KALAU DAH BERKURUNG, PAKAI BAJU LAIN SIKIT DIINGAT NAK BERJALAN
Automatik dia merajuk bila kita cakap bukan nak pergi jalan nak, mama cuma pergi kedai depan rumah ni jek nakkk. Kikikikiki.
Anak bujang trang tang ni lain macam. Kejaannya nak berjalan saja. Yela kami memang jenis suka berjalan dari dulu lagi. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman.
Kalau di Malaysia ni, yang kami belum sampai sekeluarga Sabah dan Sarawak jela. Hahaha. Kalau tempat pelancongan ni, tempat yang kami dah lawati antaranya Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Cameron Highland dan Pulau Kapas di Terengganu.
Water world juga salah satu destinasi yang menjadi pilihan percutian kami kerana kesukaan anak-anak. Antara taman tema air yang dah kami pergi, Bayou Lagoon resort, Gold Coast, Water World, A Famosa Resort, Air Panas Gadek, Gold Coast Morib, Sunway Lagoon dan Lost World Tambun.
Kalau hotel kami sangat suka pergi hotel yang sama je kalau hotel tu harganya berpatutan dengan keselesaan yang kami rasa.
Tapi sejak negara kita di landa covid 19 ni, banyak aktiviti kita tersekat kerna nak jaga kesihatan dan mengikut SOP yang ditetapkan.
Kalau nak diikutkan, mac 2020 kami ke Korea, tapi kami terpaksa batalkan kerana awal tahun 2020 wabak covid 19 dah mula menyerang negara kita sedikit demi sedikit.
Oleh kerana tak nak tanggung risiko akibat perkara tak diingini berlaku, kami suami isteri sebulat suara melupakan hasrat kami kerna sayangkan anak-anak yang masih kecil.
Haaa, gitulah ceritanya. Sebab tu anak-anak kat rumah ni kalau kita pakai baju lain sikit mula la tanya nak pergi mana dan terus mengendeng nak ikut sama.
Alah bisa tegal biasa. Anak-anak pun dah faham kalau berjalan apa perkara yang mereka perlu buat dan apa yang kami tak suka anak-anak buat.
Moga-moga cepatlah lenyap covid 19 ni dari negara kita.
#mamanurulasmak
#agenasmakkotanasai
Comments
Post a Comment