SYUKURI DENGAN SEBAIKNYA SEGALA NIKMAT DARINYA
Terkadang kita lupa syukur dengan apa ada di depan mata sehingga alpa dengan benda yang kita tak ada.
Terkadang kita terlalu taksub dan gairah nak dapatkan sesuatu sehingga lupa yang kita nak tu belum sampai masanya lagi untuk kita rasakan.
Terkadang kita lupa nak berterima kasih dengan apa yang kita punyai dan rasa sehingga Allah datang memberikan sedikit ujian.
Apa pun yang kita ada sekarang semuanya Allah pinjamkan untuk kita rasai dan syukuri. Segala nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita harus kita syukuri dengan sebaiknya. Gunakan masa yang Allah beri dengan sebaiknya dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana peraturan Allah itu sangat cantik dari apa yang kita ingin aturkan.
Syukur alhamdulillah, abang bagi hadiah lagi, abang pasang sendiri untuk memudahkan isteri dan anaknya. Sungguh tak sangka terlalu banyak nikmat yang Allah beri sekarang. Kadangkala rasa nak menangis pun ada. Dari segenap rezeki Allah datangkan dari pelbagai cara. Syukur alhamdulillah. Moga-moga segala amal baik kita kumpul untuk bekalan akhirat sana dapat kita nikmati bersama jua kelak.
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment