TIPS MENYIMPAN SAYUR DENGAN BAIK



🌿Jenis Sayur & Cara Penyimpanan🌿


1.🌶 (padi, merah dan hijau besar)
Masukkan dalam bekas bertutup, dilapikkan tisu kering, masukkan sebiji bawang putih (optional- saya pernah je terlupa nak letak, tahan jugak lah seminggu dua), ketahanan – 1-3 minggu.

2.🥬 (kangkung, sawi, bayam, kailan)
Lapik tisu kering dalam ziplock bag, masukkn sayur berdaun. Seal ziplock bag. Ketahanan utk kailan mungkin lama sikit (1-5hari) untuk yang lain (1-3 hari).

3.Kacang buncis, kacang panjang, bendi, kacang botor, kacang peas
Simpan dalam ziplock bag yang dilapikkan tisu kering. Ketahanan 1-7hari, kecuali bendi (1-4 hari).
Dalam gambar Hani masukkan kacang peas dalam bekas pun boleh asalkan bertutup rapat; sebab kacang peas sikit je ziplock bag avaialable kat rumah besar. Jimat ziplock bag.

4.🥦Kobis, kobis bunga
Balut dengan plastic wrap. Balut ketat-ketat gitu. Ketahanan 1-7hari.

5.Baby corn
simpan dalam bekas bertutup yng dilapik tisu kering (1-7 hari)

6.Batang saderi
Simpan dalam aluminium foil (ketahanan 1-2minggu)

7.🍅Tomato
Simpan dalam bekas terbuka dilapikkan tisu dapur kering. Jangan ditutup sbb tomato keluarkan gas ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Ketahanan (tomato kehijauan 1-2 weeks, tomato yang dah masak (1-7hari)

8.Daun-daun (kari, limau, sup, ketumbar, bawang)
Dalam bekas bertutup dilapikkan tisu kering

🍠Teknik Rendaman Dalam Air🍠

🍄Kunyit
🌷Lengkuas
🌻Halia
🌺Serai
🌾Lobak merah (kalau simpan macam ni boleh tahan 1-2minggu)
🍂Tauge (letakkan asam keping supaya elakkan tauge lebam)
🌴Tauhu (air panas)
🌸Rebung
💐Bunga kantan
🌝Fishball (yang rebus bukan goreng) (dalam air panas)

Kredit : Nurul Nazihah

#AsmakDiamondDisember
#FkBizGroup
#TeamVsTeam


Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT