RESDUNG



JENIS RESDUNG ( Sinusitis)

✔Akut

Berlaku dalam tempoh 2 minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan berulang-ulang yang serius pada hidung. Ini yang menyebabkan hidung tersumbat.

Sekiranya resdung akut ini tidak dirawat dengan sempurna, cairan atau lendir dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan.  Dan jangkitan akan berlaku berterusan.

Antara ciri-ciri resdung akut adalah :

1. Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutamanya di dahi dan pipi.

2. Serangan biasanya berlaku pada waktu psgi dan semakin berkurang pada waktu petang.

3. Rasa sakit apabila tunduk dan sujud.

✔Resdung kronik

Bermula daripada resdung akut yang kerap berlaku dan berubah menjadi kronik.

Ciri-ciri resdung kronik

1. Kegatalan pada bahagian muka yang teruk

2. Jerawat yang banyak, tapi ada juga individu yang tak berjerawat

3. Kerap bersin pada waktu pagi.

4. Adakalanya hidung tersumbat

5. Hingus bertambah walaupun tidak demam

6. Sakit pada bahagian muka berkurangan tapi sering sakit kepala.

7. Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Adakalanya bau busuk ini tidak disedari oleh pesakit tetapi boleh disedari oleh keluarga dan orang sekeliling.

Boleh ler perhatikan tanda-tanda tu yer. Cegah sebelum parah. Rawat sebelum terlewat.

Salah satu cara nak merawatnya dengan asmak herbs tau.










Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI