Posts

Showing posts from March, 2020

WAJIB TAHU SEBELUM MEMBELI

Image
Kalian yang beli hand sanitizer tu, pastikan kandungan Alkohol Ethanol antara 60-80% ye. Ikut kajian, alkohol 60-80% dah mampu basmi virus. Baca link sini. https://www.newsobserver.com/news/nation-world/national/article241128306.html Jika bawah dari itu, hanya mampu basmi bakteria sahaja. Kena jelas tau, bakteria dan virus adalah dua makhluk Allah yang berbeza. Bakteria di luar badan lebih mudah dimatikan berbanding virus yang ada dipermukaan luar badan manusia. Sebab tu, alkohol ethanol 60-80% sahaja yang mampu bunuh virus yang melekat kat tangan. Tidak juga digalakkan guna hand sanitizer yang tinggi alkohol lebih dari 80% sebab boleh akibatkan melecet kulit tangan. Apapun, basuh tangan dengan sabun selama 20 saat adalah yang terbaik berbanding hand sanitizer. Guna lah hand sanitizer hanya bila diluar rumah seperti ke pasar, ke bank dan isi pump petrol kenderaan. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan tertipu dengan hand sanitizer yang murah tanpa tahu kandungan
Image
Imun badan sangat penting dalam menangani virus corona ni. Jom tengok tips bagaimana cara untuk tingkatkan imuniti badan agar badan sentiasa sihat dan cergas.

MAMA NURUL SI PENJUAL MINYAK

Image
Dah puas makan Makcik Kiah punya pisang goreng ke tu? Meh Mama Nurul pula nak bagi 'makan' info ringkas pasal minyak herba asmak pujaan hati ramai. Kot la masa membeli tu terkena percikan minyak pisang goreng Makcik Kiah tu, tak pasal je tangan tu gelembung tak elok lagi. Musim ni kurangkan makanan berminyak tau. Kang tiba-tiba datang pula cik batuk menjengah. Sebab tulah Mama Nurul nak pesan awal ni kena sedia satu minyak herba asmak ni kat rumah. Nampak tak kat situ Makcik Kiah dan Mama Nurul saling melengkapi hidup korang? Jom! #ZeroCovid #StayAtHome #MinyakHerbaAsmak #MamaNurulAsmak #AgenAsmakKotaMasai

KHASIAT MADU MAKANAN SUNNAH ZAMAN BERZAMAN

Image
Anak-anak Nurul suka makan madu stick. Kalau dapat ke mereka bertiga, sekejapan licin. Nurul geram ambil straw letak madu kat gelas plastik suruh diorang sedut. Sekali, slurppp. Mama, dah habis. Nak lagi! Jom amalkan madu sunnah zaman berzaman. #maduasliasmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

HIKMAH DI SEBALIK APA YANG ALLAH BERI

Image
Wahai manusia, Janganlah mudah engkau mengeluh... Dengan ujian dunia yang Allah turun ketika ini. Kerna.. Allah nak kau tunaikan solat di awal waktu, Allah rindu kau baca kalam suci Allah, Allah rindu dengar rintihan kau di atas sejadah, Allah rindu dengar rintihan doa dari kau, Allah rindu nak kau ke masjid dan surau, Allah rindu nak kau berada dalam majlis ilmu. Rindunya Allah diujinya kau supaya... kau luangkan masa bersama keluarga yang kerap dahagakan kasih sayang kau, kau simpanlah sedikit masa sibuk kau untuk ibu ayah kau di kampung kerna mereka terlalu rindu dengan pelukan dan ciuman anaknya. Allah uji sedikit saja... Supaya kau bersyukur dengan nikmat kesihatan yang kau kecapi selama ni, Supaya kau bersyukur dengan kerjaya yang kau galasi selama ni, Supaya kau sentiasa bersyukur dengan nikmat makanan yang kau dapat rasa selama ni, Supaya kau bersyukur dengan nikmat rumah dan kereta yang kau perolehi, Supaya kau bersyukur dengan nikmat percutian yang kau

SETIAP HIRISAN AMAT BERMAKNA

Image
Kakak sulung kongsikan resepi guna kulit roti saki baki tepi anak tak nak makan jangan buang tau. Caranya semudah ABC; -Cuma gaul dengan telur dicampur sedikit mayonis dan sosej kenudian bakar. Jadilah ala-ala roti pizza. Jom kawan-kawan buat dengan anak-anak. Kalau tak ada sakit baki kulit roti anda boleh guna roti keping tapi potong dadu. Adik pula kongsikan info pasal roti gardenia habis stok. Nikmat kita selama ni banyak tak syukuri allah tarik satu persatu. 😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

MAKANAN SUNNAH PENAWAR COVID19 DENGAN IZIN ALLAH JUA

Image
Alhamdulillah terbukti 3 org jemaah tabligh yang pada awalnya +ve covid, amalkan makan madu bersama habbatussauda secara konsisten dengan izin Allah dapat keputusan saringan kali kedua -ve, dan jika keputusan saringan kali ke 3 -ve lagi, mereka boleh keluar wad. Subhanallah, Jom jadikan amalan makanan sunnah zaman berzaman ni. Untuk kuatkan antibodi badan dan sangat bagus untuk minda. Madu 3 asmak percuma habatussauda sekali. #maduasliasmak #maduhaliabentong #madukurmamerah #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

CUBA SEKALI, BERKALI-KALI PULA NAK LAGI

Image
Haaa, kan dah kata, lagi mahu cakap kita buat cerita. Eleh, tak percaya la tu. Dah kata dah minyak herba asmak ni tak panas. Berangin yang melegakan. Kalau minyak xxx tu dah la la panas, pijar pula tu malah berminyak sangat. Ni beli sebotol je cukup untuk seisi rumah tau. Lenguh ke kembung perut ke sakit kepala ke sakit gigi ke lebam jatuh berdarah ke semua boleh sapu. Da la cepat meresap malah bau pun selesa je. Jom Nurul ajar bagi jimat yang berbaloi-baloi. Kita bisik tepi ea. #minyakherbaasmak #teammamanurulasmak #agenasmakkotamasai

TIPS ANAK-ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI

Image
Seingat Nurul dulu, masa kecil kami memang tidur dengan ibu sebab ayah sambung belajar masa ibu mengandungkan adik Nurul. Bila dah ada anak sendiri ni baru kita ada pengalaman sendiri kan. Nurul pula memang dari sewa di Paka lagi anak memang tidur sekali dengan kami. Bila pindah ke Melaka dulu, anak masih kecil dan bilik utama tersangat lah luas jadi memang anak tidur sebilik dengan kami. Tapi sejak kakak dah masuk usia 8 tahun ni selalu terfikir sampai bila anak-anak nak tidur dengan kami lagi kan? Jadi dah tiba masanya pisahkan tempat tidur. Tambahan pula baru pindah Johor, lagi mudah nak mula dari awal. Jom baca perkongsian Nurul. 1. Bagitahu anak lebih awal sebab apa mereka perlu tidur di bilik sendiri. Terangkan dengan lebih jelas supaya anak faham. 2. Beri mereka membuat pilihan untuk cadar, lampu tidur dan jam loceng di bilik mereka. 3. Biasakan pesan anak beristinjak dan berwuduk sebelum tidur. 4. Ajar anak kunci jam loceng dan niatkan agar Allah bantu mudahkan

5 AMALAN DOA MUNAJAT PENDINDING DIRI

Image
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada kongsikan 5 doa yang boleh diamalkan ketika menghadapi wabak seperti corona virus atau bencana. Doa Munajat 1 بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” Amalkan sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” Doa Munajat 2 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” Doa Munajat 3

PELEGA SEMBELIT YANG BERKESAN DENGAN SAPUAN KONSISTEN

Image
Kawan-kawan, kalau anak kerap sangat sembelit, kena periksa pemakanan anak ya. Tengok banyak mana anak minum air masak, makan buah dan sayur. Makanan manis bergula kena kawal tau. Apa yang paling penting, anak-anak bertuah kesayangan mama, Nurul sapukan Minyak Herba Asmak ni saja. Sapu pagi dan petang selepas mandi. Jadikan rutin tau, alhamdulillah, kalau jaga makan jarang sangat sembelit. #minyakherbaasmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Image
 Sementara kerajaan bagi arahan kawal pergerakan ni kita ambil peluang yang ada dengan mengisi masa bersama keluarga dengan perkara berfaedah. Selain baca alquran, berzikir, baca mathurat, solat hajat, doa juga merupakan perkara penting yang kita peru amalkan. Dalam keadaan sekarang ni, elok amalkan baca surah ad dukhan ayat 12. Moga-moga ada doa diantara kita yang Allah makbulkan jua. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PATUHI ARAHAN KAWALAN GERAKAN

Image
Perintah Kawalan Pergerakan tu cuma salah satu langkah yang perlu diambil sebagai ikhtiar kita. Sebenarnya, Allah nak suruh kita berehat, berhenti mengejar dunia. Duduk rumah, tengok muka anak-anak, tengok muka isteri/suami, tenangkan hati, solat khusyuk, mengaji, buka al Quran yang dah lama tersimpan sepi. Lupakan muka bos, pelanggan dan kawan-kawan seketika. Allah nak kita berhenti berfikir hal duniawi sekejap. Kalau dulu solat pun terkejar-kejar, sekarang boleh solat dengan tenang. Kalau dulu banyak benda nak fikir, sekarang boleh ketepikan 2-3 perkara. Allah nak kita sedar, dah lama kita lupakan Dia. Dia nak kita kembali padaNya. Allah nak kita lihat, walau Dia dah murka dengan sikap hambaNya, tapi dia masih bagi ruang dan peluang untuk kita berfikir. Allah bagi kita masa. Allah nak kita tahu bahawa dia tak suka percampuran lelaki perempuan yang bukan mahram, biasanya dalam perhimpunan beramai-ramai. Paling ketara masa majlis kenduri, lelaki perempuan bercampur tak ingat

KHASIAT BERGANDA HANYA DENGAN KONSISTEN MADU KURMA MERAH

Image
Letih tak bermaya? Kepenatan yang melampau? Perlukan rehat dan tidur yang cukup? Segala masalah ibu mengandung dan menyusukan anak dapat diatasi dengan mudah. Ambil sesudu madu kurma merah, terus makan atau bancuh bersama air suam. Pssstttt, nak lagi sedap bancuh dengan air sejuk. Slurp, sejuk yang melegakan. Tapi Nurul lagi suka minum bersama susu segar. Sedap dan berkhasiat tau. Istimewanya MADU KURMA MERAH ; - susu badan meriah dan pekat - atasi masalah sembelit yang kronik - membantu menaikkan bacaan HB - anak ceria sebab cukup susu dan kenyang Ibu bertenaga, anak ceria, keluarga gembira! Jom nurul bantu segera. #madukurmamerah #teammamanurulasmak #agenasmakkotamasai

LANGKAH PENCEGAHAN YANG MUDAH

Image
Cuci tangan dengan betul dapat mencegah dari sebarang jangkitan termasuk COVID-19. Ikuti dan ajarkan anak-anak kita tentang langkah-langkah membasuh tangan dengan betul. Sumber : KKM

KEPENTINGAN SANITIZER DI MUSIM VIRUS

Image
Sebenarnya tujuan Asmak hasilkan dan keluarkan hand sanitizer ini untuk memberitahu kepada masyarakat tentang kepentingan sanitizer. Hand sanitizer Asmak ada kandungan alkohol 70% ya. Kalau tak ada alkohol macam mana nak berkesan (sila rujuk KKM). Yang istimewa ada sekali kandungan citrus oil untuk menjadikan kulit lembap dan mengelakkan kulit kekeringan atau mengalami keradangan. Jom beli Hand Sanitizer Asmak dengan harga promosi yang cukup memuaskan hati. #AsmakHandSanitizer #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PENGHIJRAHAN BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA DAN DIUCAP

Image
Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan Semoga penghijrahan ini membawa makna dan pengalaman berharga buat semua. Alhamdulillah.

TIPS PULANG BERCUTI DI KAMPUNG

Image
Periksa kenderaan terlebih dahulu. Pastikan minyak hitam, air, tayar dan brek dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria keselamatan. Periksa semua tali pinggang keselamatan samada berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jangan lupa periksa lesen dan IC. Pastikan lesen hidup dan belum tamat tempoh. Pastikan anak kecil ada kerusi duduk tersendiri yang selamat (car seat). Bawa buku cerita atau permainan kegemaran anak supaya anak tak bosan dan duduk tenang di tempat duduk mereka. Periksa dan tutup semua suis peralatan elektrik kecuali peti ais. Pastikan gas juga dicabut dan jangan lupa tutup meter air diluar. Periksa beg baju dan kelengkapan bercuti. Pastikan peti kecemasan ada dan lengkap. Sebelum gerak, pagar rumah dengan basmalah, selawat, alfatihah, ayat kursi serta yaasin ayat 9 baru dikuti dengan doa naik kenderaan dan ayat kursi. Yang penting, bawa bersama penutup mulut (mask), pencuci tangan (hand sanitizer) serta Minyak Herba Asmak bersama-sama. Penting dan berguna

REKA BENTUK KOTAK ASMAK ISTIMEWA UNTUK MENABUNG

Image
Ha, perasan tak kotak minyak herba asmak yang kawan-kawan beli tu boleh buat tabung tau. Tinggal masukkan je duit dalam tu. Nilainya berapa itu tak kisah, yang penting konsisten menabung setiap hari tau. Balik dari beli barang dapur masukkan satu. Yang paling bagus, kalau dah ada target. Wah, nanti buka tabung kira boleh bawa anak-anak jalan-jalan. Boleh reward anak mainan, boleh belanja anak-anak makan. Best sangattttttttt! Jom mulakan, bila lagi kan? Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #teammamanurulasmak

SOLUSI MUDAH DAN SELAMAT UNTUK HFMD

Image
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD) sejenis penyakit berjangkit. Anak-anak yang terkena jangkitan HFMD perlu dikuarantin hingga sembuh sepenuhnya. Dulu selalu tengok dan baca saja. Bila kena kat anak sendiri, baru tahu macam mana pengalamannya. Berdasarkan pengalaman adik beradik  dan kawan-kawan, dalam mulut memang penuh biji-biji mcm ulser selain kaki dan tangan penuh bintik merah.  Memang tak selesa sangat. Gatal merenyam, pedih pula tu. Anak Nurul memang asik merengek je sebab tak selesa dan masalah betul bila nak makan sebab dalam mulut penuh dan luar mulut penuh biji merah pedih tau.  Apa yang Nurul buat cuma konsisten sapukan Bedak Asmak saja. Memang nampak ketara yang merah berair tu cepat kering.  Nak cepat lagi sembuh, kerapkan sapu sebab bila sapu badan jadi sejuk. Tak adalah anak meragam dan merengek sebab tak selesa. Yang lagi bagus tambah sesudu air zamzam atau air bacaan Bismillah, selawat dan sapu je se

KESETIAAN BERPANJANGAN BILA KESERASIAN BERGANDA

Image
Adudududu, leganya hati ni. Berbunga-bunga hati ni, Allah saja yang tahu. Kadang bila pelanggan bagi maklum balas positif kita sebagai penjual rasa gembira sangat. Gembira sebab kita dapat bantu mudahkan urusannya. Bila si ibu tenang lihat anaknya sihat, mestilah dapat fokus kat tempat kerja. Tak adalah kejap-kejap nak mesej kejap-kejap nak call pengasuh tanya keadaan anak. Ibu bijak pasti buat pilihan tepat. Jom sebotol! #minyakherbaasmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

REZEKI ALLAH LUAS HANYA PERLU BERUSAHA TANPA PUTUS ASA

Image
Allahuakbar, semuanya dengan izin Allah jua. Betullah orang kata, dalam rumahtangga kena banyak sabar dan tolak ansur. Mungkin tak kan ada orang faham. Banyak benda yang Nurul belajar. Kena sabar, kena tolak ansur dan bertimbang rasa.  Kalau nak kata pengorbanan tu usah dikata. Hanya kita suami isteri je tahu. Hidup ni biarlah apa pun dengan suami dan isteri sendiri. Jangan difikir apa orang kata sebab tak ada orang akan faham apa yang kita lalui sampai bila-bila. Baik mahupun buruk pun itulah pilihan kita dulu. Jadi kita saling melengkapi antara satu sama lain. Tipulah kalau Nurul cakap, Nurul tak pernah diuji. Allah je tahu macam mana rasanya. Tapi berkat sabar, suami sentiasa bagi sokongan, kita pun saling tolak ansur, alhamdulillah Allah bagi apa yang kita mahukan bila tiba masanya. Syukur alhamdulillah, walaupun Nurul tak punya kerjaya hebat macam orang lain, walaupun ada yang masih mengata rugi belajar “tinggi-tinggi, kejuruteraan pula tu tapi tak kerja”. Itu

TAKOT DENGAN SCAMMER RUPANYA PELANGGAN ASMAK

Image
Uish, dua tiga kali pikir nak angkat ke tak? Yela sekarang ni banyak sangat scammer. Lama betul deringannya. Angkat kejap, kemudian diam dan dengar. “Salam. Ni agen minyak herba asmak ke? Kawan saya kata puan agen asmak. Boleh cod ke xxxx. Saya urgent nak guna. Bla bla bla...” Kusss semangatttt. Mujur angkat. Kesian pelanggan nak minyak herba asmak rupanya. Adehhh, ni scammer punya pasal la ni sampai seram nak angkat fon yang tak keluar nama. Hihihi. #minyakherbaasmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

TUAH NAMA TAK SIAPA YANG JANGKA

Image
Alahai, tak dapat nak gambarkan perasaan Nurul ni bila pelanggan Nurul kongsikan gambar ni. Rezeki sungguh dapat PERCUMA saja. Koleksi Asmak tau. Luar biasa sungguh rezeki pelanggan Nurul. Ya, PERCUMA tau. Bukan pelanggan beli. Tak percaya ke? Memang la. Sebab... HQ Asmak yang bagi. Siapa nak bagi PERCUMA zaman 2020 ni. Jarang sekali lah. Nak tahu macam mana pelanggan Nurul boleh dapat PERCUMA? Cuma perlu kumpul cop AMC saja. Mudah sangat. Jom Nurul bantu dapat hadiah PERCUMA. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

KECEMASAN TAK TERDUGA DI MANA ANDA BERADA

Image
Apa tindakan ibu ayah bila suhu badan anak naik secara mendadak di tengah malam? Jangan risau, jangan panik. Kita ada jalan penyelesaiannya. Sementara nak tunggu hari siang, kita ikhtiar dengan si hitam manis ni dulu sebab kadangkala suami tercinta kerja malam atau kerja luar bandar jadi tak kan la kita sorang-sorang ni nak memandu di tengah pagi yang sunyi sepi tu. Ikhtiar la dulu di rumah, hanya perlu air, minyak herba asmak dan kain je tau. Setitis dah memadai untuk segayung kecil tu. Lepas tu tuam badan anak dengan kain basah. Buat sekerapnya in sha allah membantu sambil tu pantau suhu anak sekali. Benda mudah kenapa nak pening kepala kan? Apalah sangat nilai 30ml ni jika nak dibandingkan dengan kesihatan anak di waktu kecemasan. #minyakherbaasmak #teammamanurulasmak #agenasmakkotamasai