PERCUTIAN BERSAMA YANG TERSAYANG HASIL BERASMAK
Setiap orang mengimpikan percutian bersama yang tersayang. Lebih-lebih lagi yang berniaga online macam Nurul ni. Lama dah rancang tapi susah betul nak pujuk ibu dan ayah pergi sekali atas alasan apa kata orang lain nanti.
Sebenarnya kita berhak membahagiakan diri kita dari memikirkan kata-kata orang lain. Kerna dikala kita susah dan sakit, hanya Allah sahaja yang menyelami dna merasai apa yang kita rasa. Hanya Allah tempat mengadu yang terbaik. Tangisan air mata sebagai pelega.
Siapa sangka Nurul beroleh peluang untuk membawa keluarga kecil Nurul bercuti dengan hasil niaga duit Asmak. Dari sekecil-kecil duit warna biru sehingga sebesar-besar nilai duit warna ungu. Menggunakan idea dan hasil titik peluh sendiri satu kepuasan yang tak dapat digambarkan perasaannya selain berkongsi bersama yang tersayang. Kawan-kawan dalam team Asmak adalah kawan-kawan yang positif yang saling bantu antara satu sama lain. Rasa seronok tak terkata.
Tanpa sokongan suami disisi, tanpa kesefahaman anak-anak dan tanpa doa dari ibu ayah tak kan ada Nurul sampai ditahap ini. Tak lupakan juga tanpa sokongan dan bantuan teamfaz, Nurul pun tak kan sampai ke tahap ini. Alhamdulillah seronok berada dikalangan yang disayang.
Moga september 2019 memberi kenangan manis yang menyimpan beribu memori untuk dikenang sampai bila-bila.
Sebelum pergi, macam biasa suami akan tanya nurul program dan terperinci perancangan Nurul. Kebiasaannya nurul akan google siap-siap tempat menarik, waktu melawat dan harga yang perlu dibayar untuk masuk.
Oleh kerana ayah dan ibu dah lama tak ke cameron highland, Nurul putuskan nak bercuti di sana.
Trip ke Cameron Highland
- Mardi RM26
- Lavender park RM47
- Cactus park RM26
- Butterfly farm RM36
- Orchird & Rose Garden RM32
- Strawberi agro farm @KHM strawberi
- Kea Farm Brinchang
- Bee Farm
- Arked Peladang
- Grape Farm Bertam Valley
- Taman Agro Al Mashor
Budget untuk Homestay, Minyak dan tol serta makan minum juga jangan lupa tau. Senarai tempat kita siapkan awal. Pergi atau tak semuanya bergantung pada keadaan cuaca, kesihatan dan masa yang ada.
Alhamdulillah walaupun tak banyak tempat yang kami dapat pergi kerana keadaan sesak lalu lintas dengan kenderaan yang banyak tidak mengizinkan kami tapi syukur segalanya berjalan lancar.
Alhamdulillah dengan Asmak surirumah macam Nurul mampu menjana pendapatan sendiri. Tiada yang mustahil. Keputusan ditangan anda.
#Andabuatandadapat
#MamaNurulAsmak
Comments
Post a Comment