5 TIPS MUDAH ELAK ANAK SEMBELIT
Anak kecil dan sembelit berpisah tiada. Biasalah kalau dah nama pun budak-budak, gula, coklat dan keropok tu kadang nak juga dirasanya sekali sekala. Lepas tu tak makan sayur, buah dan minum air yang cukup. Mana lah tak sembelit kan?
Ibu-ibu yang sering anak sembelit meh cuba tips Nurul ni, mana tahu membantu.
1. Belikan botol air yang ada gambar kartun kegemarannya yang cantik untuk tarik minat anak minum air.
2. Biasakan letak botol air tu di tempat yang dia selalu duduk macam ruang tamu, ruang bermain atau ruang belajar anak untuk biasakan anak minum air masak.
3.Ajar anak makan sayur dan buah. Belikan sayur dan buah kegemarannya. Kadangkala biarkan anak buat pilihan untuk kesukaannya. Itu lebih baik akan buat anak suka.
4.Jadikan rutin sapuan minyak herba asmak selepas mandi pagi dan petang, in sha allah melegakan sangat. Lawas membuang, jarang meneran malah najis pun lembut saja.
5.Buat urutan love dan biasakan buat sebelum anak tidur. Bila anak selesa tidur pun nyenyak.
Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment