SUKA DUKA DALAM BISNES ASMAK

 




Setiap orang ada cerita suka dan duka dalam bisnes. Macam tu juga dengan Nurul.


Semangat turun naik dalam bisnes tu perkara biasa. Jadikan sebagai satu penguat untuk bangkit dan terus ke depan.


Kalau ingat balik masa kat UTeM tahun akhir tu memang ada subjek business. Tapi yela dulu cita-cita nak jadi engineer bukan businesswomen, fokus tu hanya nak cemerlang atas paper je. Hihihi.


Sekarang dah terjebak dah ada pengalaman baru tahu sendiri. Nurul join asmak oktober 2018. Mula upgrade mini stokis hujung ogos 2019 dengan seorang agen. 


Dulu Nurul silap tak betul-betul ajar agen. Akhirnya agen yang silent reader tu pun keluar asmak sebab tak boleh beri 100% komitmen. Sambil tu Nurul ada dropship yang ramai tapi tak nampak pun macam nak dibimbing. Nurul tetap salahkan diri Nurul mungkin Nurul yang tak betul-betul bimbing agen.


Tahun lepas Nurul nekad nak kena berubah. Kena agresif macam ketua-ketua group yang lain. Nurul beranikan diri guide agen tanpa modal. Nurul sungguh-sungguh nak bantu. Alhamdulillah sedikit sebanyak allah dah mudahkan.


Sungguh, walaupun ada agen yang keluar masuk team Nurul, tapi Nurul tetap fokus pada yang ada dan yang nak dibantu. Niat Nurul cuma satu, nak agen-agen gembira dapat bantu mudahkan urusan orang lain. Sebab secara tak langsung ada diantara doa orang sekeliling yang allah angkat dan makbulkan untuk kita.


Syukur dipertemukan dengan bisnes yang buatkan diri Nurul jadi seorang yang positif walau beribu kali diuji. Terima kasih KG Fazlina bawa Nurul ke dalam dunia Asmak yang best dan sentiasa bagi tunjuk ajar dan nasihat untuk Nurul terus bersemangat hingga ke hari ni.


Asmak terbaik.


#Agenasmakkotamasai

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT