PATUHI ARAHAN KAWALAN GERAKAN
Perintah Kawalan Pergerakan tu cuma salah satu langkah yang perlu diambil sebagai ikhtiar kita.
Sebenarnya, Allah nak suruh kita berehat, berhenti mengejar dunia. Duduk rumah, tengok muka anak-anak, tengok muka isteri/suami, tenangkan hati, solat khusyuk, mengaji, buka al Quran yang dah lama tersimpan sepi. Lupakan muka bos, pelanggan dan kawan-kawan seketika.
Allah nak kita berhenti berfikir hal duniawi sekejap. Kalau dulu solat pun terkejar-kejar, sekarang boleh solat dengan tenang. Kalau dulu banyak benda nak fikir, sekarang boleh ketepikan 2-3 perkara.
Allah nak kita sedar, dah lama kita lupakan Dia. Dia nak kita kembali padaNya.
Allah nak kita lihat, walau Dia dah murka dengan sikap hambaNya, tapi dia masih bagi ruang dan peluang untuk kita berfikir. Allah bagi kita masa.
Allah nak kita tahu bahawa dia tak suka percampuran lelaki perempuan yang bukan mahram, biasanya dalam perhimpunan beramai-ramai. Paling ketara masa majlis kenduri, lelaki perempuan bercampur tak ingat halal haram, bertepuk tampar, berpeluk jumpa kawan, gosip sebab dah lama tak jumpa. Jadi kenduri yang niat asalnya baik pun kena batalkan dah sekarang dalam keadaan situasi ni.
Allah larang bersentuhan lelaki perempuan bukan mahram, kita buat juga. Sekarang yang mahram pun tak boleh salam.
Allah suruh tutup aurat, kita buka juga. sekarang semua kena tutup sampai kena pakai niqab (mask).
Allah dah kata, tiada kasta untuk datang ke rumahNya, tapi nampaknya yang kaya selalu dapat pergi, yang miskin hanya bermimpi. sekarang semua tak dapat pergi, kaya mahupun miskin.
Allah dah turunkan banyak makanan kat dunia ni untuk kita, tapi tak semua halal dimakan. Kita makan juga yang tak halal atas alasan mencari kelainan. Binatang juga yang tak pernah langgar aturan Allah, kalau herbivor, herbivorlah, begitu juga karnivor & omnivor, tak kira berapa usia dunia ni.
Kepada yang marah masjid ditutup tu, fikir balik, masa masjid dibuka, berapa kali kalian pergi masjid? Rasanya orang yang rajin pergi masjid pun tak marah sgt.
Kepada yang kena cuti tak berbayar tu, Allah nak kita tahu bahawa Allah boleh tarik rezeki kita bila² Dia nak, tak kira kita pekerja kesayangan bos, kita paling hebat, kita pandai buat sale, kita ada kabel kuat, kita pandai itu ini. Tak kira dah semua tu. Dia nak kita ingat, rezeki itu dari Allah.
Kepada yang panik tu, Allah nak kita sedar, itulah perasaannya bila kita tak sempat sediakan bekalan diri sebelum nyawa diambil Sang Pencipta.
Kepada yang masih degil, tak tahu la nak cakap apa. Betul, segalanya di tangan Allah. Kalau nak mati, tak perlu tunggu covid-19. Pemikiran ni sama la macam orang anti vaksin tu. Tak tahu apa anti vaksin? Pergi cari pakcik Google, dia tahu. Janganlah kita jadi asbab tersebarnya virus ini.
Masih ada yang tak sedar. Panik beli stok duniawi sampai tak ingat orang belakang. Takut tak cukup bekalan makanan. Fikir diri sendiri, tak ingat orang lain. Dalam keadaan ni, masih tiada kesedaran buat diri dan orang lain. Lupa kot, kat pasaraya tu ramai orang, mana tahu lebih banyak virus tersebar. Risau yang dibawa balik bukan hanya stok makanan, tapi ada virus ikut bersama. Ingatlah kat keluarga kat rumah.
Allah dah tutup semuanya, untuk memudahkan kita kembali padaNya.
Ketahuilah, ini peringatan Allah buat kita.
Jom sama-sama berdoa, berzikir, mengaji sambil mentadabur al quran serta solat hakay semoga gejala covid19 ini dapat diatasi dengan baik dengan kadar segera supaya lebih ramai nyawa selamat.
Comments
Post a Comment