Posts

NIKMAT TAK TERKATA DARINYA YANG MAHA ESA

Image
  Hari ni Allah bagi rezeki tak putus-putus dari pagi sampai ke petang. Sungguh! Nak menangis. Pagi hari kawan lama nak kurma ajwa premium asmak 20pek. Lepas tu Nurul orderkan kuih untuk kenduri arwah tengahari ni. Tak rancang tapi tiba-tiba terfikir nak belikan mak dan apak kek besday sebab kedua besday april ni. Petang sebelum balik hantarkan madu asli dan madu kurma pada cikgu laila kawan Nurul yang setia repeat madu asmak. Lepas tu barang yang dipos pada pelanggan kesemuanyaa gembira sampai dalam keadaan baik dan puas hati. Allahuakbar. Banyaknya nikmat Allah bagi pada Nurul hari ni. Dalam kereta suami tanya kenapa nangis tadi. Entahlah hati ni sebak. Sebak dan sedih sebab terharu dapat belikan kek besday mertua dan sambut besday tadi hasil dari jual asmak. Mak apak dah hilang seorang anak. Yang ada tinggal cuma suami nurul dan nurul je anak menantu dia. Kalau nak tahu, dulu Nurul selalu rasakan Nurul ni tak berguna sebab ada orang cakap Nurul ni habiskan duit ...

REZEKI AWAL APRIL BERSAMA ASMAK

Image
  Hari ni bizi sikit biasalah menjaga anak bujang trang tang ni sambil update amc kad dan sambil buat sampel minyak asmak. Tetiba je team nurul dan team KG asmak ucap tahniah. Terasa nak buka wassap. Allahuakbar.  Rezki dengan Asmak sentiasa je ada. Terima kasih puan Nor Fazilah Abd Mohd sentiasa adakan contest buat pengedar dan pengguna produk Asmak. Terima kasih HQ Asmak untuk peluang ni. Kena banyak perbaiki skill writing lagi sebab kadangkala merepek merapu meraban je yang lebih Nurul berceloteh ni. Hihihi. Apa-apa pun syukur alhamdulillah rezki awal April ni. Tak kenal maka tak cinta. Haaa, gitu. #agenasmakkotamasai

PENGALAMAN MENGGEMBIRAKAN NURUL DI HUJUNG BULAN PENUTUP TIRAI MACI

Image
  Kali pertama guna CJ dia datang ambil di rumah. Maklumlah Nurul tengah jaga anak berkhatan ni sorang. Suami pula mula April ni dah masuk kerja macam biasa. Alhamdulillah puas hati. Moga selamat sampai dengan baik pada tuannya. Esok lusa guna lagi sampai anak bujang dah elok sihat sembuh sepenuhnya. Syukur Allah mudahkan. TQ buat sahabat Asmak Yara Dzahir kongsikan guna myparcelasia. Kalau lah tahu semudah gini dari dulu lagi dah guna. Sabar jela ketinggalan zaman betul Nurul ni. Pengalaman yang menggembirakan Nurul Mac ni. Kerja mudah dan jimat masa. Malah jimat wang pos lagi. Pelanggan gembira, Nurul senang hati. #mamanurulasmak

PENUTUP MAC YANG PENUH RASA SYUKUR

Image
  Alhamdulillah hari ni sempat kemas dan pindahkan rak Asmak di tempat baru. Alang-alang nak deko-deko rumah, kita kasi kemas terus. Lagipun sekarang dah guna printer untuk print CN. Rasa tak sesuai letak rak di bawah sebab kena turun naik atas siapkan barang. Ubah-ubah angin bagi aura baru, bagi bertambah lebih semangat lagi lepas ni sebab produk pun dah banyak yang susut dipinang pelanggan. Syukur dengan bulan Mac walau banyak dugaan datang silih berganti bulan ni. Semoga April yang bakal memulakan tirai esok baik-baik saja untuk Nurul dan semua yang Nurul sayang. Semangat! #agenasmakkotamasai

BENDA WAJIB DI BAWA KE MANA JUA PERGI TENTULAH MINYAK HERBA ASMAK

Image
  Sudah menjadi kebiasaan dan kewajiban bawa “first aid” kami ni ke mana jua pergi. Bila tertinggal atau tak bawa rasa macam tak lengkap je hari-hari kami sebab anak-anak mesti akan minta disapu selepas mandi. Keselesaan anak, keutamaan kami. Bila anak sihat dan selesa, hati ibu ayah pun tenang. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik dari merawat”. Bila sapuan minyak herba asmak ni dijadikan rutin harian, in sha allah selsema, batuk dan demam tak menjengah. Bukan kata tak pernah kena tapi kalau tiba-tiba Allah bagi ujian sakit tu, sekejap jela dan tak melarat. Kita sebagai ibu ayah akan ikhtiar sebaik mungkin buat anak-anak.  Ikhtiarkan dengan minyak herba asmak yang ramuannya sangat istimewa dengan kandungan gamat dan habatussaudanya. Kini, Minyak Herba Asmak menjadi teman setia kami sekeluarga ke mana kami bercuti. Pening kepala, kembung perut, senggugut, luka berdarah, bengkak atau benjolan segalanya boleh dilegakan dengan sapuan Minyak Herba Asmak. Pasti tidur lena hingga ...

KESENANGAN AKAN DIKECAPI JIKA KITA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH

Image
  Tiada kesenangan yang boleh dikecapi jika kita malas berusaha. Sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa sekali. Dikurniakan akal fikiran bersama anggota tubuh badan yang cukup lengkap. Setiap anggota yang Allah ciptakan di tubuh badan kita mempunyai keistimewaan dan fungsi tersendiri. Ianya melengkapi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian. Wajarlah kalau inginkan sesuatu harus usaha untuk dapatkannya dengan cara tersendiri. Usahalah selagi mampu dengan kudrat yang ada kelak akan dipersoalkan di sana bagaimana cara kita gunakan dan manfaatkan setiap anggota yang ada pada tubuh badan kita semasa di dunia. Buatlah sehabis baik untuk mendapatkan keredhaan dan kebahagian di dunia mahupun akhirat kelak. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PENGALAMAN MAHAL YANG BERHARGA DALAM HIDUP

Image
Pengalaman anak bujang teruna ni. Dari lahir senang je uruskan dia. Tapi dari baby dia ada problem pada matanya sebab ada lebihan lemak di mata. Itulah pembedahan pertama yang perlu dia lalui saat umurnya masih kecil ketika 1 tahun. Bila dah besar, lain pula ceritanya. Ada problem di anunya pula. Atas saranan doktor, kami sunatkan awal supaya dia tak rasa sakit berulang kali. Gerun dan risau bercampur baur. Yela seusia 3 tahun dah operate 2 kali. Itu belum lagi yang jatuh berdarah koyak bergam berulang kali. Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Saat membesarkan anak ni pelbagai ujian dan dugaan silih berganti allah berikan tanda sayang allah pada kita nak lihat setakat mana kesabaran kita bila diberikan sedikit ujian. Tapi dari pengalaman lah kita belajar bermacam-macam. Sifat sabar, ikhlas, redha dan tenang hadapi apa jua situasi yang datang. Sebagai manusia kena ada rasa sabar yang tinggi agar kita dapat tenang je hadapi apa jua yang datang baik yang sedih atau gembi...