HATI MENANGIS KERANA HINAAN
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jangan kerana seseorang tu tak bekerja dia dipandang rendah oleh masyarakat. Kita tak tahu apa yang telah dia korbankan selama dia hidup.
“Pengorbanan” adalah sesuatu yang sukar dibuat oleh seseorang. Bukan mudah orang yang ada kelulusan tinggi, dah biasa kerja dan ada duit sendiri untuk berhenti kerja dan habiskan masa di rumah dengan anak-anak. Tak semudah yang disangka apatah lagi sambil buat bisnes sampingan untuk duit poket sendiri.
Jangan kerana dia tidak memakai suit yang cantik, kemas dan bergaji tetap dia tidak layak dihormati. Jangan kita pertikaikan apa yang telah dia buat. Barangkali dia adalah sebahagian dari penyumbang wang untuk seisi rumah.
Buanglah, padamlah dan singkirkan dalam ingatan surirumah bukanlah hanya duduk rumah goyang kaki. Makan tidur makan tidur. Dia tidak punya cuti. Dia bekerja 24 jam sehari 7 hari seminggu selama 365 hari.
Dialah tukang masak.
Dialah tukang cuci.
Dialah pemandu.
Dialah cikgu.
Dialah ustazah.
Dialah tukang bersih.
Dialah tukang kebun.
Tolong hormati perasaannya.
Tolong fahami isi hatinya.
Tolong jangan bagi tekanan pada dirinya.
Kalau kita tak ada di tempatnya, jangan dipersoal apa yang dibuatnya. Segala yang ada di muka bumi ini Allah Maha Mengetahui.
#darilubukhatipalingdalampenuhtangisan
Comments
Post a Comment