antibodi dan melancarkan peredaran dar

SEBESAR-BESAR MASALAH TETAP ADA JALAN PENYELESAIAN

Image
  Cari jalan penyelesaian adalah cara terbaik untuk selesaikan sesuatu masalah atau halangan. Fokus dan konsisten juga merupakan salah satu cara untuk mencapai kejayaan.  💪 Jadi, teruskan berusaha. Cari salah pada diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain. ✨ #Komikasmak

KASIH AYAH HINGGA HUJUNG NYAWA

Image
  Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh pelusuk dunia 🥰😘 Belajarlah dari Luqman, seorang bapa yang diabadikan namanya dalam Al-Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuri liku-liku kehidupan. "Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa" #agenasmakkotamasai

KEBEBASAN YANG DAH LAMA DIRINDUI

Image
  Banyak aktiviti yang tidak boleh dilakukan seperti selalu disebabkan oleh Covid-19. Sekarang ni, bila duduk dekat dengan orang pun kita dah rasa tak selesa sebab kita tahu virus ini berada di mana-mana.  . Bila ya agak-agaknya seluruh rakyat Malaysia akan divaksin sepenuhnya? Apa-apa pun kita kena sentiasa berdoa semoga segala kesulitan ini akan berakhir. Aamiin🤲 . #agenasmakkotamasai

CAFFEIN & PENYUSUAN BADAN

Image
  Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda. Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi. Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.  #MinyakHerbaAsmakKotaMasai

KASIH SAYANG HANYA DAPAT DIRASA YANG TIADA TANDINGANNYA

Image
  Kadangkala kita tak perlu bertelagah dengan perkara kecil. Diam tu lebih baik dari berkata-kata. Tak semua orang sama sependapat dengan kita. Dan kadangkala pengorbanan tu lebih manis bila dikenang kelak. Bila tiba masanya baru kita nampak hikmah satu persatu dariNya. Hari ni sampai lagi suprise dari cik abang sayang. Kadangkala bukan dia tak faham kita tapi dah banyak bersabar dengan kerenah kita ni yang kadangkala meroyan tak tentu hala. Hahahahahaha. Nasiblah bang dapat isteri macam saya ni kan. Bebel saya ke rungutan saya tu bersebab jugak. Tapi tak apalah, dulu saya dengar cakap abang sekarang saya nampak hikmahnya, dan sekarang saya dengar cakap abang lagi sekali, mungkin orang lain tak nampak hikmahnya tapi saya sedar saya patut dengar cakap abang kali ni. Terima kasih abang sebab jadi suami yang terbaik buat saya dan ayah yang terbaik buat anak-anak kita. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita sekeluarga dan lindungi kita semua dengan rahmat dan kasih sayangNya.

MINYAK KEBAHAGIAAN

Image
  Pelik ke dengar minyak kebahagiaan ? Tak pelik kalau dah kenal Minyak Herba Asmak ni. Memang betul-betul memberi kebahagiaan. Bukan hanya pada saya, malah untuk seisi keluarga. Dari si kecil  bayi yang tak reti berjalan tu sampailah ke neneknya yag dah tak larat nak berjalan. Semua guna minyak herba asmak. 😍 . Minyak wajib kena ada dalam first aid kit dirumah dan dalam kereta. Kalau habis memang kalut. Nasib baik tak susah nak dapatkan Minyak Herba Asmak ni. Agen nya ramai tau diseluruh Malaysia. 👍🏻👍🏻 . Kalau demam sapu Minyak Herba Asmak, batuk, selsema pun sapu Minyak Herba Asmak. Sapu pada si kecil lepas mandi seronok sangat dia. Tak ada dah nangis meragam. Mungkin kembung perut kut sebelum ni. Tidur si kecil pun lebih lena. Luka-luka kecil pun sapu Minyak Herba Asmak je. Cepat sangat kering.   . Kalau anda pun nak rasa kebahagiaan yang saya rasa ni boleh la pm. Kita sembang panjang-panjang lagi. Terima kasih Minyak Herba Asmak.  #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak

KASIH SAYANG TAK BOLEH DIJUAL BELI

Image
  Amboi..amboi..dia dah support kita nak jaga kesihatan la. Balik dari pejabat pos dia bagi ni ha. Sweet la abang kita ni. Hihihi. Sejak amik stevia bila teringin sangat nak minum air manis dan skipping pakai anak punya, dah turun berat la dr 58kg ke 56kg.  Mana tahu dapat pakai semula blouse lama-lama tu tak adalah macam hantu kum kum asik berjubah hitam je 7 hari 7 malam. #steviaasmak

