TIPS MUDAH ANAK SELSEMA TIDUR LENA



Bagaimana Cara Untuk Menidurkan Bayi Selsema?

🌹Tidur bersama.
- Ya, ada ibu-ibu yang tidak mengamalkan co-sleeping kerana bimbangkan keselamatan bayi. Tetapi ketika bayi sedang sakit, tiada yang lebih memberikan rasa aman dan selamat melainkan dengan merasa ibu ada di sisi. Sebagai alternatif, alihkan katil bayi supaya hampir dengan katil ibu tidur supaya ibu dapat memantau dan memberikan perhatian yang diperlukan ketika bayi sedang sakit.

🌹Pantau suhu badan.
- Selsema yang disertai demam memberikan rasa tidak selesa kepada bayi. Anda boleh memberikan ubat demam seperti paracetamol kepada bayi mengikut dos yang telah ditetapkan.

🌹Kurangkan penggunaan selimut dan bantal.
- Panas badan bayi boleh juga dikurangkan dengan memakaikan baju nipis dan diperbuat daripada kapas.

🌹Menyusu dengan lebih kerap.
- Jika bayi selsema mengalami hidung tersumbat, berikan susu dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini memastikan bayi cukup air dan berasa kenyang kerana bayi yang kelaparan lebih sukar untuk tidur. Bagi kanak-kanak, berikan mereka makanan dalam bentuk cecair seperti sup dan jus.

🌹Atasi masalah hidung tersumbat.
- Sedut keluar mukus yang memenuhi hidung menggunakan nasal aspirator yang boleh didapati di farmasi. Anda juga boleh meminta preskripsi larutan garam daripada doktor untuk dititiskan ke dalam hidung bayi selsema.

🌹Pastikan pengaliran udara yang baik.
- Buka tingkap jika perlu.

🌹Wapkan bilik air.
- Buka air panas, tutup pintu dan duduk di dalamnya selama 15 minit sebelum anda menidurkan bayi. Alternatif bagi yang tidak mempunyai kemudahan air panas, anda boleh mengisi air mendidih di dalam besen dan menghidu wap.

Kredit : Info dari Google

#AsmakDiamondDisember
#FkBizGroup
#TeamVsTeam


Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI