PENGALAMAN MAHAL YANG BERHARGA DALAM HIDUP


Pengalaman anak bujang teruna ni. Dari lahir senang je uruskan dia. Tapi dari baby dia ada problem pada matanya sebab ada lebihan lemak di mata. Itulah pembedahan pertama yang perlu dia lalui saat umurnya masih kecil ketika 1 tahun.


Bila dah besar, lain pula ceritanya. Ada problem di anunya pula. Atas saranan doktor, kami sunatkan awal supaya dia tak rasa sakit berulang kali.

Gerun dan risau bercampur baur. Yela seusia 3 tahun dah operate 2 kali. Itu belum lagi yang jatuh berdarah koyak bergam berulang kali. Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Saat membesarkan anak ni pelbagai ujian dan dugaan silih berganti allah berikan tanda sayang allah pada kita nak lihat setakat mana kesabaran kita bila diberikan sedikit ujian.

Tapi dari pengalaman lah kita belajar bermacam-macam. Sifat sabar, ikhlas, redha dan tenang hadapi apa jua situasi yang datang.

Sebagai manusia kena ada rasa sabar yang tinggi agar kita dapat tenang je hadapi apa jua yang datang baik yang sedih atau gembira.

Semoga segala yang Allah rancangkan untuk kita adalah yang terbaik buat kita semua.

#mamanurulasmak
#agenasmakkotamasai

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT