CEASER ATAU NORMAL KEDUA-DUANYA TETAP ISTIMEWA
Setiap ibu pasti nak kan pengalaman manis semasa bersalin begitu juga dengan Nurul. Tapi kita siapa untuk menidakkan takdir Ilahi. Nurul memang tak terjangka ceaser tau. Sebab sakit semacam masa anak pertama lepas tu pergi hospital belum ada jalan. Jadi tunggu jela sambil tahan sakit. Baru tahu sakit kontraksi tu cam ne. Adehhh, seram. Lepas tu doktor induce sebab dah seharu tak buka jalan lagi. Sebab dah terlampu sakit doktor pecah air ketuban pula dan bagi masa 4jam untuk buka 4-5cm tapi malangnya tak ada. Terpaksa la emergency ceaser sebab tak nak anak lemas. Alhamdulillah yang penting suami kata anak dan ibu selamat dan sihat lagipun nurul ada GBS.
Nak jadikan cerita anak kedua nurul tumpah darah. Jadi memang ingat dapat bersalin normal. Terus la pergi hospital sebab niat hati tu nak bersalin normal. Tapi apakan daya tak ada jalan juga. Siapa yang tumpah darah dia tahu la sakitny macam mana. Jadinya ceaser juag dan secara tak sengaja birthday kakak dan adik sama la. Kakak 18/2/2012 adik 18/2/2015. Semua orang bila tahu tarikh sama diorang terus cakap plan ye. Adehhh, sekali lagi kena. Ingat kita nak sangat ke ceaser. Daam hati sedih tu allah je tahu.
Jadinya kali ketiag bersalin memang ceaser la jawabnya sebab dah 2 kali ceaser kan. Alhamdulillah tak sangka kali ketiga ceaser nurul dapat anak lelaki.
Cantik perancangan Allah yang kita tak boleh nak jangka. Banyak kali ceaser Alhamdulillah yang kedua dan ketiga mudah sangat dan sakit tak la sesakit anak pertama. Syukur sangat dalam pantang dah boleh bangun dan duduk sendiri menyusu anak sendiri tak perlu bantuan suami ambilkan. Kalau nak ingat balik sakit ceaser anak pertama azabnya sampai 2 minggu duk tidur di kerusi malas tau sebab susah nak bangun dan duduk susu anak dan ke tandas.
Apa-apa pun Nurul syukur sangat. Kita sehabis baik dah cuba nak normal allah lebih tahu mana terbaik dan apa yang kita mampu.
Comments
Post a Comment