Posts

Showing posts from March, 2021

PENUTUP MAC YANG PENUH RASA SYUKUR

Image
  Alhamdulillah hari ni sempat kemas dan pindahkan rak Asmak di tempat baru. Alang-alang nak deko-deko rumah, kita kasi kemas terus. Lagipun sekarang dah guna printer untuk print CN. Rasa tak sesuai letak rak di bawah sebab kena turun naik atas siapkan barang. Ubah-ubah angin bagi aura baru, bagi bertambah lebih semangat lagi lepas ni sebab produk pun dah banyak yang susut dipinang pelanggan. Syukur dengan bulan Mac walau banyak dugaan datang silih berganti bulan ni. Semoga April yang bakal memulakan tirai esok baik-baik saja untuk Nurul dan semua yang Nurul sayang. Semangat! #agenasmakkotamasai

BENDA WAJIB DI BAWA KE MANA JUA PERGI TENTULAH MINYAK HERBA ASMAK

Image
  Sudah menjadi kebiasaan dan kewajiban bawa “first aid” kami ni ke mana jua pergi. Bila tertinggal atau tak bawa rasa macam tak lengkap je hari-hari kami sebab anak-anak mesti akan minta disapu selepas mandi. Keselesaan anak, keutamaan kami. Bila anak sihat dan selesa, hati ibu ayah pun tenang. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik dari merawat”. Bila sapuan minyak herba asmak ni dijadikan rutin harian, in sha allah selsema, batuk dan demam tak menjengah. Bukan kata tak pernah kena tapi kalau tiba-tiba Allah bagi ujian sakit tu, sekejap jela dan tak melarat. Kita sebagai ibu ayah akan ikhtiar sebaik mungkin buat anak-anak.  Ikhtiarkan dengan minyak herba asmak yang ramuannya sangat istimewa dengan kandungan gamat dan habatussaudanya. Kini, Minyak Herba Asmak menjadi teman setia kami sekeluarga ke mana kami bercuti. Pening kepala, kembung perut, senggugut, luka berdarah, bengkak atau benjolan segalanya boleh dilegakan dengan sapuan Minyak Herba Asmak. Pasti tidur lena hingga ke pagi.

KESENANGAN AKAN DIKECAPI JIKA KITA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH

Image
  Tiada kesenangan yang boleh dikecapi jika kita malas berusaha. Sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa sekali. Dikurniakan akal fikiran bersama anggota tubuh badan yang cukup lengkap. Setiap anggota yang Allah ciptakan di tubuh badan kita mempunyai keistimewaan dan fungsi tersendiri. Ianya melengkapi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian. Wajarlah kalau inginkan sesuatu harus usaha untuk dapatkannya dengan cara tersendiri. Usahalah selagi mampu dengan kudrat yang ada kelak akan dipersoalkan di sana bagaimana cara kita gunakan dan manfaatkan setiap anggota yang ada pada tubuh badan kita semasa di dunia. Buatlah sehabis baik untuk mendapatkan keredhaan dan kebahagian di dunia mahupun akhirat kelak. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PENGALAMAN MAHAL YANG BERHARGA DALAM HIDUP

Image
Pengalaman anak bujang teruna ni. Dari lahir senang je uruskan dia. Tapi dari baby dia ada problem pada matanya sebab ada lebihan lemak di mata. Itulah pembedahan pertama yang perlu dia lalui saat umurnya masih kecil ketika 1 tahun. Bila dah besar, lain pula ceritanya. Ada problem di anunya pula. Atas saranan doktor, kami sunatkan awal supaya dia tak rasa sakit berulang kali. Gerun dan risau bercampur baur. Yela seusia 3 tahun dah operate 2 kali. Itu belum lagi yang jatuh berdarah koyak bergam berulang kali. Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Saat membesarkan anak ni pelbagai ujian dan dugaan silih berganti allah berikan tanda sayang allah pada kita nak lihat setakat mana kesabaran kita bila diberikan sedikit ujian. Tapi dari pengalaman lah kita belajar bermacam-macam. Sifat sabar, ikhlas, redha dan tenang hadapi apa jua situasi yang datang. Sebagai manusia kena ada rasa sabar yang tinggi agar kita dapat tenang je hadapi apa jua yang datang baik yang sedih atau gembi

PELEGA YANG BERKESAN BILA BERJALAN

Image
  Nurul memang ada masalah bila jalan jauh. Masuk kereta memang tak boleh nak tengok handset lama-lama. Kalau jalan bengkang bengkok lagi lah dia punya penangan. Andaikata plan pergi ke Cameron ke pergi ke Genting, memang akan berhenti di bahu jalan dan muntah-muntah. Mengalahkan orang mengandung pula kan? Itulah Nurul. Dari dulu memang macam tu. Huhuhu. Plastik memang sentiasa ada sahaja di dalam kereta ataupun handbeg sebab kalau dah tak tahan memang muntah je terus, baru rasa lega. Dah sampai ke genting, duduk sekejap sementara tunggu abang beli tiket sapukan minyak asmak di dahi dan hidung nak bagi lega mual dan pening yang amat sangat. Ya allah tak tahu nak cakap macam mana mualnya membuaknya perut nak muntah. Isk isk isk. Ha, jangan tak tahu. Minyak Herba Asmak ni menjadi peneman kami di sisi. Ke mana sahaja akan kami bawa sebab bila pening kepala ke anak kembung perut ke atau anak luka sebab terhantuk atau jatuh FIRST AID KIT kami Minyak Herba Asmak lah dari dulu sampai

SETIAP ANAK ADA KEISTIMEWAAN TERSENDIRI

Image
  Kadang kita tersilap menilai. Kadang kita terlepas pandang. Ada manusia dilahirkan sangat istimewa dan kita perlu belajar dalam menghadapi mereka. Usah mudah melabel bukan - bukan, kerana mereka tak minta dilahirkan begitu. 😔 #KomikAsmak

BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK SETIAP SESUATU

Image
  Menurut al-Imam al-Baihaqi, elemen burung digunakan bagi menggambarkan tentang usaha. Kerana burung tidak duduk diam dalam sarangnya melainkan dia akan keluar mencari rezeki. Seakan-akan, tawakal harus disertakan dengan usaha. Oleh itu seseorang tidak boleh dengan mudah menyatakan dia sudah bertawakal sedangkan dia belum berusaha untuk mendapatkannya. Dalam hidup ni, biarlah kita berusaha dahulu untuk dapatkan sesuatu. Selagi mana ada kudrat dan kesihatan yang mengizinkan elok kita usaha sehabis baik. Itu juga sudah cukup baik untuk jadi contoh teladan terbaik buat anak-anak. Moga anak-anak mengerti untuk dapatkan sesuatu dia juga harus buat sesuatu sehabis baik. Usaha tangga kejayaan. Allah Maha Melihat atas setiap sesuatu dan Allah juga Maha Berkehendak untuk jadikan sesuatu. Berbuat sehabis baiklah kita selagi ada daya dan kudrat dariNya. Di musim pendemik covid 19 yang hampir setahun melanda negara kita ni, ramai diantara kita dibuang kerja atau kerja seminggu berapa hari

KEPERLUAN ATAU KEHENDAK SEMUANYA BERGANTUNG PADA DIDIKAN IBU BAPA

Image
  Keperluan dirinya bukan lagi menjadi perkara utama untuk dilunaskan bila dia bergelar ibu bapa. Nalurinya merasa lebih bahagia melihat sinar gembira diwajah anak-anaknya. Beringatlah kita sebagai anak untuk sentiasa membahagiakan mereka. Tak semestinya dengan wang ringgit semata, doa yang dititip anak yang soleh dan solehah itulah yang dapat membantu kedua ibu bapa kita di akhirat kelak. #KomikAsmak

SELAMI DAN FAHAMI PENTINGNYA GALI ILMU

Image
  Mama dia ni dah la tangan kejong tak berapa nak pandai jahit. Cikgu pula bagi task minta buat apron dengan anak guna kain perca ikut kreativiti masing-masing. Pindah sini bawa barang nak pakai je. Jangan kata kain perca, benang dan jarum pun tak bawa sama, jadi main taram saje asal ada dan siap dah ler nak. Kikikiki. Mujur khamis baru kena hantar. Kang pepandai la nak awak nak present apa depan kawan dan cikgu. Huhuhu. Mama tolong awak siapkan je. Awak cerita la dengan kawan dan cikgu nanti. Isk isk isk, pandai awak amik hati mama sedia minyak asmak, orang rajin menjahit ni kejaannya tercucuk jarum je. Hehehe. Nasib ada minyak asmak tau, sapu-sapu jela cepat je lega. Tak ada alasan nak cuti masak. Kahkahkah. Bila anak kecil ni walau bagai mana sibuk pun kena luangkan masa beraktiviti dengan anak. 12 tahun pertama ni la kena betul-betul didik, tegur dan betulkan mana silap anak. Moga-moga didikan kita yang sehabis baik ni dia ikut dan allah permudahkan jua kelak. Fikir yang

PENGUBAT HATI PENYEJUK HATI DI SISI MENEMANI

Image
  Mama dia ni dah la tangan tak berapa nak pandai jahit. Cikgu pula bagi task minta buat apron dengan anak guna kain perca ikut kreativiti masing-masing. Pindah sini bawa barang nak pakai je. Jangan kata kain perca, benang dan jarum pun tak bawa sama, jadi main taram saje asal ada dan siap dah ler nak. Kikikiki. Mujur khamis baru kena hantar. Kang pepandai la nak awak nak present apa depan kawan dan cikgu. Huhuhu. Mama tolong awak siapkan je. Awak cerita la dengan kawan dan cikgu nanti. Isk isk isk, pandai awak amik hati mama sedia minyak asmak, orang rajin menjahit ni kejaannya tercucuk jarum je. Hehehe. Nasib ada minyak asmak tau, sapu-sapu jela cepat je lega. Tak ada alasan nak cuti masak. Kahkahkah. Bila anak kecil ni walau bagai mana sibuk pun kena luangkan masa beraktiviti dengan anak. 12 tahun pertama ni la kena betul-betul didik, tegur dan betulkan mana silap anak. Moga-moga didikan kita yang sehabis baik ni dia ikut dan allah permudahkan jua kelak. Fikir yang baik, c

SESUDU MADU SUDAH MEMADAI UNTUK TENAGA SEPANJANG HARI

Image
  Walaupun tak berapa nak ada tenaga tetap gagahkan diri juga settledkan hutang agen dan customer. Mujur sangat telan madu sesudu masih bertahan ke saat ni. Musim demam batuk selsema berjangkit ni elok kuatkan imun badan dengan madu. Madu asmak ada 3 jenis tau, madu asli, madu halia bentong dan madu kurma merah. Tapi dalam banyak-banyak madu asmak, semestinya Nurul paling suka madu kurma merah. Dah la bagi Nurul tenaga sepanjang hari, malah dapat atasi masalah sembelit Nurul yanh teruk ni. Paling best, bantu kuatkan minda yang tak berapa nak ingat ni tau. Maklumlah dah tua. Letak kunci kat mana pun lupa. Adeh... La ni, bukan Nurul je makan madu. Anak-anak pun mesti minta setiap pagi dan malam sebab dah jadi rutin diorang. Maklumlah nak kuatkan imun badan diorang. Ada alternatif mudah, kita pilih yang paling ringkas dan cepat. Paling penting khasiatnya. Makanan sunnah zaman berzaman kan? Wajib lah amalkan. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #maduasmak

TEGAR MEMBUATKAN KAMI TERUS BERASMAK

Image
  Alhamdulillah dapat juga bersua muka dengan Zatul Himmah dan Aida Azmi. Nurul rasa terharu dan hargai sangat kalian berdua sudi luangkan masa yang tak seberapa untuk kita sama-sama review pencapaian kita selama tiga minggu pertama ni. In sha allah, cuba dulu tips yang Nurul kongsikan tadi, moga-moga lepas ni habis semua produk Asmak di rak kalian. Terus buat dan ambil tindakan ye. Semoga perkongsian yang sedikit ni dapat membantu aida dan za closed dengan lebih banyak lagi. Semangat! Nak join #teamMamaNurul, jom Nurul bantu kalian buat duit poket tambahan dengan Asmak. #agenasmakkotamasai

REZEKI TAK KAN DATANG BERGOLEK TAPI DENGAN USAHA YANG BERTERUSAN

Image
  Rezeki datang dengan usaha. Takat mana usaha kita, takat tu juga Allah bagi. Umpanya kita keluar rumah subuh hari, kerja sungguh-sungguh bercucuk tanam, pakat tanam , siram dan baja. Hari-hari kita siram dan jaga. Belai sepenuh hati nak pokok subur segar tumbuh. Hasil sihat dna banyak. Macam tu juga rezki. Kalau kita usaha sungguh-sungguh, Allah akan bagu juga apa yang kita nak. Kalau kita usaha pun cincai lebih kurang je, macam tu juga lah Allah akan bagi. Sebelum salahkan takdir, sebelum salahkan orang lain, sebelum tuding jari kat orang lain, kita tengok balik diri kita. Takat mana usaha kita. Macam mana solat dan doa kita. Banyak mana zikir dan mengaji kita. Masa tidak akan sabar. Kejarlah semua impian anda, capai semua impian anda dengan doa dan usaha. Doa adalah kekuatan, keinsafan dan semangat. Usaha di jalan yang benar dengan doa, pasti akan berjaya. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PENGALAMAN MENJADI SAKSI SAAT SUKA DAN DUKA

Image
  Dulu Nurul bekerja. Macam-macam kerja Nurul ni. Kerja kilang, airport, tadika dan pejabat. Macam-macam pengalaman Nurul dapat bila kerja bidang berbeza ni. Hihihi. Bila berhenti kerja tahun 2015 dulu, 5 bulan lepas tu Nurul terjebak dengan bisnes roti pula. Ada la 2 tahun juga Nurul jual roti. Nak kata pandai tu tak la, tapi tu je pilihan yang ada sambil duk rumah kan. Orang kata, boleh la takat dapat duit poket sendiri. Hujung tahun 2018, Nula mula join Asmak. Bisnes ke 4 yang Nurul join. Mulanya sekadar nak cuba dan nak cari pengalaman je. Tak sangka bertahan sampai saat ni. Banyak benda Nurul belajar dalam dunia bisnes ni. Antaranya fokus dan big why. 2 benda ni yang buat Nurul tegar hingga sekarang.  Fokus sangat power dalam bisnes. Bila kita fokus, banyak benda yang dapat kita buat dan hasilnya menakjubkan. Berbeza dengan bila kita buat banyak bisnes dalam 1 masa, akhirnya habuk pun tak ada. Kalau yang langsung tak fokus, rezki pun takat tu jela yang diusahakan. Apa yang penting

BERMULA DENGAN APA YANG ADA HINGGA MAMPU GAPAI APA YANG DIIMPIKAN

Image
  Nurul bermula dengan modal RM120, grab agen promosi Oktober 2018. Alhamdulillah setakat hari ni ada produk bermodal RM3011 di rak sebelah Nurul ni la. Itu belum termasuk yang bakal sampai esok lusa berjumlah hampir RM1.2k. Tak pernah menyesal terjebak dengan Bisnes Asmak ni. Rasa syukur dan bangga dengan diri sendiri sebab boleh bertahan sampai ke hari ni dan ada team #teamMamaNurul di sisi sebagai penguat diri untuk buat sehabis baik hari demi hari. Fokus dan Big why yang kuat la akan membuatkan diri kita terus kuat dan jalan terus pandang ke depan untuk capai apa yang diimpikan. Terima kasih buat semua agen  Nurdiyana Abd Malek  #agenasmakmerlimau, Nor Afihana  #agenasmaktanggabatu,  Zatul Himmah  #agenasmakseremban,  Aida Azmi #agenasmakbukitgambir dan  ummu AdiLah OthMan  #agenasmakpekan kerana kalian terus setia bersama Nurul dan terus kongsikan manfaat produk Asmak supaya lebih ramai dapat rasakan kebaikannya bersama. Yang masih mencari bisnes tapi tak tahu nak buat pilihan? Ma

SET SEMPUT ASMAK MENJADI IKHTIAR JIRAN YANG SEMPUT

Image
  Balas mesej jiran yang cuba set semput lewat petang tadi, nampak feedbacknya positif. Moga Puan Noraini cepat lega dan sembuh dari semput yang melanda diri. Yang mana semput asik amik neb tapi masih belum beransur sembuh, meh Nurul b a n t u. Semput ni jangan buat main tau. Silap hari bulan masuk wad berhari-hari. Kalau dah ada sejarah semput ni elok ikhtiarkan sesuatu. Dalam asmak sendiri kita memang ada produk khas untuk legakan dalam dan luaran untuk yang semput. Sapukan minyak asmak di luaran dan makan jus asmak gold untuk ikhtiar dari dalaman. Kalau nak ikutkan, banyak testimoni set semput asmak ni menjadi. Tak salag ikhtiar dulu kan? Sampai bila nak harapkan neb je. Jom legakan semput anda cepat. Nurul ikhlas nak bantu. Tunjuk ajar makan dan cara pakai yang betul. #minyakherbaasmak #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak

PECAHKAN TEMBOK SELESA KEPADA LUAR BIASA

Image
  Alhamdulillah lega selesai walaupun rasanya point ke laut nak terangkan sebab kupu-kupu duk terbang dalam perut kecut perut. Yelah, bukan senang nak bercakap depan orang ramai, lebih-lebih lagi dalam team besar Asmak seluruh Malaysia. Kalau cakap dengan team kecil tu lain, ni founder Asmak, team HQ Asmak dan agen-agen team lain pun tengok. Gugup dia kemaib semacam. Dulu lain, sekarang lain. Dah tak tak kerja ni semangatnya tak sama macam orang bekerja yang dah biasa cakap depan orang ramai. Terima kasih buat KG Faz yang sentiasa beri galakan dan sokongan serta che ta yang tak pernah jemu bagi semangat untuk Nurul live. Semoga sedikit sebanyak perkongsian Nurul membantu kalian yang mendengar. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

KALAU DAH BERKURUNG, PAKAI BAJU LAIN SIKIT DIINGAT NAK BERJALAN

Image
  Automatik dia merajuk bila kita cakap bukan nak pergi jalan nak, mama cuma pergi kedai depan rumah ni jek nakkk. Kikikikiki. Anak bujang trang tang ni lain macam. Kejaannya nak berjalan saja. Yela kami memang jenis suka berjalan dari dulu lagi. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman. Kalau di Malaysia ni, yang kami belum sampai sekeluarga Sabah dan Sarawak jela. Hahaha. Kalau tempat pelancongan ni, tempat yang kami dah lawati antaranya Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Cameron Highland dan Pulau Kapas di Terengganu. Water world juga salah satu destinasi yang menjadi pilihan percutian kami kerana kesukaan anak-anak. Antara taman tema air yang dah kami pergi, Bayou Lagoon resort, Gold Coast, Water World, A Famosa Resort, Air Panas Gadek, Gold Coast Morib, Sunway Lagoon dan Lost World Tambun. Kalau hotel kami sangat suka pergi hotel yang sama je kalau hotel tu harganya berpatutan dengan keselesaan yang kami rasa. Tapi sejak negara kita di landa covid 19 ni

ISTIMEWANYA ASMAK BERBANDING BISNES LAIN

Image
  Seronoknya Asmak ni setiap pagi jumaat ada usrah baik dengan Team HQ Asmak mahupun mak leader Faz. Perkongsian yang ringkas dan padat tentang surah Alkahfi hari ni. Alhamdulillah syukur berjodoh dengan bisnes Asmak ni. Bukan dunia je dapat akhirat pun dapat sekali. Untung dapat ilmu yang dikongsi bersama. Saling pesan memesan. Saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Sayang sangat dengan Asmak ni bukan kata hanya kejar dunia semata-mata tapo bab akhirat founder dan leader sangat tekankan juga. Baik ilmu dakwah, ingatkan pasal aurat mahupun bab jaga hubungan sesama kita umat islam. Hanya dalam Asmak je dapat macam ni. Circle yang positif dan bagus untuk kembangkan bisnes secara sihat. Jom berAsmak! #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak

EKSLUSIF BUKU RESEPI KELUARAN ASMAK DATANG DARI RESEPI CHEF AGEN ASMAK TERSENDIRI

Image
  Bau Ramadhan semakin dekat dapat dihidu. Moga kita semua dapat sama-sama meraikan Ramadhan kali ni dengan penuh kesyukuran. Sama-sama doakan kita semua dapat rentas Negeri menziarahi ibu ayah di kampung, bersama-sama sahur dan berbuka. Sementara masa yang Allah beri ni kita ada, meh la kita hadiahkan orang yang tersayang set kurma dan madu ni sebab Nurul nak bagi PERCUMA je buku resepi tu. Bulan puasa ni macam-macam la anak tekak teringin itu ini kan, musim pendemik covid 19 ni elok lah masak je sendiri, bukan kata bersih, jimat dan sedap malah bahagian yang ke tong sampah pun dapat dielakkan. Dalam buku respi kurma dan madu ni pun dah berbagai resepi. Buat dengan tidak je tau. Semuanya sedap-sedap dari kuih, puding, biskut, nasi malah lauk. Semua resepi menyelerakan yang berasaskan madu dan kurma tau. Perghhh, rugi sangat tak cuba. Dapat percuma je buku haruslah cuba tau. Dapatlah pahala chef yang kongsi resepi tu. Tak gitu. Huhuhuhu. #agenasmakkotamasai

KENANGAN SUSAH SENANG TERJAWAB SUDAH BERSAMA ASMAK DI BULAN FEBRUARI 2021

Image
  Terima kasih mak leader Fazlina Kamarazaman untuk reward khas Februari ni. Nurul hargai sangat. Terharu dapat loket Asmak sebagai kenangan awal tahun 2021 ni.  Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan yang tak pernah jemu. Doakan Nurul terus semangat berAsmak semoga lebih ramai dapat manfaat bersama. Tak lupa juga terima kasih buat semua #teammamanurul yang setia bersama Nurul hingga saat ini dan memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih buat suami, anak-anak, keluarga dan semua yang terus memberikan sokongan dan doa yang berterusan. Semoga produk Asmak terus mendapat tempat dihati pengguna dari dulu hingga sekarang, in sha allah selamanya kerana kualitinya yang premium dan mesra pengguna. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #minyakherbaasmak #asmakdihati

ASMAK SETANDING PRODUK LAIN YANG HEBAT DAN BERKUALITI TINGGI

Image
  Walaupun nama dan warna sedikit berbeza, tapi kita tau la awak tu minyak herba asmak. Kalau dah suka, lain macam mana pun tetap kenal. Jatuh cinta gitu. Bangga tau awak masuk dalam buku teks sains tingkatan 5 tahun ni sebagai contoh supplemen kesihatan yang mengikut piawaian KKM.  Tahniah #minyakherbaasmamujarabsdnbhd.  Kini Produk Asmak bukan lagi produk yang dipandang sepi oleh orang melayu kita sebab kami dalam kategori produk yang berkualiti dan banyak memberi manfaat pada orang ramai selain harganya yang berpatutan dan mesra pengguna. #agenasmakkotamasai

KENANGAN MENGUSIK JIWA BERSAMA ASMAK

Image
  Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Tiada daya dengan izinNya jua, syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk buat sehabis baik 2021 ni. Terima kasih semua yang terus menyokong Nurul dan mendoakan. Semoga lebih ramai dapat manfaat bersama. #mamanurulasmak

KELEGAAN TAK TERKATA

Image
  Rezki niat hati nak jenguk atuk, dapat jumpa ibu ayah pula. Peluk cium ibu ayah sejak PKP tak bersemuka lagi. Bila dah jumpa ibu ayah tahu jela macam-macam nak dibawa balik bekalkan anaknya. Nurul ni macam ibu juga kalau makan pucuk ubi, mesti angin. Biar pun dah basuh buang getahnya berkali-kali, tapi nak kena tak boleh cakap apa lah. Masa makan memang tak ingat la, dah nak tidur sakit bisa sebadan sebab sebu. Pergi dapur tuang madu halia, amik minyak asmak sapukan kat perut dan buku lali. Alhamdulillah dengan izinNya jua allah bagi kelegaan. Syukur nikmat dariNya Yang Maha Esa. #minyakherbasmak #maduhaliabentong #agenasmakkotamasai

KHASIAT BERGANDA-GANDA

Image
  Nurul amal Madu Kurma Merah ni bukan sebab nak banyakkan susu badan je, tapi untuk memberikan tenaga juga. Tak lama je lagi Ramadhan bakal tiba. Jadi, pemudah cara Nurul inilah dia. Semudah ABC. Sepantas air mengalir. Nurul akan bancuh bersama susu segar, kalau nak sedap lagi boleh kisar susu bersama kurma, nak minum cuma tambah madu sesudu. Perghhhh, padu. Memang sedap sangat.  Nak tahu tak selain dari membantu memperbanyakkan susu badan dan membekalkan tenaga, madu kurma merah ni melawaskan pembuangan. Elok sangat yang sembelit kronik tu konsisten minum.  Jangan ditenung harganya, tapi  nikmatilah khasiatnya yang luar biasa.  #madukurmamerah #agenasmakkotamasai

PANCAKE BERMADU MENGGAMIT RINDU SARAPAN PAGI DI HOTEL

Image
  Nak berjalan masih PKP lagi, kita sarapan ala hotel jela tunaikan permintaan anak-anak. Pekena pancake dengan madu asli superb terangkat. Pergghhh, licin pinggan. Madu asli ni bukan saja penyelera dan pemanis dalam makanan dan minuman, malah pembekal tenaga sepanjang hari. Bonusnya kuatkan minda sekali. Musim pendemik covid 19 ni elok sangat makan bersama habatussauda sesudu pagi dan sesudu malam hari untuk kuatkan antibodi badan kita sekeluarga. Kalau nak buat persediaan Ramadhan selain dari kurma, meh roger Nurul cepat-cepat tau untuk dapatkan madu asmak, www.wasap.my/60137515386/. #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak #kurmaasmak #maduasmak

LARIS SI HITAM MANIS SEBARIS ROTI GARDENIA

Image
  Nak suruh sapu minyak tapi datang bawa roti sekali. Baru sejam lebih makan nasi, dah minta makan roti. Sekali hadap tiga keping. Padahal makan nasi bertambah-tambah. Bukan roti gardenia je hot masa kini, minyak asmak pun laris sekali. Setiap hari mesti ada yang cari, walau botol paling kecik sekali. Kalau dah suka, yang hitam manis juga dicari. Bukan apa, sebab jimat, mesra pengguna pula tu. Zaman sekarang ni mana nak dapat Rm19 sebotol dapat guna untuk seisi rumah malah banyak guna pula. Memang jimat habis. Berbaloi sangat untuk dibeli. #minyakherbaasmak #agenasmakkotamasai

RINGAN BADAN DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI

Image
  Cuaca tengah panas lenting ni, kalau pekena suam-suam kuku air madu bentong perahkan lemon, fuhhh mengancam habis. Sedap semacam lalu kat tekak ni. Tak sedar habis secawan. Teguk-teguk dah habis. Tak perlu gula putih lagi, air suam dan madu saja. Adehhh, siap la kejap lagi angin menderu-deru lancar semacam. Kikikiki. Rasa berat badan lemah semacam meh kita kasi buang angin bagi ringan badan dan kekal bertenaga sepanjang hari www.wasap.my/60137515386/. #agenasmakkotamasai

SELANGKAH KITA KE DEPAN BUKTI KITA MAMPU MAJUKAN DIRI SENDIRI

Image
  Tahniah untuk Pencapaian Febuari 2021 buat #teammamanurul. Semoga bulan Mac ni, kita akan terus bersemangat berkongsi manfaat produk Asmak dan pencapaian kalian semakin meningkat dari bulan ke bulan. Alhamdulillah untuk segala kerjasama yang diberikan kalian. Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada di belakang Nurul dan terus menyokong Nurul. Nurul bangga dengan semangat yang ditunjukkan dan kesungguhan yang padu untuk berkongsi manfaat produk asmak. Jom buat sehabis baik AdiLah OthMan, Nurdiyana Abd Malek, Zatul Himmah, Nor Afihana dan Aida Azmi. Kita baru masuk bulan ketiga di tahun 2021, masih banyak yang kita rancangkan untuk dilaksanakan bersama-sama. #teammamanurul #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak

ASMAK SALAH SATU ASBAB NURUL SAMBUNG BERZAKAT

Image
  Alhamdulillah untuk rezeki di bulan Februari. Rasa bersyukur masih diberi peluang hidup sihat dan bahagia bersama insan-insan tersayang dan masih diberi peluang untuk berkongsi rezki dan menunaikan hakNya. Semoga segala yang kita rancangkan Mac ni berjalan dengan lancar dibawah lindungan dan rahmatNya selalu. Terima kasih yang masih setia menggunakan produk Asmak dan terus memberikan sokongan padu pada Nurul untuk berkongsi rezeki dengan golongan Asnaf. Ingat, pembayar zakat itu hero Asnaf. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai