TIPS BERCUTI BERSAMA ANAK KECIL
Kebiasaanya percutian kami telah dirancang rapi dan teliti. Dari segi tempat melawat, masa, dan duit keluar masuk. Segalanya dirancang rapi untuk kelancaran program bercuti.
Bagi kami yang suka bercuti sejak anak seorang lagi, biasanya kami bincang bersama tempat yang sesuai dilawat buat anak kecil, tempat makan yang sedap dan berpatutan serta penginapan yang selesa tapi masih dalam budget.
Di sini Nurul kongsikan sedikit tips yang mungkin membantu ibu ayah yang suka berjalan bersama anak-anak.
- Pastikan ada jadual khas tempat melawat beserta masa melawat dan harga tiket.
- Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan masa program yang padat tapi selesa dan berpatutan.
- Semasa mengemas beg pakaian pastikan baju anak dibawa lebih sebab kita tak jangka bila anak tak sengaja termuntah atau terkencing atau tercirit.
- Bawa buku dan mainan yang anak gemari sebagai penenang semasa menunggu giliran masuk ke tempat melawat.
- Pastikan air masak sentiasa ada bersama roti atau biskut kegemaran anak sebagai alas perut sementara menunggu waktu makan tiba.
- Bawa baby carrier atau stroller sebab kadangkala bila anak letih dia akan mudah terlelap dengan sendirinya atau mengaruk tak tentu hala.
- Yang penting jangan lupa first aid kit, minyak herba asmak. Mencegah lebih baik dari merawat.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment