PENTINGNYA ILMU BILA BERBISNES

 


Dulu kali pertama join Asmak tak serius mana pun. Sekadar nak lepaskan selesai bayar hutang belajar, ada duit hasil usaha sendiri boleh la nak menyimpan sedikit. Bukan kata apa yang abang bagi tak cukup tapi Nurul sejenis suka berdikari nak juga ada duit poket sendiri.


Perlahan-lahan Nurul cari rentak belajar selok belok bisnes dengan KG Faz. Perlahan-lahan topup ilmu dengan founder Asmak, Puan Nor Fazilah. Macam-macam la dapat ilmu dari KG faz dan cikgu Fazilah. Bukan ilmu bisnes je tau, ilmu akhirat sekali. Special sangat Asmak ni sebab titikberatkan hal akhirat.


Ilmu bisnes ni luas. Kita kena pandai pilih dan pergunakan dengan cara yang betul. Nak tahu tak siapa antara cikgu yang pernah Nurul belajar?


Antara guru bisnes Nurul ialah...


1. KG Nurul sendiri, Puan Fazlina.

Beliau orang pertama ajar Nurul teknik sampul. Terangkan pasal copywriting dan tekniknya serta ilmu tentang cara guna FB masa awal penglibatan Nurul dengan online bisness ni. Beliau juga ajar Nurul rekod jualan bulanan selain cara-cara pemasaran produk Asmak.


2. Founder Asmak, Puan Nor Fazilah Abd Mohd yang banyak berkongsi ilmu bisnes melalui audio-audio. Antara ilmunya adalah berkenaan pengurusan masa, pengurusan kewangan, cara bina repo, tips menjadi agen dan leader yang berkarisma, cara tingkatkan jualan, teknik pemasaran produk, dan banyak lagi tak tertulis rasanya. Beliau tak pernah lupa sekali selitkan tentang ilmu keagamaan dan amalan untuk mencapai kesejahteraan hidup lebih baik dan tenang.


3. Puan Astiey  Nurasiah, kak As yang mengajar teknik membina copywritting yang berkesan dan cara-cara untuk tingkatkan engagement di Facebook. Nurul pernah join kelas percuma kak As di Melaka dan kelas berbayar hadiah reward dari KG Faz di telegram. 


4. Encik Khairul yang lebih terkenal dengan panggilan EK. Kelas pertama Nurul join masa awal PKP hari tu. Dalam kelas EK banyak sentuh bab menjaga hubungan sesama manusia baik dengan leader, founder, sesama agen mahupun ahli keluarga. Seronok kelas bersama EK ni sebab segala ilmunya berkait rapat dengan ayat Al Quran yang mana semuanya bermula dengan perintah Allah. Sekarang pun Nurul masih lagi dengar live dari EK yang mana banyak input dari live santai bisnesnya.


5. Tuan Irfan Khairi juga salah seorang

cikgu bisnes yang pernah Nurul ambil ilmunya. Nurul suka ikuti live beliau, kelas bisnes percuma dan suka follow tik tok Tuan Irfan Khairi , sebab beliau banyak kongsikan ilmu tentang cara bisness online masa kini.


6. Tuan Khairul Hakimin juga antara salah seorang cikgu bisnes Nurul. Suka baca perkongsian beliau di Facebook dan telegram. Ada beli bukunya juga.


7. Cikgu maisarah Awang yang dikenali dengan cikgu closing. Selama 3 bulan belajar dengan beliau berkenaan teknik close sale yang betul, kaedah follow up yang berkesan dengan teknik tertentu, rahsia handle objection serta teknik bina team berkualiti dengan tips-tips tertentu.


In sha allah akan ulangkaji dan kongsikan dengan team Nurul dari masa ke semasa secara berperingkat.


Ilmu tanpa amal ibarat tuang air di daun yang mencurah jatuh ke tanah. Apa pun yang kita belajar perlu ulangkaji dan guna pakai dalam bisnes. Kena sentiasa perbaiki mana silap dan betulkan ikut landasan dan kaedah yang betul.


Nak berjaya jangan beri alasan tapi terus ambil tindakan!

#mamanurulasmak

#agenasmakkotamasai



Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT