FKBizGroup Coaching and Planning 2020
Alhamdulillah, perjumpaan santai dan sesi berkongsi pengalaman bersama Asmak berjalan dengan lancar.
Syukur dapat bertukar-tukar teknik pemasaran sesama rakan yang datang selepas mendengar perkongsian dari setiap seorang yang datang.
Hari ni juga dapat belajar teknik edit gambar guna aplikasi “canva” yang diajar oleh Rozita Ab'dullah.
Pelbagai aktiviti untuk tahun 2020 yang telah dirancang, semoga dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Terima kasih KG Fazlina Kamarazaman untuk program yang padat dan bermanfaat hari ni.
Ilmu dapat, perut pun padat dengan makanan yang bermacam-macam selain dapat giveaway dari HQ sponsor dari founder Pn Nor Fazilah Abd Mohd serta cabutan bertuah sesama kalangan pengedar Asmak team Faz.
Dengan Asmak, bukan duit untung semata-mata yang kami dapat, tapi kepuasan pelanggan keutamaan kami sebagai pengedar Asmak.
Asmak memberikan kami pengedar peluang untuk menambah ilmu pemasaran dengan kaedah yang berbeza selain dari belajar ilmu menulis dan menjual di pelbagai platform pemasaran yang ada.
Ukhwah yang terjalin antara kami yang datang dari pelbagai negeri berbeza begitu rapat kerana sikap membantu antara satu sama lain dalam kalangan kumpulan Asmak begitu erat.
Asmak yang luar biasa!
Anda buat, anda dapat!
#weareteamfaz
#mamanurulasmak
#agenasmakmelaka
Comments
Post a Comment