MANISNYA MADU JIKA BERKHASIAT

Image
  Tengok madu tu. Jangan tengok mee hailam pula. Dah tinggal sikit lah. Cik abang kita pun dah suka madu kurma merah ni tau. Ni botol kedua tau sejak buka masa puasa Mei yang lalu . Banyak khasiat dia dapat mana tak dia suka. Asal pagi je dia yang bagi anak-anak makan tau. Tak payah pesan tak payah suruh dah. Dia tahu rutin makan madu ni dengan anak-anak setiap pagi. Sweet sangat cik abang kita tau. Yang paling best Nurul tengok, tak da lah dia macam keletihan sangat je. Maklumlah keje kat rumah ni nampak je duk kat kerusi tapi kerahan otak tu kemain sangat tau. Pssttt, tak kan pandang jeling je. Meh ler risik madu kurma ni untuk seisi keluarga. Orang kata musim covid ni kena kuatkan antibodi badan gitu. Makan dengan habatussauda sekali tau. Paduuuuu! #agenasmakkotamasai

POPIA SIMPUL KASIH MAMA NURUL

Image
  Sarapan pagi dan merangkap minum petang. Puasa pun puasalah tak kisah dah. Ape la sangat popia sayur kegemaran anak-anak ni.Hihihi. Jom cuba resepi mudah dari dapur Mama Nurul. Yang pasti krup krap krup krap teringat kat Nurul. Popia Simpul Kasih Mama Nurul Bahan-bahan: -Kulit popia -Tepung atau telur -Bawang putih -Bawang merah -Ikan bilis -Garam -Cukup rasa -Kubis -Lobak merah -Jejari ikan Sos pencecah -lada merah -bawang putih -garam -stevia asmak Cara-caranya 1. Tumis perencah yang dah dikisar halus hingga kuning keemasan dan naik bau. 2. Perasakan dengan garam dan cukup rasa. 3. Masukkan jejari ikan dan tunggu hingga betul-betul masak  4. Kemudian masukkan lobak merahdan masak bagi lembut sedikit dan diikuti dengan sayur kubis. 5. Gaul rata dan sekata dan matikan api. 6. Sejukkan sayur sebelum digulung dengan popia. 7. Buang biji lada dan kisar bersama bawang putih dan garam dan sedikit air.  8. Titiskan stevia secukup rasa. Selamat mencuba. #mamanurulasmak

PAHALA ITU MUDAH NAK DAPAT

Image
  Mengapa Duduk Rumah Dapat Pahala? =============================== 1. Kes jangkitan wabak Covid19 telah semakin meningkat di negara ini. Marilah kita sama-sama amalkan langkah pencegahan dengan melakukan kuarantin kendiri bagi memutuskan rantaian penyebaran penyakit. 2.Dalam erti kata yang lain hadith ini menekankan aspek disiplin seorang Muslim dalam menghadapi suasana wabak. Muslim seharusnya mengimani bahawa wabak yang melanda ini adalah ketentuan dari Allah, mereka seharusnya mampu mengawal diri mereka di rumah, bersabar atas segala ujian yang menimpa mereka serta meyakini bahawa tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan atas ketentuan Allah. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi #asmakkotamasai

LEMPENG KAMPUNG SEMUDAH ABC

Image
  Hari kedua pi k pi, puas pikir sarapan anak-anak.  Yela dah lama sangat duk berkurung ni sejak raya hari tu. Huhuhuhu. Pergi dapur rasa nak buat lempeng kampung untuk sarapan anak. Ala semua pandai buat lempeng kan. Tapi lempeng kampung Nurul special sikit sebab ada bahan yang kawan lain mungkin tak guna. Resepi Lempeng Kampung Mama Nurul Bahan-bahan: -sesudu nasi yang direndam -air masak secukupnya -garam secukup rasa -stevia asmak -tepung gandum -olive oil asmak Caranya: -kisar nasi bersama garam dan stevia hingga halus mulus -masukkan tepung dan air secukupnya dan kisar halus -tambah sesudu olive oil dan kisar bagi rata -rasa dan olah ikut citarasa -panaskan kuali, oles dengan olive oil sikit -tuangkan bancuhan tepung dan masak secukup rasa garing ikut kesedapan rasa. Selamat mencuba. #mamanurulasmak

PKP 3 BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA

Image
  Menghadapi lockdown penuh sektor sosial dan ekonomi bukan mudah bagi sesetengah orang.  . Cuba fahami kesusahan orang lain dan bersifat empatilah sesama kita. Bersama-sama kita doakan agar fasa kesulitan ini akan berakhir. Aamiin 🤲🏻 . #KomikAsmak