KESENANGAN AKAN DIKECAPI JIKA KITA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH
Tiada kesenangan yang boleh dikecapi jika kita malas berusaha. Sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa sekali. Dikurniakan akal fikiran bersama anggota tubuh badan yang cukup lengkap.
Setiap anggota yang Allah ciptakan di tubuh badan kita mempunyai keistimewaan dan fungsi tersendiri. Ianya melengkapi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian.
Wajarlah kalau inginkan sesuatu harus usaha untuk dapatkannya dengan cara tersendiri. Usahalah selagi mampu dengan kudrat yang ada kelak akan dipersoalkan di sana bagaimana cara kita gunakan dan manfaatkan setiap anggota yang ada pada tubuh badan kita semasa di dunia.
Buatlah sehabis baik untuk mendapatkan keredhaan dan kebahagian di dunia mahupun akhirat kelak.
#mamanurulasmak
#agenasmakkotamasai
Comments
Post a Comment