KESERONOKAN BERGANDA BERSAMA ASMAK

 

Nurul nak kongsi dengan kawan-kawan ni. Nurul semakin seronok dan semangat sangat sekarang ni dengan apa yang Nurul buat.

Pertamanya, yang Nurul nak kongsikan pentingnya CIRCLE POSITIF dalam bisnes. Nurul tak adalah lama sangat dalam Asmak ni, tapi tak adalah baru sangat, adalah nak dekat 2 tahun bersama Asmak, tapi aura kawan-kawan positif buat Nurul jadi positif sekali.

Setiap hari Nurul rasa bersemangat bila baca perkongsian kawan-kawan lain yang berjaya buatkan kita terinspirasi sekali. Benda baik ni jadikan Nurul rasa bersemangat, dan bermacam-macam idea keluar nak buat itu nak buat ini rasa macam tak sabar nak kongsi dengan team Nurul untuk jadikan agen-agen sama dapat buat yang terbaik malah lebih baik lagi dari Nurul.

Masya allah, dahsyat sungguh kan circle positif ni. Sebab itulah Nurul nak sangat semua team Nurul sama-sama bantu sesama kawan sekeliling. Saling berkongsi dan saling mencurah idea untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Sejak berbisnes Asmak ni, Nurul dapat BELAJAR MACAM-MACAM ILMU BISNES YANG MENGUNTUNGKAN AKHIRAT SEKALI. Bukan hanya tumpu pada ilmu business macam teknik pengurusan masa, pengurusan kewangan dan restock je malah macam-macam ilmu lah dapat belajar. Nak dengan tak nak je. Secara tak langsung kan dari situ perlahan-lahan Nurul ambil pendekatan perbaiki mana kurang dan konsisten buat mana yang jarang buat.

Kalau dapat MAKLUM BALAS POSITIF rasa nak lompat bintang tau. Dia punya lega dan seronok tu tak dapat nak gambarkan. Yelah, bukan selalu customer nak bagi free feedback tanpa dipinta. Uish, yang jarang dapat tu memang berharga sungguh! Lebih-lebih lagi kalau serasi dan repeat lagi.

Yang paling buat Nurul seronok bila dapat BELANJA keluarga. Itulah nikmat yang paling tak boleh nak cakap. Dapat bagi ibu dan ayah duit belanja, dapat bagi anak-anak buah duit raya, dapat belikan hadiah untuk hari raya buat ibu dan mak mertua. Siapalah yang tak teringin kan? Semua teringin nak buat orang tersayang gembira kan? Macam tu juga dengan Nurul.

Bila kita buat sesuatu niatkan kerana Allah, secara tak langsung LUBUK PAHALA kita untuk bekalan kelak penuh terisi. Saling bantu membantu, saling beri manfaat malah saling berkongsi benda baik kan menjurus ke arah mengumpul pahala. Tak gitu? Apa lagi yang kita nak sebagai manusia kalau bukan dapat kumpul pahala untuk bekalan di sana? 

Renung-renungkan ye. Ingat tau, salah satu SUNNAH Rasulullah adalah berniaga, kerana 9 daripada 10 rezeki tu datang dari hasil berniaga. Tapi mestilah bertepatan dengan syariat Islam dan mendapat keberkatanNya.




Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT