5 TEKNIK FOLLOW UP MUDAH TAPI LUMAYAN
Kawan-kawan Nurul yang bisnes ni tahu tak tips dapat jualan yang mudah? Orang kata percuma je tapi lumayan.
Mudah je dengan cara "follow up". Follow up ni penting tau. Setiap hari wajib selitkan aktiviti follow up pagi sejam. Wajib tau. Power sangat follow up ni.
Sekarang ni orang tak suka dah broadcast lagi. Kalau kita sendiri pun tak gemar orang add kita secara tiba-tiba kan macam tu juga customer kita tak suka terima promo tanpa khabar berita. Haaa, gitu.
Follow up ni mudah je dan berkesan jika teknik yang kita guna tu betul.
1. Bertanyakan status barang yang diposkan atau cod samada diterima dalam keadaan baik atau tak.
2. Bertanyakan maklum balas selepas guna produk
3. Bagi tips tambahan lebih berkesan atau tips cara jimat atau cara pakai yang lebih baik.
4. Berikan penghargaan dengan ucapan terima kasih, alhamdulillah, tahniah lepas dia guna serasi dan bertambah baik.
5. Berikan pelawaan untuk terus konsisten guna dengan tawaran menarik.
Haaa, cuba aplikasikan 5 cara ni dulu. Konsisten buat. Memang akan rasa kelainan dan penambahbaikan jika guna teknik yang betul.
Nak tahu lebih lanjut, jom join #teammamanurul.
Semoga bermanfaat.
#agenasmakkotamasai
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment