RESEPI JULUNG TAHUN RAMADHAN YANG LAKU KERAS
Cornflakes Madu Asli Asmak🐝
Bahan-bahan:
-1/2 buttercup
- 1 cawan kecil madu asli Asmak
- 1 sudu besar gula pasir
- 220 gram cornflakes madu
-cupcakes
-coklat urai/manik/bijan
Cara-cara :
1) panaskan kuali dan masukkan buttercup dan tunggu sehingga cair
2) masukkan 1 sudu besar gula pasir ke dalam kuali
3) masukkan pula 1 cawan kecil madu asli Asmak, kacau sehingga sebati dan tutupkan api
4) Sediakan satu bekas untuk mengisi 220g cornflakes madu
5) masukkan bancuhan dalam kuali tadi ke dalam bekas berisi cornflakes
6) kacau sehingga rata ke seluruh bahagian
7) masukkan cornflakes tersebut kedalam acuan cupcakes
8. Taburkan coklat urai atau manik atau bijan mengikut citarasa.
9) panaskan oven pada suhu 170'c/338'F dan bakar selama 10 minit
10) keluarkan daripada oven dah boleh siap untuk dihidang
11) tunggu sejuk seketika baru disimpan di dalam balang.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.
Kredit : Nur Syakirah Rosman
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment