AMBIL TAHU TENTANG KETULAN ABNORMAL DI BADAN


Saya rasa ada ketulan di breast kanan, kanser ke ni doc?

Ada 2 jenis ketulan payudara bukan kanser iaitu fibrosista(fibrocystic) dan fibroadenoma.

Fibroadenosis adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign

M) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.

Ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser.

Fibroadenoma adalah ketulan licin pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous).

Ketulan tersebut kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dipanggil sebagai ‘tetikus payu dara’.

Fibroadenoma dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil, atau wanita yang menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).

Ketulan fibroadenoma adalah tidak merbahaya (benign) dan jarang bertukar jadi kanser.

Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payu dara adalah kanser, 10 dalam 100 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payu dara dalam jangka hayat mereka.

Semua wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri setelah habis kitaran haid pada setiap bulan.

5 Langkah Pemeriksaan Payudara Sendiri

1️⃣ Berdiri depan cermin dengan meluruskan bahu dan tangan di pinggang. Perhatikan saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal.

2️⃣ Angkat tangan keatas dan perhatikan perubahan yang sama.

3️⃣ Perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah).

4️⃣ Dalam keadaan baring, raba payudara dan celah ketiak untuk cari pembengkakkan dengan gerakan bulat.

5️⃣ Dalam keadaan berdiri atau duduk rasakan sebarang bengkak dalam gerakan bulat.

Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. Jangan segan untuk jumpa doktor dan dapat rawatan awal.

Bantu saya untuk #share info penting ini sebab ramai wanita tak ambil berat dengan ketulan di payudara dalam lambat dapatkan rawatan doktor.

Saya akan share lebih banyak info penting demi manfaat semua. Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya👉🏻 https://t.me/drsamhan

Kredit : Dr. Ahmad Samhan

#TipsKecemasanDrViral
#PanduanWajibSemuaMakAyahDiMalaysia





Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT