Posts

Showing posts from July, 2020

KESUDAHAN YANG TIADA

Kadangkala nak sesuatu kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa dan sangat-sangat diperlukan. Bukan semua orang nampak dan faham tapi Allah lah saksi segalanya. Moga-moga segala pengorbanan kita kelak allah jualah yang memberi balasannya. In sha  allah, Aamiin.

KESUDAHAN YANG TIADA

Image
Jauh perjalanan dari Johor ke Petaling Jaya sebab katanya upah pasang RM20. Dah telefon dan wassap untuk confirmkan pasal barang ada stok tak.  Tup-tup dah berjam-jam jauh perjalanan sampai je kedai, budak yang kita deal tu cuti dan barang tak ad a stok. Memang geram sebab buang masa,  habiskan minyak kereta dah   ditambah duit tol lagi. Tak tahu nak cakap apa.  Rasa-rasa ni kali terakhir la ni. Lepas ni memang kena beli dan pasang sendiri je. Bak kata abang, autogate rumah tu pun dia belajar pasang dan  elok je cantik berfungsi pakej kemas lagi tak kan lampu kereta tak boleh tukar sendiri.  Haaa, tak apa lah abang. Saya percaya kat abang nanti kita beli dan tukar sendiri ye.  Dengan cuaca panas ni memang mendidih juga darah ni. Sabar jela allah nak uji. Moga ada hikmahnya.

KEJAYAAN TAKKAN DATANG TANPA USAHA YANG BERTERUSAN

Lega hati Nurul ni bila apa yang Nurul kongsikan, agen buat. Niat Nurul bukan memaksa atau mendesak tapi kelak bila ada team sendiri dan jadi ketua senang nak tunjuk ajar anak buah. Apa yang kita buat sekarang memudahkan dan menyenangkan kita juga kemudian hari. Jika hari ni kita mampu usaha bersungguh-sungguh, tak mustahil satu hari nanti anda akan jadi ketua yang lebih baik dari Nurul.  Sayang semua keranaNya. Lebih banyak tangan kita dapat bantu, lebih banyak pahala kita dapat kelak, niatkan semua kerana Allah. #teammamanurulasmak

KULIT MANJA HARUS SEDIA PERAPI AWAL

Image
Balik kampung jangan lupa 3 beradik ni, bukan apa, biasalah anak-anak kalau dah jumpa sepupu tak ingat apa dah. Yang dia tahu seronok je. Nama pun budak-budak kan? Mandi parit tu biasa... Main lecak tu normal... Mandi sungai tu seronok... Tapi bila anak balik je terus bilas badan dengan mandian asmak dan sapukan losyen bila dah pakai baju. Nak tidur urutkan sikit dengan Essential oil. Baru la anak nyenyak tidur sampai ke subuh siap pakej berdengkur lagi mana tak nya badan tak gatal, nyamuk tak gigit, malah selesa lagi. Jom sedia 3 beradik ni.

AMBIL TAHU TENTANG KETULAN ABNORMAL DI BADAN

Image
Saya rasa ada ketulan di breast kanan, kanser ke ni doc? Ada 2 jenis ketulan payudara bukan kanser iaitu fibrosista(fibrocystic) dan fibroadenoma. Fibroadenosis adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign M) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus. Ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser. Fibroadenoma adalah ketulan licin pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan tersebut kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dipanggil sebagai ‘tetikus payu dara’. Fibroadenoma dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil,

SYUKURI DENGAN SEBAIKNYA SEGALA NIKMAT DARINYA

Image
Terkadang kita lupa syukur dengan apa ada di depan mata sehingga alpa dengan benda yang kita tak ada. Terkadang kita terlalu taksub dan gairah nak dapatkan sesuatu sehingga lupa yang kita nak tu belum sampai masanya lagi untuk kita rasakan. Terkadang kita lupa nak berterima kasih dengan apa yang kita punyai dan rasa sehingga Allah datang memberikan sedikit ujian. Apa pun yang kita ada sekarang semuanya Allah pinjamkan untuk kita rasai dan syukuri. Segala nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita harus kita syukuri dengan sebaiknya. Gunakan masa yang Allah beri dengan sebaiknya dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana peraturan Allah itu sangat cantik dari apa yang kita ingin aturkan. Syukur alhamdulillah, abang bagi hadiah lagi, abang pasang sendiri untuk memudahkan isteri dan anaknya. Sungguh tak sangka terlalu banyak nikmat yang Allah beri sekarang. Kadangkala rasa nak menangis pun ada. Dari segenap rezeki Allah datangkan dari pelbagai cara. Syukur alhamdul

CARILAH ALTERNATIF YANG LEBIH SIHAT…KERANA PILIHAN UNTUK MENCEGAH ADALAH KOSNYA LEBIH MURAH.

Image
. “Tinggal manis ni yang susah nak buat. Macam mana nak diet ni?!” “Aku suka makan donut. Segala manisan semua jadi kalah, tak boleh nak tahan tengok”. “Mana boleh kalau tak dapat mengeteh dengan mengopi lagi?” “Sekarang tak boleh sangat minum air manis. Takut kencing manis ni makin melarat nanti”. Macam-macam alasan dan sebab bila nak suruh kurangkan pengambilan benda yang manis dalam makanan dan minuman seharian kita kan? . Tapi kalau dah boleh dapat cara untuk tetap menikmati manisan bertukarlah dengan produk potonguler. Potonguler adalah produk Muslim yang menjadi alternatif gula pertama di Malaysia dalam bentuk krimer susu dan coklat. . Pendek kata… bonus untuk semua golongan yang nak gantikan gula putih. Benda baik pasti suka sangat nak kongsi!☺  Belum cuba belum tau😏 . Malah lagi sedap daripda guna gula putih taw. Kalau nak…jom sembang tepi! saya bagi harga yang terbaik punya!😉

UNIK YANG MELEGAKAN

Image
Keunikan rasanya bila ditambah perahan lemon menyegarkan dan memberikan kelainan buat anda yang masih lagi tercari-cari suppliment sampingan. Jadikan makanan sunnah zaman berzaman sebagai amalan makanan sihat yang bukan saja menguatkan antibodi badan malah memberikan kecergasan yang luar biasa sepanjang hari. Pemanis semulajadi dalam makanan. Menjaga kesihatan itu kan salah satu tanggungjawab diri kita sendiri. Ingat tu!

SIAPA KATA NAK JAGA KESIHATAN TAK BOLEH MAKAN SEDAP-SEDAP?

Image
Siapa kata sakit tak boleh makan sedap-sedap? Kalau sakit kena berpantang? Nak diet gula tapi tak boleh makan atau minum tanpa rasa manis? POTONGULER kan ada. Beralih la ke POTONGULER. Tak perlu susah hati nak kawal makanan manis sebab takut kena penyakit berbahaya disebabkan gula. POTONGULER ni : 💞 Krimer susu dan coklat pertama di dunia tanpa gula putih. 💞 Diperbuat dari susu sebnar New Zealand yang berkualiti 💞 Mengandungi 70% susu dan 30% pemanis semulajadi tanpa gula Belum cuba belum tau. Malah lagi sedap daripada guna gula putih.

AMBIL TAHU UNTUK JANGKA MASA LAMA YANG KITA INGINKAN

Kesan pengambilan gula yang berlebihan Di Malaysia, makanan yang tinggi dengan gula bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Minuman manis mudah didapati dan diambil dengan hampir semua hidangan. Minuman seperti teh ais, kopi, milo dan sebagainya menjadi kegemaran buat si kecil mahupun orang dewasa. Apa yang lebih merisaukan adalah minuman manis yang kaya dengan gula ini lazimnya diambil dengan hidangan yang turut kaya dengan kalori daripada gula dalam bentuk berbeza -nasi. Nasi adalah polimer kompleks bagi gula atau lebih tepat lagi, karbohidrat. Ianya merupakan makanan ruji di Malaysia, mendominasi sebahagian besar pinggan-pinggan hidangan di negara ini. Dalam satu hidangan bersertakan satu minuman sahaja, sebahagian besar keperluan kalori harian seseorang itu telahpun dipenuhi.  Akibat daripada tabiat mengambil makanan yang tinggi dengan kalori daripada gula atau karbohidrat, ianya menyebabkan badan seseorang itu terus menerus membawa dan mengumpul kalori yang berlebihan dan j

REZEKI ALLAH LUAS

Image
Tidaklah akan berkurang harta yang kita sedekah pada orang lain dengan ikhlas kerana Allah, bahkan Allah akan menggantikan nya dengan berlipat ganda. #komikasmak

KEUNIKAN MASA JIKA PANDAI DIURUS DENGAN BAIK

Image
Setiap orang punyai masa yang sama iaitu 24 jam, pergunakanlah masa yang ada untuk memberi manfaat selagi terdaya.  Walaupun seharian penat teramat tapi bila fokus, tak sangka boleh siapkan 4 kerja dalam satu masa.  Fokus tu penting dan terus bertindak. Alhamdulillah masa yang ada boleh diluang dengan anak dan suami. Nikmatilah masa yang tenang dan bahagia bersama yang tersayang.

KEJUTAN YANG SUNGGUH BERMAKNA

Image
Kadangkala tak perlu yang mahal-mahal buat si isteri. Cukup yang menyenangkan dan menggembirakan. Tak sangka pandai pula si dia beli set kerusi ni buat kejutan. Tambah pula pokok bunga idaman si jantung hati. Alahaiii terharu rasa hati. Itulah Allah kata, sabar dan terus berdoa in sha allah segala yang kita ingin tercapai jua akhirnya. Terima kasih cinta hati untuk semua yang saya dapat rasa ketika ini. Perancangan Allah yang Maha Terbaik.    Syukur alhamdulillah...

ILMU ALLAH LUAS UNTUK SEMUA

Image
Ilmu Allah luas. Tuntulah ilmu selagi hayat dikandung badan. Bismillah... Walaupun semalam penat teramat tapi bila fokus, tak sangka boleh siapkan 4 kerja dalam satu masa.  Fokus tu penting dan terus bertindak. Alhamdulillah hari ni boleh luang masa dengan anak dan suami. Ahad yang tenang dan bahagia.

KHASIAT LUAR BIASA MADU HALIA BENTONG YANG ISTIMEWA

Image
Ramai yang tak ambil tahu khasiat dan keunikan madu makanan sunnah zaman berzaman ni. Bukan saja kuatkan imun badan malah bertambah kuat ingatan. Jom pemanis semulajadi jadikan amalan pemakanan yang sihat.

MENJADI LEADER BUKANLAH SEKADAR MENGAMBIL ORDER TAPI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR

Image
Nurul belum berpeluang nak jumpa anak-anak agen coaching sorang-sorang atau secara berkumpulan, maklumlah sejak berpindah ke Johor ni kalau balik kampung memang jadual Nurul agak padat sebab nak balik 4 rumah sekaligus. Bukan tak boleh buat zoom meeting tapi buat masa ni belum ada masa yang sesuai lagi, masing-masing ada beg tangan mahal dan suami masing-masing agak sibuk bekerja. Jadinya Nurul kongsikan tips dengan agen melalui nota, gambar atau voice note. Kadangkala ada juga rekod video untuk lebih jelas dan faham. Semoga ilmu yang sedikit ni jika dibaca, difahamkan dan dipraktikkan secara konsisten akan menjadi sesuatu yang berguna dan bernilai kelak saat apa yang dibuat semuanya menjadi. Teruskan bersemangat supaya lebih ramai dapat kita bantu untuk dapat manfaat. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #teammamanurul

SAMBIL MEMBELI DAPAT HADIAH

Image
Alhamdulillah rezeki pelanggan-pelanggan Nurul dapat cabutan AMC lagi. Macam-macam koleksi beliau dah dapat. Bantal asmak, madu asmak, sekarang koleksi buku asmak pula. Tak pernah tak best lah dengan Asmak. Malah bertuah macam-macam dapat. Rezeki pelanggan setia Asmak. Alhamdulillah.

REZEKI TAK KAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA YANG BERTERUSAN

Image
Alhamdulillah rezeki bersama Asmak sentiasa ada. Siapa berusaha dia pasti berjaya. Yang penting jangan putus asa, konsisten buat sampai dapat. Terima kasih kepada Founder yang murah hari, Pn Nor Fazilah dan En Mohd Selodi serta seluruh team HQ Asmak. Terima kasih kepada semua pelanggan Asmak yang sentiasa bersama dan terus menyokong Nurul. Tanpa anda semua tiadalah daya Nurul nak dapat semua ni. #asmakdihati #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Image
Alhamdulillah masih belajar dan terus belajar untuk lebih banyak ilmu dan teknik buat anak-anak buah di bawah team Nurul. Hampir 2 tahun bersama Asmak. Tak sangka banyak kejayaan dicipta dari sekecil-kecil kejayaan hingga ke besarnya. Semoga kejayaan terus menjadi milik kita semua jua baik di dunia mahupun di akhirat kelak, aamiin in sha allah. Terima kasih KG Fazlina Kamarazaman untuk bimbingan dan sokongan selama ni. Terima kasih team Nurul untuk kerjasama selama ni dan terima kasih team FKBizGroup selalu kongsi ilmu, video dan gambar menarik. Terima kasih untuk semua yang selalu ada bersama Nurul. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Image
Yakinlah rezeki itu jaminan Allah. "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq ayat 2-3) #KomikAsmak #mamanurulasmak

KEGEMBIRAAN ORANG TUA SATU KENIKMATAN YANG TAK TERGAMBAR

Image
Tiada apa yang membuatkan  Nurul bahagia selain melihat orang yang kita sayang tersenyum gembira. Nikmat yang paling besar adalah dapat melihat ibu ayah sihat dan terus nikmati hari tua mereka bersama anak menantu dan cucu. Walaupun tak lah besar mana tapi bila dapat tunaikan hajat ibu dan ayah nak pergi ke suatu tempat yang mereka teringin sangat nak pergi tu satu kesyukuran buat Nurul. Alhamdulillah allah mudahkan segalanya yang Nurul rancangkan  bawa ibu dan ayah pergi ke Forest City Johor Bharu. Walaupun waktu kami tiba hujan mula turun, tapi hati Nurul kuat cakap hujan ni sekejap saja tak apa lah kita bawa payung sebab dah sampai ni tak kan nak pulang dengan penuh hampa kan. Bukan main lebar lagi senyuman ibu dan ayah. Wajah inilah yang Nurul selalu rindu nak peluk cium. Selagi hayat dikandung badan, selagi ada kudrat dan masa, selagi terdaya akan Nurul usahakan untuk kegembiraan ibu dan ayah.

SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DAPAT KITA NIKMATI SEKARANG

Image
Terkejut bayar harga seikat petai. Ke memang harga macam tu. Tapi sebab kesayangan nak datang, kita nak masak sambal petai tempoyak, malas nak pikir harga. Ambil saja. Tapi hari ni, betul-betul menusuk kalbu. Itu kita nak beli seikat petai. Orang lain entah makan ke tidak. Entah makan berlaukkan apa kan. Syukur segala nikmat allah yang diberi hari ni. Rasa sedih sangat bila jiran sebelah rumah bercerita tadi nak balik Ipoh hantar anak ke kampung sebab nak masuk kerja semula. Dah berbulan tiada gaji sejak PKP, simpanan semakin kurang. Siapa ada kawan-kawan atau sedara mara kerja Singapore dia tahulah ceritanya macam mana. Walaupun kami berlainan bangsa, tapi sikap jiran yang ramah mesra dan sangat merendah diri buatkan kami selesa. Turut simpati dengan keadaan nasib yang menimpa keluarganya. Macam mana anak-anaknya yang masih kecil tu dibesarkan dengan nenek tanpa ibu ayah di sisi. Nurul dapat rasakan saat kerinduan si kecil pada ibu dan ayahnya. Allahuakbar. Kalau diingat bal

MADU 3 PELENGKAP SEISI KELUARGA

Image
Madu asli untuk si manja comel Madu halia bentong untuk si ayah kuat bekerja Madu kurma merah untuk si ibu sibuk di rumah Haaa, lengkap 1 keluarga. Tak perlu berebut lagi tau. Sesudu setiap pagi dan malam untuk mengekalkan ketahanan antibodi badan. Makanan sunnah zaman berzaman. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hanya panas dan hangat di pasaran. Laku keras! #maduasliasmak #maduhaliabentong #madukurmamerah #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak

PERMULAAN BINTANG UNTUK DIGILAP MENJADI BINTANG YANG BERSINAR

Image
Biar pun bermula dengan satu bintang ⭐️ ,  kelak berbintang-bintang  🌟🌟🌟🌟🌟 . Dengan satu bintang Nurul dapat mencipta nama. Mulai saat ini ia menjadi satu titik permulaan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Ukirlah senyuman yang dapat menutup segala kedukaan yang dirasai tatkala orang lain seronok melemparkan tohmahan dan kejian ke atas dirimu. Nak sihat, dengar nasihat. Kurangkan pengambilan gula putih. Rasakan manfaat stevia dalam PotonGuler krimer tenusu manis yang pertama di dunia. #potongulerkotamasai #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PERMINTAAN TINGGI KENAPA NAK RAGU LAGI

Image
Walaupun Nurul jual produk sampingan macam PotonGuler dan susu berperisa pisang nilofa, Asmak tetap nombor satu di hati Nurul. Permintaan Minyak Herba Asmak tetap ada walaupun si bongsu. Bukan apa, bila dah serasi jarang sekali nak curang lagi. Memang yang hitam juga dicari-cari. Memang patutlah orang duk tergila-gilakan si hitam manis ni. Sebotol yang menjimatkan dan berbaloi untuk dimiliki sebab pelbagai fungsi. Dari selsema, batuk, semput, kembung perut, sembelit, sengugut, sakit kepala, luka berdarah, sengatan binatang mahupun sakit gigi, semua boleh sapu sekali. Eh macam-macam kegunaan.  Rugi tak beli. #minyakherbaasmak #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak

TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN USAHA YANG BERTERUSAN TANPA JEMU

Image
Setiap orang punya impian setinggi langit. Macam tu juga dengan Nurul. Sejak berAsmak, big why Nurul berubah sama sekali apatah lagi sejak habis bayar hutang PTPTN.  Alhamdulillah, tak sangka berjodoh dengan Asmak ni. Banyak yang telah Nurul pelajari dan fahami selok belok business. Walaupun pada asalnya kosong. Bila dah mula berbisnes ni, terlalu banyak impian yang diinginkan. Lima dari antara impian-Impian Nurul adalah nak konsisten sedekah dan bayar zakat setiap bulan. Bila kita sedekah dan zakat secara tak langsung ramai dapat manfaat sekali. Pahala terus mengalir dan sentiasa mengalir. Nurul teringin nak pergi umrah bersama suami, ibu, ayah dan anak-anak. Moga-moga satu saat nanti Allah makbulkan hajat Nurul jua. Sejak berAsmak, rasa nak bawa keluarga pergi bercuti tu membuak-buak. Teruja dan tak sabar. Selalu simpan duit untuk keluarga yang Nurul sayang. Secara tak langsung Nurul boleh berehat sekali. Mulai tahun ni Nurul dah niat nak buat Qurban setiap

HATI MENANGIS KERANA HINAAN

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jangan kerana seseorang tu tak bekerja dia dipandang rendah oleh masyarakat. Kita tak tahu apa yang telah dia korbankan selama dia hidup. “Pengorbanan” adalah sesuatu yang sukar dibuat oleh seseorang. Bukan mudah orang yang ada kelulusan tinggi, dah biasa kerja dan ada duit sendiri untuk berhenti kerja dan habiskan masa di rumah dengan anak-anak. Tak semudah yang disangka apatah lagi sambil buat bisnes sampingan untuk duit poket sendiri. Jangan kerana dia tidak memakai suit yang cantik, kemas dan bergaji tetap dia tidak layak dihormati. Jangan kita pertikaikan apa yang telah dia buat. Barangkali dia adalah sebahagian dari penyumbang wang untuk seisi rumah.  Buanglah, padamlah dan singkirkan dalam ingatan surirumah bukanlah hanya duduk rumah goyang kaki. Makan tidur makan tidur. Dia tidak punya cuti. Dia bekerja 24 jam sehari 7 hari seminggu selama 365 hari. Dialah tukang masak. Dialah tukang cuci. Dialah peman