AMALAN KEROHANIAN MENUJU KEKAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

 


Setiap orang pasti ada amalan kerohanian yang dibuat setiap hari kan? Macam tu juga dengan Nurul. Kebiasaannya rutin Nurul setiap hari sama je. Cuma yang beza kuantiti tu je samada berpeluang buat banyak atau sikit. 


Apa yang penting ikhlas dan niatkan semuanya kerana Allah. Apa sekali pun yang kita buat hanya kerana Allah semata-mata. Nak hidup tenang dan bahagia redha allah tu penting.


Setiap hari Nurul akan ...

-niatkan lepas bangun pagi semua kerja yang nak dibuat hari tu semua dibuat kerana Allah semata-mata supaya secara tak langsung dapat pahala ibadah dalam tugasan harian kita tu.

-solat sunat witir, tahajud, taubat, hajat dan solat sunat subuh

-mengaji dan mentadabur al quran sementara tunggu waktu subuh atau selepas solat subuh.

- sedekah subuh samada masuk duit disampul atau online transfer.

-solat duha dan baca alwaqiah serta selami tafsirnya sekali.

-solat awal waktu sebab bila ingatkan anak kita solat sekali secara tak langsung kita solat awal sekali.

-sentiasa basahkan lidah dengan berzikir sambil-sambil buat kerja.


Jom semua. Tak buat semua jangan tinggal semua ye.


Kita dah nak habis tahun 2020 ni. 


Semoga tirai yang bakal berlabuh ni berakhir dengan memori manis dan yang bakal bermula lebih manis dan lebih indah semuanya yang dirancangkan.


Jom agresif!


#mamanurulasmak

#agenasmakkotamasai

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT