SESUATU YANG BERHARGA BILA KEJUTAN YANG TAK DISANGKA
Kadangkala tak perlu gelang emas seberat 2kg, tak perlu beg gucci, tak perlu kasut berpasang-pasang, cukup sekadar terima kasih kerana menghargai apa yang isteri buat untuk keluarga.
“Terima kasih” sesuatu yang sukar dilafazkan. Bukan mudah untuk keluar dari mulut orang jika dah sebati sejak kecil tak dididik dengan ucapan itu. Mungkin rasa janggal dan tak biasa. Mungkin pada dia itu adalah biasa.
Pada diri Nurul, ucapan “terima kasih” adalah sesuatu yang berharga. Tak sangka cik abang belikan gadget baru untuk memudahkan kerja Nurul di rumah. Memang la dah ada robot yang boleh jalan semdiri tu tapi biasa guna kat tempat rata (rumah atas atau rumah bawah). Tangga perlu buat manual juga.
Malam balik kerja dia terus buka kotak yang Nurul simpan dalam stor. Alahai, terharu hati ni. Jauh disudut hati cik abang faham keadaan Nurul di rumah tambahan pula sejak covid19 anak-anak tak bersekolah.
Rutin Nurul memang berubah 360’. Mana nak buat kerja rumah, mana nak urus business asmak dengan team, mana nak ajar anak-anak. Tapi Nurul cuba sedaya upaya yang terbaik buat semua.
Terima kasih abang selalu fahami keadaan diri yang kepenatan emosi dan fizikal. Hakikatnya, hanya surirumah saja yang faham apa yang dia rasa.
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment