Posts

Showing posts from 2021

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT

Image
  Menaikkan bendera putih bukanlah umpama kalah dalam peperangan, namun ianya adalah antara salah satu usaha juga.  Usah malu untuk kibarkan bendera putih sekiranya anda dalam kesusahan dan benar - benar memerlukan.Sama-sama kita saling membantu orang-orang yang dalam kesulitan. Dan sebaiknya usahlah di war-warkan siapa yang anda bantu di media sosial kerana mereka juga ada perasaan malu dan segan. Jika mahu sebarkan juga, tutuplah wajah, kaburkan lokasi dan sorokkan identiti penerima. Sebaik-baik sedekah ialah tangan kanan memberi, sorokkan dari tangan kiri. #agenasmakkotamasai

SEMBELIT PERIT DAN SAKIT

Image
  Bagi memudahkan usaha ibu ayah untuk mengenal pasti tanda sebenar bayi sembelit, beberapa petunjuk yang lebih tepat dalam menentukan sama ada bayi mengalami sembelit atau tidak. . Apakah simptom-simptom sembelit? Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit. Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:meragam, sakit abdomen dan gastrik; abdomen yang keras;sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar; najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras; najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ke

PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN

Image
  Pernah tak korang kena tegur dengan suami perut korang buncit lepas bersalin? Kawan selalu tegur " eh ko mengandung lagi ke?Brape bulan?" Faham sangat perasaan ni time tu jugak rasa nak menyorok masuk dalam kain . Masalah lemak tepu memang susah nak sental kan?Nah,baca dengan perlahan & tenang. Kak ju nak share dengan korang jamu homemade nih.Bahan bahan depan mata kita jer.Tak susah pun nak buat.Yang penting jimat& berkesan.Rajin dengan malas jer.Betul tak? Bahan bahan 3 sudu halba yang direndam selama 2 minit. 3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok 4 ulas bawang putih 15 biji lada hitam Cara cara Toskan halba yang direndam tadi.Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun . Simpan dalam peti dalam satu bekas. Cara makan 2 biji pagi& 2 biji malam selepas makan Khasiat Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar. Pantang larang Ibu mengandung ti

MADU MENJADI KEPERLUAN HARIAN PENGUAT ANTIBODI BADAN

Image
  Khasiat madu ni tak boleh dipertikai dah. Dalam hadis ada sebut, sains juga membuktikan. Madu Asmak ni lah menjadi pilihan utama. Ada 3 jenis madu;  Madu Asli, Madu Halia Bentong & Madu Kurma Merah. Didatangkan sekali dengan makanan sunnah Habbatussauda. Lengkap!  Madu ni elok untuk dimakan dua kali sehari (pagi dan sebelum tidur)  Keistimewaan p.r.o.d.u.k. setiap madu ni berbeza-beza tau.  ✅Madu Asli – Meningkatkan kekuatan badan, mencegah penuaan, meningkatkan kesuburan, mengatasi radang tekak, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, membersihkan racun dari dalam tubuh, meningkatkan metabolisme badan, mengatasi sembelit, mengatasi batuk dan selsema, mengatur kadar gula dalam darah, mengatasi perut kembung, melawan bakteria dan menambah tenaga.  ✅Madu Halia Bentong - Baik untuk merawat masalah batuk kering, batuk sehingga hilang suara & selsema, membantu sistem pencernaan ke arah lebih baik, menguatkan antibodi dan melancarkan peredaran dar

SEBESAR-BESAR MASALAH TETAP ADA JALAN PENYELESAIAN

Image
  Cari jalan penyelesaian adalah cara terbaik untuk selesaikan sesuatu masalah atau halangan. Fokus dan konsisten juga merupakan salah satu cara untuk mencapai kejayaan.  💪 Jadi, teruskan berusaha. Cari salah pada diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain. ✨ #Komikasmak

KASIH AYAH HINGGA HUJUNG NYAWA

Image
  Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh pelusuk dunia 🥰😘 Belajarlah dari Luqman, seorang bapa yang diabadikan namanya dalam Al-Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuri liku-liku kehidupan. "Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa" #agenasmakkotamasai

KEBEBASAN YANG DAH LAMA DIRINDUI

Image
  Banyak aktiviti yang tidak boleh dilakukan seperti selalu disebabkan oleh Covid-19. Sekarang ni, bila duduk dekat dengan orang pun kita dah rasa tak selesa sebab kita tahu virus ini berada di mana-mana.  . Bila ya agak-agaknya seluruh rakyat Malaysia akan divaksin sepenuhnya? Apa-apa pun kita kena sentiasa berdoa semoga segala kesulitan ini akan berakhir. Aamiin🤲 . #agenasmakkotamasai

CAFFEIN & PENYUSUAN BADAN

Image
  Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda. Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi. Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.  #MinyakHerbaAsmakKotaMasai

KASIH SAYANG HANYA DAPAT DIRASA YANG TIADA TANDINGANNYA

Image
  Kadangkala kita tak perlu bertelagah dengan perkara kecil. Diam tu lebih baik dari berkata-kata. Tak semua orang sama sependapat dengan kita. Dan kadangkala pengorbanan tu lebih manis bila dikenang kelak. Bila tiba masanya baru kita nampak hikmah satu persatu dariNya. Hari ni sampai lagi suprise dari cik abang sayang. Kadangkala bukan dia tak faham kita tapi dah banyak bersabar dengan kerenah kita ni yang kadangkala meroyan tak tentu hala. Hahahahahaha. Nasiblah bang dapat isteri macam saya ni kan. Bebel saya ke rungutan saya tu bersebab jugak. Tapi tak apalah, dulu saya dengar cakap abang sekarang saya nampak hikmahnya, dan sekarang saya dengar cakap abang lagi sekali, mungkin orang lain tak nampak hikmahnya tapi saya sedar saya patut dengar cakap abang kali ni. Terima kasih abang sebab jadi suami yang terbaik buat saya dan ayah yang terbaik buat anak-anak kita. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita sekeluarga dan lindungi kita semua dengan rahmat dan kasih sayangNya.

MINYAK KEBAHAGIAAN

Image
  Pelik ke dengar minyak kebahagiaan ? Tak pelik kalau dah kenal Minyak Herba Asmak ni. Memang betul-betul memberi kebahagiaan. Bukan hanya pada saya, malah untuk seisi keluarga. Dari si kecil  bayi yang tak reti berjalan tu sampailah ke neneknya yag dah tak larat nak berjalan. Semua guna minyak herba asmak. 😍 . Minyak wajib kena ada dalam first aid kit dirumah dan dalam kereta. Kalau habis memang kalut. Nasib baik tak susah nak dapatkan Minyak Herba Asmak ni. Agen nya ramai tau diseluruh Malaysia. 👍🏻👍🏻 . Kalau demam sapu Minyak Herba Asmak, batuk, selsema pun sapu Minyak Herba Asmak. Sapu pada si kecil lepas mandi seronok sangat dia. Tak ada dah nangis meragam. Mungkin kembung perut kut sebelum ni. Tidur si kecil pun lebih lena. Luka-luka kecil pun sapu Minyak Herba Asmak je. Cepat sangat kering.   . Kalau anda pun nak rasa kebahagiaan yang saya rasa ni boleh la pm. Kita sembang panjang-panjang lagi. Terima kasih Minyak Herba Asmak.  #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak

KASIH SAYANG TAK BOLEH DIJUAL BELI

Image
  Amboi..amboi..dia dah support kita nak jaga kesihatan la. Balik dari pejabat pos dia bagi ni ha. Sweet la abang kita ni. Hihihi. Sejak amik stevia bila teringin sangat nak minum air manis dan skipping pakai anak punya, dah turun berat la dr 58kg ke 56kg.  Mana tahu dapat pakai semula blouse lama-lama tu tak adalah macam hantu kum kum asik berjubah hitam je 7 hari 7 malam. #steviaasmak

MANISNYA MADU JIKA BERKHASIAT

Image
  Tengok madu tu. Jangan tengok mee hailam pula. Dah tinggal sikit lah. Cik abang kita pun dah suka madu kurma merah ni tau. Ni botol kedua tau sejak buka masa puasa Mei yang lalu . Banyak khasiat dia dapat mana tak dia suka. Asal pagi je dia yang bagi anak-anak makan tau. Tak payah pesan tak payah suruh dah. Dia tahu rutin makan madu ni dengan anak-anak setiap pagi. Sweet sangat cik abang kita tau. Yang paling best Nurul tengok, tak da lah dia macam keletihan sangat je. Maklumlah keje kat rumah ni nampak je duk kat kerusi tapi kerahan otak tu kemain sangat tau. Pssttt, tak kan pandang jeling je. Meh ler risik madu kurma ni untuk seisi keluarga. Orang kata musim covid ni kena kuatkan antibodi badan gitu. Makan dengan habatussauda sekali tau. Paduuuuu! #agenasmakkotamasai

POPIA SIMPUL KASIH MAMA NURUL

Image
  Sarapan pagi dan merangkap minum petang. Puasa pun puasalah tak kisah dah. Ape la sangat popia sayur kegemaran anak-anak ni.Hihihi. Jom cuba resepi mudah dari dapur Mama Nurul. Yang pasti krup krap krup krap teringat kat Nurul. Popia Simpul Kasih Mama Nurul Bahan-bahan: -Kulit popia -Tepung atau telur -Bawang putih -Bawang merah -Ikan bilis -Garam -Cukup rasa -Kubis -Lobak merah -Jejari ikan Sos pencecah -lada merah -bawang putih -garam -stevia asmak Cara-caranya 1. Tumis perencah yang dah dikisar halus hingga kuning keemasan dan naik bau. 2. Perasakan dengan garam dan cukup rasa. 3. Masukkan jejari ikan dan tunggu hingga betul-betul masak  4. Kemudian masukkan lobak merahdan masak bagi lembut sedikit dan diikuti dengan sayur kubis. 5. Gaul rata dan sekata dan matikan api. 6. Sejukkan sayur sebelum digulung dengan popia. 7. Buang biji lada dan kisar bersama bawang putih dan garam dan sedikit air.  8. Titiskan stevia secukup rasa. Selamat mencuba. #mamanurulasmak

PAHALA ITU MUDAH NAK DAPAT

Image
  Mengapa Duduk Rumah Dapat Pahala? =============================== 1. Kes jangkitan wabak Covid19 telah semakin meningkat di negara ini. Marilah kita sama-sama amalkan langkah pencegahan dengan melakukan kuarantin kendiri bagi memutuskan rantaian penyebaran penyakit. 2.Dalam erti kata yang lain hadith ini menekankan aspek disiplin seorang Muslim dalam menghadapi suasana wabak. Muslim seharusnya mengimani bahawa wabak yang melanda ini adalah ketentuan dari Allah, mereka seharusnya mampu mengawal diri mereka di rumah, bersabar atas segala ujian yang menimpa mereka serta meyakini bahawa tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan atas ketentuan Allah. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi #asmakkotamasai

LEMPENG KAMPUNG SEMUDAH ABC

Image
  Hari kedua pi k pi, puas pikir sarapan anak-anak.  Yela dah lama sangat duk berkurung ni sejak raya hari tu. Huhuhuhu. Pergi dapur rasa nak buat lempeng kampung untuk sarapan anak. Ala semua pandai buat lempeng kan. Tapi lempeng kampung Nurul special sikit sebab ada bahan yang kawan lain mungkin tak guna. Resepi Lempeng Kampung Mama Nurul Bahan-bahan: -sesudu nasi yang direndam -air masak secukupnya -garam secukup rasa -stevia asmak -tepung gandum -olive oil asmak Caranya: -kisar nasi bersama garam dan stevia hingga halus mulus -masukkan tepung dan air secukupnya dan kisar halus -tambah sesudu olive oil dan kisar bagi rata -rasa dan olah ikut citarasa -panaskan kuali, oles dengan olive oil sikit -tuangkan bancuhan tepung dan masak secukup rasa garing ikut kesedapan rasa. Selamat mencuba. #mamanurulasmak

PKP 3 BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA

Image
  Menghadapi lockdown penuh sektor sosial dan ekonomi bukan mudah bagi sesetengah orang.  . Cuba fahami kesusahan orang lain dan bersifat empatilah sesama kita. Bersama-sama kita doakan agar fasa kesulitan ini akan berakhir. Aamiin 🤲🏻 . #KomikAsmak

JANGAN AMBIL MUDAH RESDUNG

Image
 Adakah anda mengalami resdung dan tidak menyedarinya? Usah lakukan kesilapan saya yang hanya menyedari ada resdung selepas 20 tahun!  Cuba semak info di bawah :  Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut: 1. Sering mengalami hidung tersumbat dan selalu bersin  2. Mempunyai lendir dari hidung dan tekak 3. Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata 4. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang 5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan 6. Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung 7. Mengalami jerawat di muka dan badan 8. Nafas berbau 9. Kulit kepala berkemumur, gatal dan rambut gugur 10. Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain Ada juga yang menyangka mengalami resdung,tetapi sebenarnya alahan.Keduanya berkait rapat,malah ramai pakar mengatakan resdung-asma dan ekzema adalah 3 serangkai yang bersangkut paut antara satu sama

AMBIL TAHU PENYAKIT MULUT, MUKA, KAKI DAN TANGAN

Image
  Dah Periksa Tanda-tanda Pada Anak Anda? . Tak sangka, ramai rupanya yang bertanyakan saya pasal penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HMFD) ni. Untuk pengetahuan semua, penyakit ni SANGAT biasa di negara-negara Asia. Kalau diingat balik, penyakit ni dulu pernah menjadi wabak yang serius di negara kita. Seluruh Malaysia ada saja kes, sampai nurse punya cuti pun dibekukan. . Sebagai ibu dan bapa, kita kena bijak mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit ini. Bila dah kenal, mudah untuk ambil tindakan awal. . Tanda-Tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut . ❌Bermula dengan demam yang normal, biasanya 1-2 hari. ❌Sehari atau 2 hari selepas demam pulih, bahagian sekeliling mulut mula sakit.  ❌Biasanya terdapat bintik merah akan timbul dan kemudiannya menjadi ulcer.  ❌Bahagian yang terlibat seperti lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi. ❌Bahagian tapak tangan dan tapak kaki akan terdapat “rashes”, dan kadangkala disertai dengan gelembung air. Selain itu, kawasan alat kelamin juga boleh terkena sympto

PERJUANGAN MELAWAN COVID 19 HARUS DITERUSKAN

Image
  Bersyukur Malaysia negara yang masih aman dan tidak perlu keluar berperang untuk mendapatkan syahid.  Perjuangan kita hanya menentang sekecil-kecil virus, lain pula ceritanya seperti di Palestin, perjuangan untuk mendapatkan hak tanah negara mereka.   "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahannya, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahannya." -Surah al-Insyirah: 5-6 #KomikAsmak

IKAN SIAKAP STIM MAMA NURUL

Image
  Tekak ni tetiba teringin sangat nak makan ikan siakap stim kedai Sara Thai. Tapi apakan daya, jauh tu satu hal, dah musim covid merayap ni memang makan kat rumah lebih baik. Meh nak kongsi resepi mudah petik jari saja. Bahan-bahannya: 1 ekor ikan siakap 3 ulas bawang putih 2 batang serai 3 biji limau sambal Seinici halia Sesudu kecil asam jawa Garam  Maggi cukup rasa 2 sudu kecil olive oil 3 titis stevia Brokoli Lobak merah Nenas Cara-caranya: 1. Potong atau hiris bahan-bahan ikut citarasa. 2. Perapkan ikan dengan olive oil, garam dan maggi cukup rasa. 3. Bancuhkan air asam jawa. Perahkan limau dan masukkan bawang putih, halia dan serai yang dah dihiris. 4. Titiskan stevia ke dalam bancuhan dan masukkan sayur kemudian gaul rata. 5. Tuangkan semua bahan ke atas ikan dan kukus selama 10minit. Sambal kicap Kisarkan sebiji bawang putih bersama 3 batang cili thai kemudian masukkan kicap dan stevia secukup rasa. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. #mamanurulasmak

PEMBUKA SELERA PENAMBAH BERAT BADAN DENGAN JAYANYA

Image
  Hari-hari masak rasa dah jemu pula lauk-lauk bersantan dan berkuah, maka godek-godek barang kat dapur jadilah sambal totok moden versi malas. Hihihi.  Rumah ni sejak pindah memang tak ada lesung batu, maka dikisarkan saja dalam mesin pengisar tangan sekejap. Jom cuba, pasti tak lupa kat Nurul lepas ni. Sebab sedap hingga licin periuk nasi panas tu. Wakakakaka. RESEPI SAMBAL TOTOK MODEN Bahan-bahan: 1/2 biji bawang besar 1 batang lada merah 5 batang cili padi hijau Segenggam ikan bilis Sedikit belacan Caranya:  -gorengkan belacan seketika hingga masak -gorengkan bahan-bahan lain hingga kecut -tumbuk bahan asal hancur sedikit kalau malas menumbuk gunakan saja mesin kisar kering dan kisar sekejap. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. #mamanurulasmak

ASMAK ADA PELEGA ANAK PENGHIDAP ASMA

Image
  Kenapa Anak Asma Perlu Sokongan Kuat Dari Anda . Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma? Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin. Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita. Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka.  Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjara

MENU KEGEMARAN MENJADI SANTAPAN

Image
  Sambil bawa kereta sambil duk cari idea nak dibuat apa udang tu. Tak tahu nak dimasak apa. Maklumlah dah bizi ni nak cepat dan ringkas je. Tup-tup teringat anak suka makan nasi goreng udang yang Nurul masak bulan lepas. Tang tung tang tung la Nurul kat dapur. Tadaaa, siapppp nasi goreng udang pelbagai rencah dan rasa. Yang penting dah tak pantang dah seafood lagi sebab pelega dah ada. Malam-malam kang sapukan jela siap-siap minyak asmak kat batang hidung tu, tak adalah bangun pagi terbersin-bersin lagi. Nikmat Allah jangan diketepikan, alhamdulillah. #mamanurulasmak #asmakherbs #minyakherbaasmak

,BERAPA RAMAIKAH PENGHIDAP ASMA DI KALANGAN ANAK-ANAK KITA

Image
. Gambar di bawah ni menggambarkan apa yang berlaku pada tahun 2006, di US. Ini pada tahun 2006, 10 tahun lepas. Agaknya macam mana situasi sekarang ya? . Lagi satu perkara yang merungsingkan pasal asma sekarang, adalah ibu bapa sendiri yang tak mahu melaporkan kepada guru mengenai masalah anak-anak mereka. Nanti ada masa saya cerita pasal effect asma ni kepada prestasi anak-anak semasa belajar. . . #Asmak Mencari iedesńAsmak #rndteknologinano  

SUMBER SEMULAJADI ASID FOLIK YANG KAYA DENGAN KHASIAT

Image
  Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat : Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan : ✅ bayam - 1 cawan ✅ kacang bendi - setengah cawan; ✅ asparagus - setengah cawan ✅ lentil setengah cawan ✅ hati - 1 keping ✅ 11 batang taugeh brussels ✅ kacang mata hitam - 4 sudu makan ✅ germa gandum - 25g / 1 aun ✅ betik sederhana besar Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan: ✅ brokoli kukus - 2 pucuk ✅ buah oren saiz besar ✅ nasi putih - setengah cawan ✅ oat- setengah cawan ✅ kacang merah - setengah cawan ✅ jagung saiz besar - 1 Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sediki

PEMBUKA SELERA PENAMBAH BERAT BADAN

Image
  Lauk yang simple ni bikin penambah selera. Sambal sotong kering lawan pula kangkung celur cecah sambal rojak homemade by mak eton. Adoiiilah, habis seperiuk nasi kat dapur tu. Almaklumlah sejak dah makan asmak herbs dan ada minyak asmak ni memang tak pantang makan dah lagi. Pantang diajak makan ada lah. Kahkahkah. Beza dengan dulu, sebelum ni kan Nurul memang pantang seafood. Maklumlah hidung ni pagi-pagi je bersin tak henti-henti. Bangun je baru gerak setapak dah mula bersin tu belum sentuh air paip lagi tau. Punya lah teruk resdung Nurul ni. Hihihi. Sejak berjodoh dengan Asmak nilah nurul keraplah sapu minyak asmak sebelum tidur. Lepas tu kadang-kadang makan asmak herbs kalau terlampau melantak makan seafood tak ingat orang sebelah. Tapi alhamdulillah lah tak sangka serasi. Itulah orang kata, tak cuba mana nak tahu serasi. Dah cuba baru puas hati. Haaa, kalau dah tahu ada resdung tu meh la kita stand by awal perisai set resdung ni. Pssttt, sapu minyak asmak kat batang hi

ISTIMEWA HANYA UNTUK YANG TERISTIMEWA

Image
  Bila terasa hiba yang teramat terasa nak berkongsi rezeki dengan kawan. Tahu dia pregnant pun sebab komen-komen wassap statusnya beberapa bulan lalu sebab pergi check up. Seronok bila tahu kawan-kawan Nurul pregnant. Dengan harapan moga ada rezki sekali lagi untuk kami sekeluarga merasa pula. Hari jumaat yang mulia tambah pula hukan turun dengan lebatnya moga perkongsian rezeki buat sahabat farha dan bayi dalam kandungannya tu sedikit sebanyak Allah datangkan jua rezki yang dah lama kami tunggu nak merasa pula. Semoga set asmak baby care ni menjadi pemudah cara farha sekeluarga menyambut ahli keluarga baru tak lama lagi. Istimewanya set baby didatangkan khas dari asmak yang mesra kulit dan mesra pengguna untuk yang istimewa juga orangnya. Kalau tak tahu nak cari set kelengkapan baby dan ibu masa dalam pantang, Nurul boleh bantu syorkan yang mana bagus dan yang paling penting jimat. #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak #mamanurulasmak

MAKANAN PENGIKAT KASIH SAYANG SUAMI DAN ISTERI

Image
  Perempuan ni tak semua sama. Ada yang suka emas. Ada yang suka dimewahkan dengan barang-barang berjenama. Ada pula yang tak suka dimanjakan dan dimewahkan. Nurul lain. Nurul pula lebih suka pergi bercuti. Kalau diberi pilihan nak emas ke nak beg tangan atau kasut ke nak baju ke nak handset apa ke nak barang rumah apa ke nak gadget keperluan apa ke. Pilihan Nurul tetap nak bercuti je. Hehehehe. Sebab pada Nurul bila bercuti tu dapat luangkan masa bersama. Dapat rehat diri dari kepenatan menguruskan bisnes dan rumahtangga. Nurul kan, kalau suami bantu buat kerja rumah dan bantu kat dapur. Rasa satu nikmat yang teramat. Dia punya gembira tu tak tahu nak cakap. Lagi-lagi kalau dia ringan tulang tanpa dipinta. Dia punya senyum tu sampai ke telinga. Tengok jela sepinggan dia buatkan Nurul vietnam roll ni. Makan sambil menikmati. Lain macam rasanya. Bukan tak boleh buat sendiri tapi dah pernah buat banyak koyak dari jadi. Kalau cik abang buat kemas cantik je. Nak makan pun saya

JADIKAN BAYARAN ZAKAT YANG UTAMA BILA BUKA BULAN BARU

Image
  Tak pernah jangka beroleh peluang macam ni. Ingatkan dah tak kerja tak mampu nak bayar zakat lagi, tapi perancangan Allah lah yang paling baik. Alhamdulillah selesai tutup akaun dan tutup kewangan bulan april. Baru la lega dah selesaikan hakNya yang utama. Jom kawan-kawan, sekali dah buat berkali-kali nak buat sebab tak kan disangka nikmat rezeki lain datang mencurah-curah yang tak terjangkau dek akal fikiran. Itulah kuasaNya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak #minyakherbaasmak

PENJAGAAN KEBERSIHAN MENGELAK PENYEBARAN BAKTERIA

Image
  Jom ambil langkah mencuci tangan selepas keluar dari tandas dan sebelum menyentuh makanan. Cara-caranya : 1. Basahkan tangan dan picitkan sedikit sabun 2. Gosok kedua-dua tangan  3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari 4. Gosok dengan kuku di tapak tangan 5. Gosok belakang tangan dan celah-celah jari 6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya hingga hilang sabun 7. Keringkan tangan dengan tisu Anda pasti mampu mengubahnya. Jom jadikan amalan harian setiap kali membersih. Pencegahan awal yang berkesan. Semoga bermanfaat.

KENIKMATAN DIRASAI BILA KEPENATAN DAN KESUNGGUHAN DIHARGAI

Image
  Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang. Selalu beri yang terbaik. Selalu beri rezki yang tak dijangka. Terima kasih puan Nor Fazilah Abd Mohd, encik Mohd Selodi Md Ghazali dan seluruh team HQ asmak yang menguruskan agen asmak. Terima kasih semua yang selalu support dan beri galakan dan tak pernah lupa doakan Nurul yang banyak lagi kurang dan silap di sana sini.  Syukur nikmat BerAsmak macam-macam dapat  rasa. Semuanya dengan izin Allah jua. #mamanurulasmak

TERPANDAI TANPA SENGAJA

Image
  Semalam memang sakit kepala macam rasa nak hantuk je ke dinding. Dia punya sakit tu bangun berjalan pun bisa macam nak hape. Dah lumur minyak asmak, dah sapu roll on tak jadi hape.  Si kakak pun tolong ajar urut macam dia belajar kat buku sekolah tapi tak jadi hape. Makanya tengahari dah serender terus terbaring depan TV menahan sakit cuba nak lelap sekejap. Tapi sebelum tidur sempat pesan kat 2 dara tu. Anak-anak ni kan sebenarnya boleh je buat sendiri. Tapi mengada je lebih sebab dia tahu mama dia tak kerja ada rumah kan? Isk isk isk. Tengok jela hasil anak dara umur 6 tahun sebelah kiri yang kanan anak dara umur 9 tahun. Boleh la kan dia yang nak makan. Lepas ni kalau mama tetiba sakit, dah boleh la isi perut sendiri. Hihihi. #mamanurulasmak

JURURAWAT TAK BERTAULIAH SAAT KECEMASAN TIBA

Image
  Elok je nak off data nak baring kejap, bunyi mesej masuk bertalu-talu. Allahuakbar, anak jiran jatuh benjol. Nak beli minyak asmak. Nurul pun terus sarung tudung gagahkan diri start enjin kereta sebab tak larat nak mengayuh basikal tengahari terik di kala matahari duk atas kepala ni. Yelah umah Nurul lorong 10 umah jiran lorong 24. Fuhhh berasap kepala ni kalau bakar kalori tengahari gini. Tak kuasa aihhh. Nino datang, nino datang... Beri salam terus masuk rumah dia minta izin nak ajarkan cara pakai yang betul. Hari ni jadi jururawat tak bertauliah kita tau. Kikikiki. Bukan apa, niat Nurul sungguh nak bantu. Moga cepat la elok benjol bengkak biji telur tu. Halahhh, anak nak besar gini la. Macam bujang Nurul kat rumah tu. Baik sesangatttt. Huhuhu. Moga-moga cepatlah surut bengkak anak puan ayu. #agenasmakkotamasai

SAIZ DAH SAMA TAPI TAK SERUPA

Image
  Kecik beso kecik beso mata ni tak boleh nak buka masa gulung roti ni. Dah macam keje kilang dah ni dari kul 4 pagi tadi membizi. Hihihihi. Sejak 1 Ramadhan, sibuk macam mana pun, penat macam mana pun, mesti nak sediakan menu permintaan anak-anak. Tak pernah membazir buang lagi setakat ni. Semuanya masuk ke dalam mulut mereka tanpa toleh kiri dan kanan.  Yang peliknya anak tak gemok-gemok pun makan benda manis-manis dan goreng-goreng ni, mamanya pula yang tak kuncup-kuncup. Barangkali kena sumpah masuk mesin dryer pusing 30 hari tanpa henti baru mengecut kurus macam lidi. Hihihi. Ajommm la rehat kejap diffusekan citronella ni bagi tenang-tenang je lega kepala dan urat-urat yang bersimpang siur dalam badan ni. #mamanurulasmak

"ME TIME" PERLU DAN PENTING BUAT SURIRUMAH

Image
  Sejak usia dah meningkat ni tambah pula covid tak lenyap lagi, nak pergi bercuti pikir dua tiga kali, selain aerobik kat rumah, pergi belanja barang dapur sorang-sorang ni pun "me time" sangat dah. Memang la ada orang cakap alahhh, apa la sangat "me time" gi Tesco tu. Nak tahu tak, rasa seronok sangat sampai 2 jam lebih dalam Tesco ni. Tak sedar. Nasib tak terlajak amik anak. Adehhhh... Mana tak nya seronok, pergi dari 1 lorong ke 1 lorong belek satu persatu sorang-sorang. Fuhhh, seronok giler. Kalau pergi 1 family tak dan nak belek-membelek la sebab nak cepat je balik mana tak nya mulut Nurul je riuh rendah sebab duk kejar anak main sana sini. Takot sangat barang pecah. Kahkahkah. Halah-halah, suka sangat Nurul pagi ni. Senyum sampai ke pipi kawww. Mana tak nya, Nurul beli je apa Nurul suka. Nurul yang nak masak kan. Bukan jirannn sebelah rumah yang nak masak untuk anak-anak ni pun. Kikikikiki. #mamanurulasmak

KESUKAAN ANAK KELEGAAN MAMA

Image
  Anak 3 orang 3 menu dia request. Nasib 3 je setakat ni. Kalau 6??? Fengsannn mama kat dapur. Tengok la kek tu dah elok-elok diterkamnya dia dengan garfu punya la tak menyabarrr sangat.  Fuhhh mujur la mama dan roll on tak boleh berpisah dah. Tak jadi nak marah hidu roll on je terus tona suara mama jadi mama solehah gitew. Kikikiki. Sebab tu roll on asmak sekarang letaknya kat poket seluar mama je. Rasa-rasa berangin je tak kena, entah setan dua tanduk mana entah merasuk bulan puasa ni. Eh tapi ada ke? Bukan ke kena ikat? Adehhhh..terus je hidu dan sapu kat kepala ni terus rasa tenang gitu. Percaya tak? Meh ler roll sekali baru tahu menjadikkk ke idokkk?  Larikkkk... #mamanurulasmak

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH PADA IBU BAPA

Image
  Kelahiran seorang anak itu adalah anugerah daripada Allah SWT. Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-Nya. Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah SWT. Apa yang pasti setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Misalnya, anak yang lemah dalam akademik, tetapi mereka bijak dalam ilmu pengetahuan atau meyelesaikan masalah teknikal. Setiap anak-anak mempunyai keistimewaan tertentu. Percayalah semua anak ada kelebihan tersendiri. Cuma anak itu perlukan masa untuk tonjolkan potensi mereka. Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan setiap anak sia-sia, pasti ada tujuan dan hikmah di sebaliknya #KomikAsmak

TAK CUBA MANA NAK SUKA, DAH CUBA PASTI JATUH CINTA DAN SETIA

Image
  Tahun ni sambutan kurma luar biasa. Nurul memang fokus jual sebelum Ramadhan tiba tapi sampai sekaranga ada yang nak beli lagi.  Sendiri fikir la best ke kurma asmak ni? Hihihi. Dah nak habis kurma mariami last tu dia suruh amik gambar la pulakkk. Mengada je. Dah kempes peket kurma mama baru nak amik gambar. Bertuah sungguh! Peminat kurma mama dari kecik lagi. Apa aje dia ni tak makan, semua dia bedal. Kikikiki. #kurmapremiumasmak

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM LUAS

Image
  Konsep ibadah adalah terlalu murni dan luas skopnya. Ia bukan sekadar ibadah khusus yang sifatnya rohaniah tetapi juga bersifat umum merentasi jalur hidup  seorang insan.  . Allah mencipta manusia tentu dengan aturan yang tersendiri supaya hikmah kejadian manusia menyumbang kepada kesejahteraan hidup sesama insan dan juga alam. Sebagai hamba, Allah bekalkan akal fikiran dan kalbu supaya manusia  boleh berfikir dan mempunyai hati budi dan perasaan.  Allah juga memberikan manusia daya supaya  dapat diterjemahkan sebagai amal soleh.  . Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi 'pelaburan' pahala kita untuk saham di akhirat nanti. Aamiin. #KomikAsmak

KEPENATAN TERUBAT BILA ADA PENGUBAT SI JANTUNG HATI

Image
  Hari ni seharian rasa lemau penat kepenatan teramat. Rasa nak baring je dengan kepala berat.  Barangkali faktor usia yang dah meningkat ni. Minta si bujang carikan minyak asmak tak larat sungguh. Nurul lumurkan je ha kat kepala ni, alahai...berangin tu buat lega. Sejuk dingin segar je rasa. Sedar-sedar dah 10.35 pagi bunyi alarm kena amik kakak balik sekolah agama. Mujur la si jantung hati ni ada, terubat sikit hati ni. Hihihi. Kalau dah suka kan, yang hitam manis juga jadi pujaan kan? Sungguh!  Hari ni gantung kuali la, acik tak? Hakhakhak. #minyakherbaasmak

SEDERHANA DALAM KEHIDUPAN KUNCI KEBAHAGIAAN

Image
  Biarlah hidup secara sederhana dari nampak semua indah tapi hutang keliling pinggang. Nurul dan suami lain. Kami sama-sama susah dan sama-sama senang. Cuma sekarang indahnya sebab satu persatu suami bagi sebagai tanda penghargaan Nurul berkorban berhenti kerja uruskan anak-anak dan rumah. Dari awal lagi kami memang besederhana saja. Kami pelan-pelan kayuh tambah sedikit demi sedikit tapi kami bahagia sebab tak banyak hutang. Nak makan apa nak jalan mana nak beli apa semua boleh sebab cukup dan ada. Tak perlulah kita nak banding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Tak perlu tanya kenapa itu dan kenapa ini? Masing-masing ada kemampuan dan bila masa yang tepat datang untuk mereka, mereka juga akan menikmati rezeki yang Allah nak beri. Kun fayakun. Sebagai hamba kita hanya perlu berusaha dan berdoa saja. Bak kata suami Nurul dulu, belajar susah dari sekarang dan nikmatinya kelak bila tiba masanya jua. Sentiasa bersyukur dan bersederhana saja walau kita tahu kita mampu lebih