Seingat Nurul dulu, masa kecil kami memang tidur dengan ibu sebab ayah sambung belajar masa ibu mengandungkan adik Nurul. Bila dah ada anak sendiri ni baru kita ada pengalaman sendiri kan. Nurul pula memang dari sewa di Paka lagi anak memang tidur sekali dengan kami. Bila pindah ke Melaka dulu, anak masih kecil dan bilik utama tersangat lah luas jadi memang anak tidur sebilik dengan kami. Tapi sejak kakak dah masuk usia 8 tahun ni selalu terfikir sampai bila anak-anak nak tidur dengan kami lagi kan? Jadi dah tiba masanya pisahkan tempat tidur. Tambahan pula baru pindah Johor, lagi mudah nak mula dari awal. Jom baca perkongsian Nurul. 1. Bagitahu anak lebih awal sebab apa mereka perlu tidur di bilik sendiri. Terangkan dengan lebih jelas supaya anak faham. 2. Beri mereka membuat pilihan untuk cadar, lampu tidur dan jam loceng di bilik mereka. 3. Biasakan pesan anak beristinjak dan berwuduk sebelum tidur. 4. Ajar anak kunci jam loceng dan niatkan agar Allah bantu mudahkan...
Wahai manusia, Janganlah mudah engkau mengeluh... Dengan ujian dunia yang Allah turun ketika ini. Kerna.. Allah nak kau tunaikan solat di awal waktu, Allah rindu kau baca kalam suci Allah, Allah rindu dengar rintihan kau di atas sejadah, Allah rindu dengar rintihan doa dari kau, Allah rindu nak kau ke masjid dan surau, Allah rindu nak kau berada dalam majlis ilmu. Rindunya Allah diujinya kau supaya... kau luangkan masa bersama keluarga yang kerap dahagakan kasih sayang kau, kau simpanlah sedikit masa sibuk kau untuk ibu ayah kau di kampung kerna mereka terlalu rindu dengan pelukan dan ciuman anaknya. Allah uji sedikit saja... Supaya kau bersyukur dengan nikmat kesihatan yang kau kecapi selama ni, Supaya kau bersyukur dengan kerjaya yang kau galasi selama ni, Supaya kau sentiasa bersyukur dengan nikmat makanan yang kau dapat rasa selama ni, Supaya kau bersyukur dengan nikmat rumah dan kereta yang kau perolehi, Supaya kau bersyukur dengan nikmat percutian yang kau ...
IKHTIAR ITU MEMBUAHKAN HASIL YANG MELEGAKAN Kejadian bermula bila Tim baru sahaja sampai di rumah emaknya. Dia tinggalkan anaknya, Ariana 👶 seketika di dalam stroller dan minta anak yang sulung 👦🏻 tenggokkan adiknya lalu masuk ke dalam rumah sebentar untuk masak nasi.🍚 Baru sahaja nak ambil beras untuk basuh tiba-tiba terdengar suara Ariana menangis sekuat hati sampai tak keluar suara lalu berlari keluar Tim untuk lihat apa yang berlaku.😥 Berlarilah anak jiran emaknya masuk ke dalam rumah. Mungkin niatnya untuk bawa Ariana jalan-jalan ambil angin petang tapi tersilap langkah tergolek stroller lalu Ariana jatuh tersembam ke tanah.😭 Tim dukung Ariana lalu masuk ke daam rumah mandikan. Sapukan minyak asmak, susukan terus lena. Sebelum tidur sapukan lagi minyak asmak di dahi Ariana yang benjol tu. 🥴 Alhamdulillah, bangun pagi nampak surut bengkaknya.😊 Ibu-ibu, minyak herba asmak ni bukan semata-mata untuk legakan asma, batuk dan selsema tau. Malah untuk pelbagai...
Comments
Post a Comment