KEJAYAAN BARU BERMULA DAN TERCIPTA







Hari ni keluar keputusan Asmak Grand Award 2020 yang bakal berlangsung Februari nanti. Hati sedih dan gembira. Sedih sebab tarikh sama dengan majlis lain, gembira sebab penat lelah usaha setahun bersama Asmak akhirnya terjawab jua.

Apa yang penting adalah niat. Kalau niat kita baik in sha allah, semuanya dipermudahkan. Niatlah berniaga itu untuk menambah nilai hidup orang lain dan memudahkan urusan orang lain. In sha allah nikmatnya tak terbalas jua dengan segalanya yang kita usahakan seiring dengan doa jua.

Menitis air mata bila tengok. Menangis tak sangka boleh sampai ke tahap ni. Dari seorang yang tak tahu apa-apa dan tak reti menjual akhirnya boleh menjual, membuat ayat jualan sendiri, mengajar dropship dan agen sendiri dan berkongsi pendapat dan idea untuk memantapkan lagi team.

Kadangkala kita perlu cuba dan ubah hidup selesa itu dan keluar dari zon yang terlalu selesa. Zon rehat yang terlalu selesa tanpa ada pendapatan dan kawan-kawan kepada zon yang bermanfaat buat diri dan orang lain.

Hati-hati menggunakan waktu. Setiap orang punya waktu yang sama iaitu 24 jam sehari. Pastikan ia diisi dengan perkara yang bermanfaat. Jika sibuk, sibuklah dalam kebaikan dan ketaatan kepadaNya.

Ibnu Atho'illah berkata, "Nilai diri kamu adalah menurut nilai apa yang kamu selalu disibukkan dengannya." 

Jomlah kita sibuk dengan perkara berfaedah dari yang sia-sia. 

Nak nurul bantu jana pendapatan dari rumah mahupun sambil bekerja, jom sertai “teammamanurulasmak”. Nurul akan ajar dari tak tahu apa-apa kepada seseorang yang tahu dan cepat bertindak dengan idea yang bernas.

Hubungi Nurul ditalian 0137515386. Kita sama-sama berjaya di dunia mahupun akhirat.

#asmakdihati
#teammamanurulasmak
#agenasmakmelaka

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI