PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Pernah tak korang kena tegur dengan suami perut korang buncit lepas bersalin?
Kawan selalu tegur " eh ko mengandung lagi ke?Brape bulan?" Faham sangat perasaan ni time tu jugak rasa nak menyorok masuk dalam kain .
Masalah lemak tepu memang susah nak sental kan?Nah,baca dengan perlahan & tenang.
Kak ju nak share dengan korang jamu homemade nih.Bahan bahan depan mata kita jer.Tak susah pun nak buat.Yang penting jimat& berkesan.Rajin dengan malas jer.Betul tak?
Bahan bahan
3 sudu halba yang direndam selama 2 minit.
3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Cara cara
Toskan halba yang direndam tadi.Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun .
Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Cara makan
2 biji pagi& 2 biji malam selepas makan
Khasiat
Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar.
Pantang larang
Ibu mengandung tidak sesuai
Ibu menyusu sesuai amal bila anak hilang kuning (jaundis)dulu.
Pesanan
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
SELAMAT MENCUBA!
sharing kan is caring.hikhik
Kredit : siti nurjannah
Comments
Post a Comment