Posts

Showing posts from November, 2020

HATI TERPAUT BUAT JATUH HATI

Hati terpaut dengan si hitam manis, setia guna bertahun lamanya. Banyak betul gunanya hanya sebotol tu. Bila dah jadi rutin, jarang la S tu menjengah. Anak-anak memang sikit-sikit minyak asmak, ke mana pergi mesti pesan, "mama dah bawa minyak ajaib kami tak?". Sampai macam tu sekali tau. Dek kerana terpukau dengan perkongsian leader-leader Asmak di FB itulah permulaan hati Nurul sedikit demi sedikit rasa berminat. Oktober 2018 itulah permulaan titik Nurul bersama Asmak. Apa yang Nurul dah rasa bestnya Minyak Asmak nilah penyebab utama Nurul nak jadi agen. Bukan apa, tak nak lah anak-anak kita ni bergantung sangat dengan ubat. Allah kan menilai setiap usaha kita, tak salah kalau kita usaha sapu dengan minyak asmak. Asbab usaha konsisten tulah allah izinkan dan mudahkan untuk sembuh. Ramai lagi yang tak tahu rahsia minyak asmak ni, bila Nurul jadi agen, sekurang-kurangnya Nurul dapat kongsi dengan ramai lagu ibu yang ada masalah sama dengan Nurul. Orang kata tak cuba tak tahu,

INDAHNYA BILA BERKONGSI REZEKI DENGAN YANG TERSAYANG

Image
  Ada orang boleh pergi jauh dalam bisnes, ada orang tak. Ada orang sebab salah diri sendiri, ada orang sebab terhalang.. Terhalang dek suami yang tak pernah redha Para suami, redhalah usaha isteri anda, demi kebaikan. Tiada isteri yang buat bisnes untuk diri sendiri semata, selain demi keluarga tercinta. Kepada yang belum mendapat redha, berdoa dan berusahalah sambil buktikan hasil bisnes dengan memberi sesuatu pada suami..mana tahu lembut hatinya nanti. ❤️ #KomikAsmak

11 TIPS ANAK KECIL SUKA SOLAT

Image
  Dia pegang buku cerita ajak mama baca, tapi mama kata sabar sekejap sebab mama nak solat, dia terus cakap nak solat dengan mama la,  terus bentang sejadah. Nak tips tak? Ni nurul kongsikan ye ikut pengalaman Nurul sendiri. . . . 1. Tunjuk contoh yang baik di depan anak sebab anak kecil ni mudah sangat ikut apa yang dia nampak dan dengar. Biasakan solat di tempat yang anak nampak dan ajak anak solat bersama. 2. Belikan atau hadiahkan peralatan solat yang cantik secara tak langsung menarik minat dia untuk solat sekali tanpa di suruh. Contoh anak lelaki kita belikan kopiah dan sejadah yang dia suka, anak perempuan kita hadiahkan telekung yang dia suka warnanya. 3. Setiap kali nak berwuduk kita ajak anak sekali supaya dia mudah faham dan ingat secara tak langsung mudah dan jimat masa bila anak dah faham dia akan buat secara sendiri tanpa dipaksa. 4. Bila kita nak solat, ajak anak solat bersama sekali bukan kita suruh atau beri arahan. 5. Solatlah berjemaah tak kira waktu samada ibu dan a
Image
  Hidup ini tidak perlu sibuk-sibuk kehidupan orang. Utamakan kehidupan sendiri dan keluarga, belek cacat-cela kehidupan sendiri sebelum belek cacat-cela kehidupan orang lain. Bila kita terlalu 'Sibuk' dengan kehidupan orang lain,maka kehidupan kita sendir akan 'Ketinggalan'. Kalau kita ini tergolong dalam spesis ini,maka perbaiki hati sendiri, cuba belajar untuk berlapang dada dan bersangka baik dengan kehidupan orang lain. #peribahasaasmak #mamanurulasmak

REZEKI ALLAH SELUAS LAUTAN

Image
  Bersyukurlah walau besar mana pun rezeki yang kita dapat kerana rezeki itu datangnya dari Allah.  Sekaya mana pun kita atau semampu mana pun kita kalau kita tak bersyukur, kita tidak akan pernah rasa cukup dengan apa yang ada. #KomikAsmak #mamanurulasmak

SEKALI GUNA TERUS JATUH CINTA

Image
  Kami pengguna tegar Produk Asmak! Nurul suka madu kurma merah sebab lawas sangat tak ada sembelit. Yang best dapat susukan anak bujang penuh penyusuan dengan susu meriah malah tak penat walau sibuk dengan banyak tugas. Si bujang cilik tu suka sevenis dan losyen. Maklumlah kulit manja ni pantang peluh sikit nak menggaru. Sapukan losyen asmak kulit jadi lembap je. Minyak rambut tu kena sorokkan sebab baunya macam gula-gula memang jadi rebutan kat rumah ni. Kami sekeluarga suka minyak asmak dan bedak asmak. Pelengkap kami ke mana pergi. Kalau tak bawa tak keruan dibuatnya. Nyamuk ni suka sangat dengan orang kulit manis. Sapu minyak asmak selesai masalah, nak tidur buat rutin sapuan dapat cegah awal batuk dan selsema. Kalau salah makan gatal-gatal sapukan bedak asmak cepat lega. Produk asmak melengkapi dan menceriakan hari kami!

PERMULAAN YANG MENGUJAKAN DAN TERUS BERSEMANGAT

Image
  Nurul asalnya dari pengguna Minyak Herba Asmak. Dari 2016 Nurul guna. Entah macam mana bertemu jodoh dengan KG Faz hujung oktober 2018. Seminggu dua juga Nurul ambil masa nak fikir sebelum bergelar agen Asmak. Masa tu Nurul grab promosi daftar agen asmak. Yelah, promosi ni bukan datang selalu. Ye dak? Bermulalah episod Nurul jadi agen. Masa tu tak ada basic pun. Sebab masa join dua bisnes sebelum ni tak ada ajar online basic pun. Asal Nurul tak faham je tanya KG Faz. Kadang segan dengan Faz terus tanya team je. Rumah kami dulu tak la dekat dan tak la jauh sangat juga, jadi urusan nak restock barang tu mudah la sikit. Sepanjang jadi agen ni, Nurul ikut je apa saranan KG Faz dan apa nasihat founder, orang kata nak berjaya kena ikut contoh leader, KG yang hebat-hebat. Sekarang pun Nurul masih dalam proses belajar. Tambah ilmu untuk perbaiki mana silap dalam bisnes dan betulkan semula teknik yang salah guna sebelum ni.  Dengan Asmak ni, ada saja ilmu baru yang disampaikan oleh founder As

PENDORONG SEMANGAT BERBISNES

Image
  Penguat semangat dan pendorong utama Nurul dalam Asmak semestinyalah suami Nurul sendiri sebab dua tahun lalu dia jugalah yang memberi keizinan untuk Nurul mula berAsmak. Sejak dari duk di Melaka lagi dialah yang setia teman Nurul si o di, kadang minta tolong dia bungkuskan, kadang minta tolong amik stok kat rumah KG Faz. Alhamdulillah, Nurul dapat restu dari suami. Barulah berkat dan hati pun senang. Setiap kali nak keluar si o di ke pos ke mesti minta izin dan bagitahu. Bila kita jujur dalam perhubungan, barulah mudah jalan bisnes yang kita buat. Terima kasih abang Shafeq Dan Fariha. Selain dari suami, pendorong Nurul dalam asmak mestilah KG Fazlina Kamarazaman. Dialah merangkap ketua dan penasihat yang sentiasa bagi  kata-kata semangat bila Nurul down. Yela Nurul manusia biasa kadang ada masa down ada masa ok. Nama pun manusia tak ada yang sempurna dan tak lepas dari buat silap. Pendorong Nurul yang ketiga tentulah tak lain tak bukan sahabat Asmak Nurul, che ta @  Rozita Ab'du

PENGALAMAN BERHARGA BERSAMA MINYAK VIRAL

Image
  Sepanjang dua tahun jadi agen dan empat tahun jadi pengguna produk Asmak, Nurul memang suka sangat minyak herba asmak. Kalau nak tahu setiap kali Nurul dapat hadiah menang contest, mesti simpankan siap-siap stok anak. Bila buka je botol baru, Nurul akan masukkan siap-siap ke dalam empat botol.  Kenapa empat botol? Sebab satu letak kat ruang tamu, satu kat dapur, satu kat bilik Nurul, satu kat bilik belajar anak-anak. Penting simpan botol lama sebab boleh guna kelak nak refill.  Anak-anak memang dah serasi sangat. Memang masing-masing dah tahu lepas mandi mesti nak sapu. Tak payah tunggu Nurul kadang kakak yang tolong sapukan. Kalau malam santai depan TV mesti hulur minyak asmak nak mama sapukan. Masa tu juga bonding Nurul dan anak-anak sambil sapu sambil borak. Kenapa kami suka minyak asmak ni sebab jimat sangat hanya sebotol ni cukup dah untuk legakan sakit perut, luka berdarah, kena minyak panas, sakit kepala, lenguh-lenguh badan. Yang paling best anak suka sebab berangin je tak pa

POKOK SEGAR ASMAK

Image
  Bila akar kuat, pokok pon segar & sihat.  Cari bisnes carilah yang stabil & kukuh walaupun dah bertahun. Bisnes yang sentiasa menjaga batas-batas agama. Bisnes yang produknya sentiasa menjadi perbualan mulut ke mulut daripada penggunanya. Bisnes yang real, yang mempunyai produk yang mendapat tempat dihati pelanggan untuk dipasarkan.

CAKAPLAH PERKARA YANG BAIK UNTUK SEORANG ANAK

Image
  Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya.” (HR Tirmizi No: 1828)  Doa seorang ibu itu sangat mustajab. Doa seorang ibu untuk anaknya tiada dinding penghalang. Doa seorang ibu itu tidak berhijab.  Dan doa seorang ibu akan terus didengari oleh Allah dengan tidak dipalang. #Komikasmak #mamanurulasmak

PENGALAMAN MEROTI INDAH SEKALI

Image
  Pengalaman pertama Nurul ceburi bisnes adalah menjual roti. Hampir dua tahun juga Nurul terjebak dengan meroti ni dari tahun 2015 hingga awal tahun 2017.  Bisnes untuk Nurul yang tak ada asas meniaga ni adalah agak sangat mencabar. Dari belajar membuat roti dengan kakak sendiri selain tanya kawan-kawan yang meniaga roti, Nurul juga sertai group kelab roti di FB dan ada group meroti di wassap. Dulu, kawan Nurul adalah geng roti. Walaupun penat jual roti tapi menjadi satu kepuasan bila roti yang kita buat tu tehabis jual dan mendapat order dari pelanggan tetap. Banyak pengalaman Nurul masa jual roti selain duit untung tu tampung perbelanjaan kami sekeluarga, Nurul ada pelbagai pengalaman yang mana roti tak naik-naik, roti hangus, mesin uli jem tak nak jalan, tersalah set api atas saja, eh macam-macam ragam la kalau ingat balik tersenyum sendiri. Tapi itulah yang menjadi titik permulaan Nurul suka berbisnes. Selain dari bagi kepuasan pada pelanggan Nurul juga suka kongsi rezeki bila ada

KELENGKAPAN SEISI RUMAH YANG MELEGAKAN

Image
  Produk Asmak ni bagus sebab lengkap untuk seisi rumah samada masalah dalam mahupun luaran. Ianya meliputi kegunaan dari rambut hingga hujung kaki samada dari bayi hingga warga emas boleh guna. Asmak ada pelbgai set yang berasaskan bahan semulajadi. Antaranya ialah : Set kesihatan  Set penjagaan bayi  Set berpantang Set penjagaan rambut Set penjagaan diri Set penjagaan kulit wajah Set pemakanan  Kualiti produk asmak setanding dengan harganya yang mampu milik dan mesra pengguna.  Asmak menyediakan saiz produk mengikut budget dan keperluan pengguna sesuai dengan kehendak produk yang sangat mendapat tempat yang tinggi di hati pengguna. Anak sihat, hati tenang, keluarga ceria, hidup bahagia. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

APA YANG BESTNYA MINYAK HERBA ASMAK

Image
  Dalam banyak-banyak produk Asmak, Nurul paling suka MINYAK HERBA ASMAK. Baunya yang sedap dan rasanya yang tak panas hanya berangin saja buat hati Nurul terpaut suka. Pengalaman pertama Nurul tahun 2016, anak masih kecik batuk teruk elok dan lega dengan sapuan minyak herba asmak. Lendir yang lama tersimpan rapi dalam badan tu akhiranya keluar sedikit demi sedikit di pampers anak. Hati yang gundah gulana sebelum ni akhirnya lega jua. Kali pertama guna berkesan itulah yang membuatkan Nurul setia guna hingga ke hari ni. Rasa tak senang hati bila tahu ada ibu lain yang turut alami benda yang sama yang pernah Nurul lalui dulu kala. Dalam sebotol Minyak Herba Asmak ni banyak khasiat yang ramai tak tahu lagi. Ianya bukan khusus untuk batuk selsema saja. Malah elok untuk yang sembelit, kembung perut dan senggugut, migrain dan sakit kepala, luka berdarah dan bengkak, ekzema dan gatal-gatal kena gigit binatang. Eh memang jimat sangat la dalam sebotol ni Minyak Herba Asmak. Kalau tak serasi tak

SURIRUMAH PUNYA HATI DAN PERASAN MACAM MANUSIA LAIN JUA

  Mungkin surirumah ni adalah HINA di mata manusia. Tak ada gaji sendiri, malah tak ada duit sendiri. Tabungan sendiri entah ke mana. . Tapi... itu dulu. . . . Sekarang surirumah la orang paling KAYA. . Kaya dengan AMAL. Kaya dengan SEDEKAH. Kaya dengan INFAQ. Kaya dengan ILMU. Kaya dengan SIMPANAN sendiri. Kaya dengan TABUNGAN ANAK. . Kita siapa nak menidakkan takdir Allah. Bahagian dia jadi surirumah. . Yang bekerja kadang banyak hutang piutang. Yang bekerja kadang pinjam sana sini nak tunggu gaji. Yang bekerja kadang mudah terdedah dengan pelbagai dosa. . Kenapa kita nak bandingkan hidup surirumah dengan orang lain yang bekerjaya. . . . Kita ni sebagai manusia kena berpijak di bumi yang nyata. Jangan berlagak sombong. Jangan sesekali hina surirumah ni. Esok lusa tulat dia yang kau caci dan benci itulah yang tolong masa susah kelak. . Dia juga punya perasaan.  Dia juga nak kereta mewah dan rumah besar. Dia juga nak kerjaya hebat dan ada gaji. Dia pun nak ada simpanan sendiri. Dia pun

MANiSNYA BERSAMA ASMAK

Image
  Kalau nak cerita pengalaman lucu Nurul sepanjang bersama berbisnes Asmak, macam-macam tau.  Dalam banyak-banyak pengalaman, yang ni paling lucu sekali. Sebelum pergi macam biasalah tekan waze. Nurul memang jenis tak ingat jalan. Hihihi Bawa kereta macam biasa sampai je rumah customer terus telefon. Sekali dia kata, “tak ada pun Nurul kat luar rumah?” . . Nurul : “Haaa, eh betul dah ni rumah shu ada kereta xxx kan?” “Pagar warna Coklat kan”.  Shu : “Fariha, awak salah rumah la. Rumah kita lorong xxx” . . Letak fon terus ketawa tepuk dahi. Astagfirullah, punya la yakin tadi siap amik gambar lagi. Adehhh. Pengajaran betul. Lain kali ingat lorong berapa sebab kadangkala nombor rumah sama kedudukan sama lorong je berbeza. Kenangan sungguh!

PEMUDAH CARA PELAGA TAK TERKATA

Image
  Yang pekat, likat ada serdak ni la yang bagus tau. . Bagus untuk apa? . Untuk cairkan kahak. Jangan terkejut pula bila sapu kerap nanti kahak cair keluar lalu najis anak.  . Tup.. tuppp... 👍🏻Buka je pampers banyak lendir. 👍🏻Tengah leka main, terbatuk terkeluar kahak seketul likat pekat 👍🏻Terbersin-bersin terkeluar semua lendir hingus . Tak percaya? . HARUSLAH cuba. #minyakherbaasmak #agenasmakkotamasai

KENANGAN INDAH TAK KAN MUDAH DILUPAKAN

Image
  Biarpun kerenah anak-anak sesekali buat kita rasa marah, hakikatnya merekalah ubat hilangkan penat dan stress kita sebenarnya.  Anak-anak penghibur hati yang akan dirindui bila kita semakin tua.  #KomikAsmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

MUSIM PKPB NI JOM BUAT DUIT BERSAMA ASMAK

Image
  Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hentikan alasan! Hentikan rungutan! Hentikan harapan! Usaha semampu yang boleh.  Jom kita buktikan surirumah juga boleh mencipta KEKAYAAN untuk bekalan di sana. Nurul sedia bimbing kalian sampai berjaya. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai #teammamanurul

4 PERKARA WAJIB SEBELUM MENJADI AGEN JUALAN

Image
  Antara perkara yang penting bila berniaga bukan berapa juta jualan yang dapat buat dalam sebulan tetapi keberkatan.  Berusahalah mencari keberkatan dalam rezeki anda. Jauhi dari melanggar perkara yang dilarang Allah demi mengejar kekayaan dunia.  #KomikAsmak #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PEMUDAH CARA SENYUM LEGA TAK TERKATA

Image
  Dari kandungan masuk 4 bulan hinggalah dalam pantang saya amalkan madu kurma merah ni. Alhamdulillah, HB cantik je. Sembelit pon tak ada sepanjang mengandung. Badan pon maintain bertenaga je setiap hari. Susu badan tak payah cakap la, memang meriah sangat. Lepas baby keluar, saya tak perlu nak risau pasal susu badan tak ada. Sebab susu badan saya sentiasa cukup untuk baby. Nak tinggalkan pergi kerja nanti pon tak risau dah. Susu pekat dan banyak keluar sampai lencun baju. Rezeki anak kali ni. Alhamdulillah. Masa bersalin sebelum ni, gigih rebus sendiri air buah longan tau. Tapi sekarang dah jimat masa, tak perlu risau pasal susu badan lagi. Rasanya sedap, memang kena dengan tekak tambah lagi minum bersama susu segar. Manisnya tak muak, nak minum lagi dan lagi. Ada yg nak Nurul bantu tak?

BERMULANYA NURUL BERASMAK

Image
  Cerita Nurul bermula sekitar 2016, masa tu anak nombor dua batuk lama lebih dari sebulan. Macam-macam Nurul ikhtiarkan untuk sembuhkan batuknya, dari rawatan dalaman mahupun luaran. Segala petua orang-orang tua Nurul ikhtiarkan malah sampai ke klinik sonotron sebab risaukan batuknya yang semakin melarat teruk. Tapi tak juga sembuh. Satu ketika, sedang sibuk Nurul mencari petua dengan cik google, terjumpalah tentang Minyak Herba Asmak. Terus Nurul bertanyakan di kumpulan wassap taman Nurul tinggal dan jiran bantu belikan. Kami kongsi ramai-ramai beli banyak. Masa tu Nurul beli 3 botol yang saiz sedang untuk Nurul, ibu dan kakak Nurul. Syukur Alhamdulillah, Nurul sapu seperti agen sarankan dengan kerap dan konsisten, tak lama lepas tu, dengan izin Allah jua batuk anak Nurul sembuh juga. Lega rasanya tak terkata. Lapang hati dan dada anak dah sihat. Sejak tu terus Nurul guna sampailah anak ketiga. Kalau dah serasi, memang setialah sampai bila-bila. Entah macam mana nak dijadikan cerita,

SAPUAN YANG MEMBERI KETENANGAN

Image
  Ehhh, betul ke bila sapu Minyak Herba Asmak ni anak tak meragam lagi?  Betul ke berkesan untuk menenangkan anak?  Alhamdulillah berkat ikhtiar sapuan dan urutan yang betul memang dapat membantu anak lebih tenang dan selesa. Pakej ibu dan anak nyenyak sekali. Dalam Minyak Asmak ada habatussauda dan gamat yang mana bau aromanya memberi kesegaran dan merangsang ketenangan.  Itu yang bila kena sapu anak rasa relaks dan tenang je lepas tu boleh lelap sendiri. Alhamdulillah sangat berbaloi-baloi. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

PAKEJ SUPERJIMAT BERIBU KHASIAT

Image
Waktu mengandung dulu-dulu, HB jangan cakap la. Merah saja tak pernah merasa biru. Kali ni konsisten je minum susu segar dan madu kurma ni. Bacaan HB dari 7 terus naik 9. Doc pun suruh teruskan je minum. Dah memang nampak kesan positif. Lepas bersalin tetap teruskan minum jugak. Niat dari dulu lagi memang nak susukan anak-anak. Lagi bertambah meriah susu kiri dan kanan.  Tak sangka, belum habis pantang, stok susu dah penuh peti sejuk beku. Berat anak jangan cakap la, memang naik dengan jayanya. Tapi lenguh tangan nak mendukungnya. Yang paling tak sangka, sembelit pun tak ada. Uishhh, lawas betul. Buasir pun lama-lama mengecil. Tak payah dah berjam-jam lama dalam tanda, tak perlu lagi ubat pancit. Menjadi sungguh la madu kurma merah ni.  Pakej lengkap!

PELEGA DENYUT TERHANTUK

Image
  Tak ada apa yang lebih menggembirakan hati ni, bila bangun pagi belek-belek dahi anak bujang tak bengkak biru ungu lagi. Leganya, Allah je yang tahu dalam hati ni. Syukur alhamdulillah. Bolehlah tarik nafas sikit. Semalaman tak lena tidur mama dibuatnya, gara-gara memujuk dia meraung kesakitan sebab terhantuk bucu katil. Kalau dah meraung tu pepeham jela ye, memang sakit bebeno nampaknya tu. Sampai terbawa-bawa ke mimpi sakitnya tu. Sambil Nurul pujuk tangisan yang nyaring kuat kedengaran sampai ke rumah jiran tu, tangan Nurul tak berhenti sambil usap dahinya dengan minyak herba asmak sekerap yang mungkin. Tak sedar entah bila terlelap hingga terlena kami, tahu-tahu je dengar azan subuh. Syukur la sangat Allah temukan dengan Minyak Herba Asmak ni. Apa-apa je, capai botol Asmak yang anak hulurkan dulu. Alhamdulillah, serasi buat kami sekeluarga. Kalau nak tahu apa yang best sangat sampai satu keluarga Nurul suka? Meh kita risik-risik. Mana tahu nak meminang sebotol dua kan. Berbaloi p