TIPS ANAK-ANAK TIDUR DI BILIK SENDIRI
Seingat Nurul dulu, masa kecil kami memang tidur dengan ibu sebab ayah sambung belajar masa ibu mengandungkan adik Nurul. Bila dah ada anak sendiri ni baru kita ada pengalaman sendiri kan.
Nurul pula memang dari sewa di Paka lagi anak memang tidur sekali dengan kami. Bila pindah ke Melaka dulu, anak masih kecil dan bilik utama tersangat lah luas jadi memang anak tidur sebilik dengan kami.
Tapi sejak kakak dah masuk usia 8 tahun ni selalu terfikir sampai bila anak-anak nak tidur dengan kami lagi kan? Jadi dah tiba masanya pisahkan tempat tidur. Tambahan pula baru pindah Johor, lagi mudah nak mula dari awal.
Jom baca perkongsian Nurul.
1. Bagitahu anak lebih awal sebab apa mereka perlu tidur di bilik sendiri. Terangkan dengan lebih jelas supaya anak faham.
2. Beri mereka membuat pilihan untuk cadar, lampu tidur dan jam loceng di bilik mereka.
3. Biasakan pesan anak beristinjak dan berwuduk sebelum tidur.
4. Ajar anak kunci jam loceng dan niatkan agar Allah bantu mudahkan bangun pagi keesokan hari.
5. Seawal 9.30 malam Nurul dah mula temankan anak-anak tidur sambil bacakan buku cerita kegemaran mereka dan bacakan doa dan ayat pendinding bersama-sama anak.
6. Biasanya Nurul akan teman tidur anak sehingga anak kelihatan betul-betul nyenyak.
7. Bila anak dah nyenyak, baru matikan lampu dan hidupkan suis lampu tidur.
8. Kita mohon pada Allah, doa dan pagarkan rumah setiap kali sebelum tidur. In sha allah ikhtiar kita, Allah makbulkan jua.
9. Jangan lupa puji anak setiap kali mereka bangun bersarapan kerana pujian membuatkan mereka yakin akan diri sendiri.
10. Hadiahkan cadar kartun kegemaran mereka jika anak berjaya tidur berasingan dalam waktu singkat yang tak disangka.
Semoga bermanfaat.
#tipsmamanurulasmak
Comments
Post a Comment