PUDING MADU TANPA TELUR SEMUDAH ABC


Bahan-Bahan:
- madu kurma merah secukupnya. Kalau tak ada, guna madu asli atau apa-apa madu yang anda suka.

Bahan-bahan untuk puding:
- 1 paket agar-agar bertali
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
Cara-cara untuk karamel:
-Tuangkan madu secukupnya di dasar bekas

Cara-cara untuk membuat puding :
-Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.
-Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk.
-Jangan bagi adunan berketul.
-Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
-Tapis dan tuang ke dalam bekas berisi madu tadi.
-Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum waktu makan.

Tips: Semasa proses memasak bahan-bahan puding, pastikan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus dan berkerak di bahagian bawah periuk dan tidak berketul.

Selamat mencuba
Semoga bermanfaat.

#madukurmamerah
#mamanuruasmak

















Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI