TO DO LIST SANGAT MEMBANTU UNTUK IBU BERBISNES

 








Haaa, nak tahu tak, walaupun Nurul tak bekerja (tak ada slip gaji tetap) tapi Nurul pun ada jadual tersendiri tau. Maklumlah mama anak tiga ni kan. Kikiki.


Biasa aktiviti pos dan si o di Nurul selit sekali masa urus anak sekolah. Tapi semua tahu sejak kobid ni anak sekolah kat rumah, jadi Nurul punya bizi tu dua kali ganda. Almaklumlah la kita chef, kita cleaner, kita cikgu, kita pelawak, kita pemuzik,  kita juga posmen.


Ni serba sedikit jadual Nurul sepanjang kobid melanda negara kita.


Pagi

-mandi dan bersiap untuk solat sunat witir, tahajud, taubat, subuh, mengaji.

-buat sarapan dan senaman pagi

-teman anak sarapan, sidai baju dan kemas rumah

-monitor anak buat latihan setiap subjek sambil follow up pelanggan

-ajar anak kecik mengaji, membaca dan beraktiviti

-mengaji dan solat sunat duha


Tengahari

-masak makanan tengahari

-siapkan barang nak pos dan si o di

-solat zohor bersama anak

-rehat sambil bacakan buku cerita

-tonton TV setengah jam dan tidurkan anak


Petang

-solat asar

-minum petang dengan anak2

-pos barang dan si o di

-riadah di taman atau mandi kolam atau zumba dalam rumah


Malam

-uruskan makan malam anak2

-solat magrib, mengaji dan solat isya

-berFB dan siapkan task2 untuk post esok hari

-pack barang nak pos esok pagi

-buat to do list


Fuhhh, padat mengalahkan orang bekerja Nurul punya jadual. Apa yang penting Nurul gembira dan suka sebab anak-anak depan mata.


Alhamdulillah!

#mamanurulasmak

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT