Posts

Showing posts from January, 2021

REZEKI ALLAH LUAS

Image
  Allahuakbar, masih lagi dikelilingi insan baik hati dan pemurah macam adik ni. Tak tahu nak kata apa. Syukur alhamdulillah. Semoga niat baik adik, Nurul doakan mudah segala urusan kawan adik yang tak sihat tu. Ya allah ya rahman ya rahim.. Kau sembuhkanlah segera orang-orang disekelilingku yang sedang menanggung sakit.  Kau permudahkanlah urusan mereka ya allah. Aamiin aamiin ya robbal a"lamiin. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

JAUH BUKAN PENGHALANG UNTUK BERSUA MUKA

Image
  Alhamdulillah setiap sabtu memang dah janji nak luangkan masa dengan team. Kesian fihan dan ummu. Tak tahu la kenapa tak boleh join. Tak mengapalah esok lusa kita buat coaching bertiga pula ye. Terima kasih Zatul Himmah dan Nurdiyana Abd Malek atas masa yang diluangkan. Nurul harap dapat sesuatu dari perkongsian Nurul tadi. Cepat bertindak cepatlah dapat hasilnya. Area #seremban boleh pi em zatul ye nak produk asmak. Orang #merlimau nak produk asmak roger je adik manis yana. Habis sesi berFB room kita jalan sekali je sementara anak-anak bersemangat. Mereka pun dah bersedia nak tambah ilmu baru nak review Aktiviti januari bersama Nurul tapi ada masalah tak dapat join FB roon tadi. Alang-alang anak-anak dah siap sekali harung jela kita ye. Orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah penat, biar dapat hasil terus dan bertindak. Teruskan pandang ke depan ye fihan dan ummu. Tiru je balik apa yang dah berjaya buat. #tanggabatu #buk

TIPS MENGHILANGKAN BATUK & SELSEMA ANAK

Image
  Risaunya kalau si manja tak sihat kan? Tambah-tambah lagi sekarang musim virus Influenza A,B. Bertambah runsinglah kalau siang malam anak merengek sebab tak selesa. Cuba anda praktikkan cara ini kepada anak. In sha allah, sakit akan berkurangan. Aura minyak herba Asmak keluaran syarikat Minyak Herba Asma Mujarab ini memang lain macam sikit. Kepada ibu ayah yang nak mencuba, silakan tekan link ini, nurul bantu segera ditalian www.wasap.my/60137515386/. Kredit : 9 Bulan 10 hari #minyakherbaasmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

REZEKI BERUKHWAH BERSAMA ASMAK

Image
  Masya allah anak bertuah ni berpakat dua orang.  Nak keluar rumah suami tegur, yang sejak bila parcel jnt awak dalam box ni tak berambil? Tengok alamat kak ngah yana. Mesej kak ngah dia kata kak uda belanja mama. Terima kasih anak-anak mama. Terima kasih Nor Afihana dan Nurdiyana Abd Malek. Moga mengidam anak tekak ni berjangkit jadi mengidam anak dalam perut pula, aamiin. Kikikiki. Dengan Asmak ukhwah kami semakin erat. Terima kasih Asmak temukan kami di alam maya yang banyak manfaat ni. Asmak mengubah kehidupan kami surirumah. Dari seorang yang pasif, pendiam dan tertekan sebab tak ada kawan dan hanya bertemankan anak-anak dan suami jadikan kami berukhwah hingga terasa gembira dan bahagia.

REZEKI BERASMAK TAHUN 2020

Image
  Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Rezeki dapat reward dari mak leader nun jauh di sana tapi dekat di hati. Terima kasih KG Fazlina Kamarazaman. Kalau tak kerana jodoh kita, tak merasa nak dapat hadiah free macam ni. Tq selalu bagi nasihat, dorongan dan ilmu tanpa jemu. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 Nurul tahun 2018 tu bukanlah Nurul tahun 2021 ni. Orang yang sama tapi semangat dan impian yang berbeza. Terima kasih #teammamanurul atas kerjasama yang diberikan.  Terima kasih semua pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan hingga ke saat ini. Terima kasih semua yang banyak bagi sokongan dan doa yang tak pernah henti buat nurul. Semoga rezki yang dikongsi bersama Nurul ni buatkan rezki faz sekeluarga semakin melimpah ruah, aamiin. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

KERJASAMA MENJAYAKAN ITULAH SOLUSI TERBAIK

Image
  Dalam keadaan pandemik Covid-19 kadang-kadang kita sendiri pun tertekan dengan apa yang jadi sekarang.  Nak buat kerja, urus rumahtangga dan pelajaran anak lagi nak pantau.  Macam-macam masalah kita kena lalui.  Sebenarnya kalau kita sama-sama sepakat untuk "kita jaga kita" tak ada masalah untuk kita lawan virus ini.  Usahlah kita menyalahkan orang lain, sebaliknya kita fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita dan keluarga.  Ayuh sama-sama kita lawan virus Covid-19 agar kehidupan kita kembali normal 😃 #KomikAsmak

KULIT SENSITIF ELOK DENGAN BEDAK ASMAK

Image
Meh la ikhtiar sakit kulit anak ibu dengan bedak asmak ni. 💯 tanah liat putih yang pastinya mesra dengan kulit si manja ibu yang sensitif. Termakan pun masih selamat tau. Yang anak ada masalah ✅ ruam ✅ ekzema ✅ gatal-gatal ✅ kudis buta ✅ psoriasis ✅ gegata Elok sangat sedia satu di rumah.  Bila terkena terus je sapu. Sejuk yang melegakan tau. Yang paling istimewa sebab bedak asmak ni sesuai untuk semua peringkat umur. Jom rasakan manfaat luar biasa bedak asmak ni! #bedakasmak #teammamanurulasmak #agenasmakkotamasai

TAK RISAU LAGI MAKAN KERANGAN LAUT KERNA ASMAK HERBS ADA SEBAGAI PELEGA

Image
  Fuhhh semua nampak sedap betul sampai tak tahu nak pilih mana satu kan? Kalau nak tahu dulu Nurul jarang sangat beli kerangan laut ni maklumlah kegatalan melampau bila makan seafood ni. Mulalah kang tak boleh tidur. Menggaru sana sini. Tu belum lagi yang merenyam hidung dan teling lagi. Adehhh bikin serik betul. Tapi kannnn. Sejak dah cuba asmak herbs nampak lega tau. Lega sebab tak datang dah masalah macam dulu lagi. Leganya tak tahu nak kata. Boleh kata seminggu sekali mesti nurul akan beli kerang atau udang la untuk dimasak. Anak-anak pun nampak serasi. Alhamdulillah. #asmakherbs #pelegaresdung #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak

SEMANGAT JUANG YANG TINGGI BUAT KITA BERJAYA

Image
  Biarlah muka sebulat donut sekalipun janji selesai review bersama team. Semoga segala yang kita rancangkan Allah mudahkan jua. Terima kasih buat anak team atas masa yang diluangkan. Nak berjaya terus ke depan tanpa sebarang alasan. Impian Nurul nak sama-sama berjaya bersama kawan-kawan yang lain. Sama-sama jana pendapatan bersama Asmak, sama-sama rasai keseronokan berkongsi manfaat asmak dengan orang lain. Sebelum jadi agen asmak Nurul guna produk Asmak hampir 2 tahun juga. Bila dah diberi peluang, terus cuba dan buat seperti yang leader ajar. Alhamdulillah Asmak ni lain dari lain beza sangat. Istimewanya sebab ada banyak program ilmu yang boleh dapat secara percuma saja. Baik dari founder mahupun leader-leader. Ukhwah antara sangat erat bagai isi dengan kuku. Sesuailah dengan konsep "we are family".

TEKNIK URUTAN BAYI JIKA HIDUNGNYA TERSUMBAT

Image
  Bila anak kena selsema teruk, kesian tengokkan bila dia meragam tak selesa. Nak tidur pun tak lena. Mana tak nya, kejap-kejap terjaga. Moga cara ini dapat bantu bayi anda! Aura minyak herba Asmak ini memang lain macam. Jom ikhtiar untuk kelegaaan dan keselesaan yang tersayang. #minyakherbaasmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PILIHAN SIHAT DI TANGAN ANDA

Image
  Kalau diberi pilihan antara roti, muffin, donut, kek dan buah-buahan, apa pilihan anda??? 🤔 Tepuk dada, tanya selera😉 Jaga kesihatan untuk kesejahteraan dan kebahagian bersama. Pssttt, nak madu asmak boleh roger nurul tau.

NIKMAT SUNGGUH DAPAT MAKAN SEAFOOD TANPA RISAU LAGI

Image
  Nikmat sungguh makan nasi panas bersama bende dan kerang rebus. Lawan pula sambal kicap ditambah dengan perahan limau. Fuhhh, berebut anak beranak makan, menikmati sungguh. Apa nak risau, asmak herbs kan ada sebagai pelega. Nikmat mana lagi yang nak ditolak. Syukur alhamdulillah. Ada hikmah juga ni PKP. Dapat makan sama-sama sekeluarga waktu pagi, tengahari, petang mahupun malam. Nikmat masa yang tak dapat dijual beli di masa akan datang. Dek kerana ternampak kerang masa nak beli ayam pagi tadi terus amik semangkuk. Teringat anak-anak suka betul meratah kerang. Dulu kami jarang sangat makan seafood, yela sebab gatal lepas tu mula la keluar merah-merah sebadan. Tapi sejak kami dah jumpa solusi resdung kami, tak risau lagi nak makan bila teringin. Melegakan sungguh. Alhamdulillah.

KENANGAN INDAH TERCIPTA BILA NAMA TERPAHAT BERSAMA

Image
  Alhamdulillah tahniah untuk semua KG dan untuk diri sendiri. Kerjasama sepasukan juga dengan izinNya jua, syukur merasai nikmat yang pelbagai dariNya. 2021 baru bermula, semoga kita semua terus berjaya mencipta nama untuk dikenang kelak. Surirumah pun mampu mencipta nama untuk diraikan bersama. Jom jadikan bisnes sebagai ladang pahala untuk sama-sama terus cemerlang dunia dan akhirat. Terima kasih buat cikgu Fazilah atas segala nasihat dan dorongan serta bimbingan dari KG fazlina dan semangat sepasukan #teammamanurul dan team #FKBizGroup . Terima kasih buat semua staf HQ Asmak yang bertungkus lumus menjayakan program ni. Jom buat sehabis baik untuk tahun 2021. #agenasmakkotamasai

PENANGAN BERBISA DAH TERKENA TERUS JATUH CINTA

Image
  Penangan sapuan dia nilah terlelap beberapa minit seakan berjam-jam lamanya.  Biasalah lepas anak balik sekolah dah jadi rutin sapu kat dada dan perut anak lepas mandi. Dah alang-alang tangan berminyak sapu sekali kat dahi dan dada ni. Entah cam ne, sejuk berangin tu sedap pula. Terus terlena tanpa sengaja. Sedar-sedar bunyi telefon berdering. Fuhhh, nikmat yakmat si dia pujaan hati kami sekeluarga.

TEAM YANG BERSEMANGAT BUAT NURUL JADI KUAT

Image
  Coaching bersua muka di alam maya pertama kali di tahun 2021. Semoga sedikit sebanyak memberi impak dan membuka minda team tentang perkongsian pagi ni. Rasa terharu dan berterima kasih buat semua agen yang masih setia bersama Nurul dalam Asmak. Sebagai ketua, Nurul akan buat sehabis baik dari tahun 2020 untuk team Nurul. Semangat semua anak-anak Zatul Himmah, Nor Afihana, Aida Azmi dan Nurdiyana Abd Malek serta AdiLah OthMan yang nak join tapi problem dengan FB room. In sha allah, rancangnya setiap Sabtu akan ketemu lagu di alam maya untuk sesi berkongsi ilmu. Pentingnya coaching team ni agar agen sentiasa dipantau dengan tugas hakiki. Melaporkan segala rutin mingguan dan diberi penjelasan dan perkongsian sewajarnya bagaimana untuk atasi masalah yang dihadapi. Tahun 2021 merupakan tahun ke3 Nurul bersama Asmak. Apa yang Nurul harapkan agar dapat membantu lebih ramai kawan dan wanita menjana pendapatan bersama Asmak. Semoga niat baik Nurul Allah permudahkan jua, aamiin. #m

PEMBAHAGIAN MASA BERBISNES ADALAH KUNCI KEJAYAAN KITA GEMBIRA DAN BAHAGIA

Image
  Perjalanan dalam bisnes bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi sejak covid melanda negara kita tahun 2020 anak tak bersekolah. Kita di rumah ni lah pengurus rumah tangga merangkap bisnewoman, chef, cikgu mahupun cleaner. Tapi Nurul seronok sebab Nurul tak kerja 2015 masa Nurul lebuh pada keluarga kecil kami. Walau beribi tohmahan pun dilempar pada Nurul, sejak berAsmak nilah nurul kuat semangat sebab dikelilingi kawan-kawan positif. Siang Nurul urus anak belajar pada sebelah pagi, cod dan pos sebelah petang manakala malam untuk urus rekod di buku. Begitulah rutin harian Nurul. Seronok tu bila Nurul dah ada team sendiri dan niat nak bantu agen-agen sama menjana pendapatan bersama Asmak. Semoga allah mudahkan setiap niat baik kami agen-agen asmak sambil berbisne sambil mengejar kekayaan di akhirat kelak. #asmakdihati #teammamanurul #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Image
  Dikala musim pandemik ini, kesihatan haruslah dijaga. Usahlah kita berbalah menuding jari atas sesuatu kesalahan. Sebaiknya, bersama-samalah kita bermuafakat mencari penyelesaian menangani rantaian pandemik ini.

SUKA DUKA DALAM BISNES ASMAK

Image
  Setiap orang ada cerita suka dan duka dalam bisnes. Macam tu juga dengan Nurul. Semangat turun naik dalam bisnes tu perkara biasa. Jadikan sebagai satu penguat untuk bangkit dan terus ke depan. Kalau ingat balik masa kat UTeM tahun akhir tu memang ada subjek business. Tapi yela dulu cita-cita nak jadi engineer bukan businesswomen, fokus tu hanya nak cemerlang atas paper je. Hihihi. Sekarang dah terjebak dah ada pengalaman baru tahu sendiri. Nurul join asmak oktober 2018. Mula upgrade mini stokis hujung ogos 2019 dengan seorang agen.  Dulu Nurul silap tak betul-betul ajar agen. Akhirnya agen yang silent reader tu pun keluar asmak sebab tak boleh beri 100% komitmen. Sambil tu Nurul ada dropship yang ramai tapi tak nampak pun macam nak dibimbing. Nurul tetap salahkan diri Nurul mungkin Nurul yang tak betul-betul bimbing agen. Tahun lepas Nurul nekad nak kena berubah. Kena agresif macam ketua-ketua group yang lain. Nurul beranikan diri guide agen tanpa modal. Nurul sungguh-sungguh nak ba

PENGALAMAN MEMBERIKAN BERIBU PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA

Image
  Hai semua. Hari ni Nurul nak story satu kisah yang dah lama Nurul pendam. Selalu Nurul share kisah gembira dan ceria je kan sepanjang bisnes. Ni kisah versi kedua. Begini kisahnya, ada dua orang customer ni. Dua-dua janji nak jumpa untuk beli asmak. Sorang nak beli minyak asmak sorang lagi nak beli asmak herbs. Nak jadikan cerita Nurul tunggu la kat tempat yang dijanjikan. Lama tu, setengah jam. Pas tu decide nak pergi makan sebab lama sangat dan terus share lokasi tempat makan dengan customer.  Sampai habis makan tunggu punya tunggu tak muncul tiba. Lama tu makan dekat sejam. Apa lagi call lagi sekali tak angkat, mesej dan wassap tak balas. Terus balik rumah sebab rumah Nurul dekat je dengan tempat yang dijanjikan nak jumpa tu. Bila kita cakap tak apalah saya pass pada agen lain untuk Si O Di ye. Tak nak la pula. Sabar jela. Nak dijadikan cerita seminggu lepas tu dia cakap nak beli lagi. Nurul memang tak nak dah pergi tunggu lagi sebab sejenis yang tak suka menunggu la macam buang m

CALIT-CALIT MELEGAKAN

Image
  Berdenyut-denyut kepala ni sakit sebab tak boleh tidur malam tadi dengar alarm kereta jiran berbunyi-bunyi tak henti. Telefon jiran katanya balik kampung. Telefon guard tak faham pula. Macam ayam dan itik bercakap pula kami ni. Adehhh...berpandangan kami suami isteri bila dengar bunyi alarm tak henti-henti. Bangun dari katil jengah luar, jiran lain tidur nyenyak sungguh. Cik abang call lagi guard minta tolong selesaikan.  Jam dah menunjukkan hampir 1 pagi. Masuk bilik pukul 10 lebih tadi. Isk isk isk. Deal punya deal, jiran kata cabut jela wayar yang diajar supaya tak mengganggu jiran lain yang ada anak kecil.  Dengan bantuan guard yang tak membantu langsung tu, selesaikan juga masalah. Masuk rumah cari roll on sapukan kat dahi dan tengkuk sebab dah tak boleh tidur. Buka tv sambil mengunyah la kami suami isteri. Dah habis movie bertukar ganti sedar-sedar terlelap sendiri. Tahu-tahu dah subuh. Alhamdulillah bangun pagi tak melarat sakit kepala kami. #mamanurulasmak

REZEKI ALLAH LUAS

Image
  Rezeki semata-mata adalah Allah yang menentukan. Sekuat dan sekeras  apapun kita berkerja, bila Allah hanya Menghendaki bagi kita rezeki yang sedikit, maka sedikit pulalah rezeki yang kita peroleh.  Begitu juga sebaliknya, jika Allah sudah berkehendak, orang yang hanya bersenang-lenang juga dapat memperoleh rezeki yang berlimpah.✨

BISNES vs PENGURUS RUMAHTANGGA

Image
  Menggalas tanggungjawab sebagai wanita bukanlah semudah yang disangka. Tak kira wanita itu bekerjaya mahupun pengurus rumahtangga. Setiap tugas ada pro dan kontra nya yang penting bagaimana cara dia menguruskan. Sebab bila dah berkahwin semua wanita menggalas tugas yang sama. Yang menjadikan ia mudah adalah sikap kerjasama antara suami dan isteri. Semua tahu Nurul dah berhenti kerja sejak 2015 lagi. Dulu pengurus rumahtangga sepenuh masa tapi sekarang sambil berbisnes. Hampir nak masuk tahun ke 3 Nurul bersama Asmak. Banyak Nurul pelajari selok belok bisnes ni. Dari seorang yang tak tahu kepada tahu. Bila dah berbisnes ni perlu bijak bahagi masa sebaiknya. Nurul guna konsep seperti yang disarankan Puan Nor Fazilah, 2/24. Yang mana 1 jam siang untuk bisnes begitu juga 1 jam malam. Selebihnya jika ada masa lebih dah siap semua tugas hakiki akan fokus pada bisnes, iaitu pembangunan untuk team Nurul sendiri. Aktiviti si O di mahupun pos, follow up pelanggan dan coaching akan dibuat pada

PENTINGNYA ILMU BILA BERBISNES

Image
  Dulu kali pertama join Asmak tak serius mana pun. Sekadar nak lepaskan selesai bayar hutang belajar, ada duit hasil usaha sendiri boleh la nak menyimpan sedikit. Bukan kata apa yang abang bagi tak cukup tapi Nurul sejenis suka berdikari nak juga ada duit poket sendiri. Perlahan-lahan Nurul cari rentak belajar selok belok bisnes dengan KG Faz. Perlahan-lahan topup ilmu dengan founder Asmak, Puan Nor Fazilah. Macam-macam la dapat ilmu dari KG faz dan cikgu Fazilah. Bukan ilmu bisnes je tau, ilmu akhirat sekali. Special sangat Asmak ni sebab titikberatkan hal akhirat. Ilmu bisnes ni luas. Kita kena pandai pilih dan pergunakan dengan cara yang betul. Nak tahu tak siapa antara cikgu yang pernah Nurul belajar? Antara guru bisnes Nurul ialah... 1. KG Nurul sendiri, Puan Fazlina. Beliau orang pertama ajar Nurul teknik sampul. Terangkan pasal copywriting dan tekniknya serta ilmu tentang cara guna FB masa awal penglibatan Nurul dengan online bisness ni. Beliau juga ajar Nurul rekod jualan bula

SEMANGAT KUAT BERSAMA ASMAK MEMBUATKAN NURUL TERUS BERSAMA

Image
  Nak tahu tak, kenapa Nurul masih bertahan dengan bisnes Asmak ni dari 2018 sampai sekarang??? Semangat Nurul kuat sejak berhenti kerja adalah ceburi bidang bisnes. Bila dah semangat dan minat, lepas tu Nurul tengok syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ni kukuh, tu yang memang tanam impan untuk cungkil bakat diri yang ada bersama Asmak. Istimewa sangat Asmak ni, ukhwah sesama pengedar dan juga team HQ juga sangat baik. Sejak berAsmak ni la Nurul ada ramai kawan positif. Kami juga diberi peluang untuk memberikan pendapat, memilih apa yang terbaik dan lagi best HQ Asmak menyediakan pelbagai program menarik untuk kami upgrade diri dengan ilmu dan reward yang pelbagai. Kalau nak cakap pasal upgrade diri ni, kami diajar untuk buat personal branding di medium yang bersesuaian tak kira online mahupun offline. Setiap hari pasti ada saja perkongsian ilmu dari founder mahupun pengedar untuk Nurul dan team. Percuma je tau. Dengar, catat dan terus buat. Founder juga selalu beri nasihat, gal

TIPS CLOSED SALES MUDAH

Image
  Orang bisnes ni kalau dia dapat closed customer satu bonus buat dia tau. Rasa nak lompat bintang. Rasa nak naik bukit jerit sekuat hati. Tapi yang paling mudah sujud syukur jela. Kan lebih baik. Meh nak kongsi sikit apa yang Nurul dapat dari dengar live bersama Tuan Sahar yang merupakan penasihat syarikat Asmak. Teknik Close Sale dari FB Live Tuan Sahar  1. -“Be interested, not interesting” (Bila customer cakap, tengok mata dan dengar apa masalah dia, bukan kita cerita pasal produk kita) 2. -expert in everything (product knowledge, make people know and trust u) 3. -need one desire or solution of the problem (fahami dan selami masalah customer) 4. -people do not like to told  “Kita minta dia bagi sebab dia tak nak beli” “oh, kalau itu masalahnya, saya boleh bantu, apa kata puan cuba dengan xxx dan xxx untuk kita rawat luar dan dalam lagi cepat sembuh tak melarat lebih lama” Techniques 1. -Direct close (dah kenal, dah tahu apa dia biasa nak dan terus offer promosi yg ada) 2. -Money tal

TO DO LIST SANGAT MEMBANTU UNTUK IBU BERBISNES

Image
  Haaa, nak tahu tak, walaupun Nurul tak bekerja (tak ada slip gaji tetap) tapi Nurul pun ada jadual tersendiri tau. Maklumlah mama anak tiga ni kan. Kikiki. Biasa aktiviti pos dan si o di Nurul selit sekali masa urus anak sekolah. Tapi semua tahu sejak kobid ni anak sekolah kat rumah, jadi Nurul punya bizi tu dua kali ganda. Almaklumlah la kita chef, kita cleaner, kita cikgu, kita pelawak, kita pemuzik,  kita juga posmen. Ni serba sedikit jadual Nurul sepanjang kobid melanda negara kita. Pagi -mandi dan bersiap untuk solat sunat witir, tahajud, taubat, subuh, mengaji. -buat sarapan dan senaman pagi -teman anak sarapan, sidai baju dan kemas rumah -monitor anak buat latihan setiap subjek sambil follow up pelanggan -ajar anak kecik mengaji, membaca dan beraktiviti -mengaji dan solat sunat duha Tengahari -masak makanan tengahari -siapkan barang nak pos dan si o di -solat zohor bersama anak -rehat sambil bacakan buku cerita -tonton TV setengah jam dan tidurkan anak Petang -solat asar -minu