3 ITEM PENTING BERCUTI

 


Seringkali bila nak pergi bercuti anak-anak seronok tak terkata. Apatah lagi bila tahu ke mana destinasi percutian. Oleh sebab ayahnya asyik sibuk dengan kerja, kiranya bawa bercuti awal sebelum cuti merdeka minggu depan. Apa yang menjadi kemestian Nurul adalah membawa 3 first aid kit yang menjadi keutamaan diwaktu kecemasan.

Sebelum mandi dan selepas mandi kebiasaannya Nurul akan sapu minyak herba asmak. Bukan apa, nak mencegah dari terkena batuk dan selsema. Orang kata, mencegah lebih baik dari merawat kan? Tapi, kalau Allah nak uji kita, itu semua diluar bidang kuasa kita sebagai manusia. Terima dengan hati terbuka. Mungkin ada satu hikmah disebalik apa yang terjadi.

Kalau dah mandi kolam ni kadangkala ada yang gatal-gatal la naik merah-merah la. Itu sebabnya Nurul bawakan bedak asmak ni. Istimewanya bedak asmak ni sebab sejuk dan melegakan. Yela, 100% semulajadi dari tanah liat putih. 

Ubat demam ni biasa Nurul bawa sebab risau panas mengejut. Menggagau pula nak cari klinik malam-malam. Bukan semua tempat ada klinik 24jam tau. Kadangkala, tuam pun tak turun suhunya. Terpaksalah bagi ubat bila suhu dah terlampau panas. 

Semoga bermanfaat.


Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI