BERMULANYA NURUL BERASMAK

 










Cerita Nurul bermula sekitar 2016, masa tu anak nombor dua batuk lama lebih dari sebulan. Macam-macam Nurul ikhtiarkan untuk sembuhkan batuknya, dari rawatan dalaman mahupun luaran.


Segala petua orang-orang tua Nurul ikhtiarkan malah sampai ke klinik sonotron sebab risaukan batuknya yang semakin melarat teruk. Tapi tak juga sembuh.


Satu ketika, sedang sibuk Nurul mencari petua dengan cik google, terjumpalah tentang Minyak Herba Asmak. Terus Nurul bertanyakan di kumpulan wassap taman Nurul tinggal dan jiran bantu belikan. Kami kongsi ramai-ramai beli banyak. Masa tu Nurul beli 3 botol yang saiz sedang untuk Nurul, ibu dan kakak Nurul.


Syukur Alhamdulillah, Nurul sapu seperti agen sarankan dengan kerap dan konsisten, tak lama lepas tu, dengan izin Allah jua batuk anak Nurul sembuh juga. Lega rasanya tak terkata. Lapang hati dan dada anak dah sihat. Sejak tu terus Nurul guna sampailah anak ketiga. Kalau dah serasi, memang setialah sampai bila-bila.


Entah macam mana nak dijadikan cerita, yela Nurul tak bekerja. Jadi ada masa lapang lepas siap kerja rumah sambil-sambil menonton televisyen bukalah facebook. Masa tu suka tengok pengedar-pengedar Asmak buat pertandingan di Kelab Ibu Mengandung Malaysia. Nurul selalu sertai tau. Yela, mencuba nasib. Hihihi. 

Tak habis kat situ, Nurul tambah rakan pengedar Asmak dan baca perkongsian mereka. Masa tu rasa macam seronok pula lah agen asmak ni. Sampai satu ketika ada tertengok post KG Faz tentang FnC. 


Cakap pasal post Faz berkenaan trial FnC tu, kebetulan Nurul memang nak balik kampung dan teringat ibu Nurul selalu mengadu sakit bahu dan pinggang, jadi nak cubalah belikan FnC yang saiz kecil tu. Masa tu KG Faz adalah tawarkan pasal pembelian RM30 dapat 1 cop dan layak sertai AMC kad. Tapi yela, kita tak bekerja dan baru nak cuba, jadi beli dua je  dulu yang saiz kecil.


Semangat KG Faz tak putus kat situ je tau, dalam seminggu atau dua minggu lepas tu, KG Faz ada wassap Nurul pula bagitahu berkenaan tawaran sertai agen Asmak dengan harga promosi. Tapi Nurul tak bagi jawapan terus dan minta amsa untuk buat keputusan.


Setelah memikirkan banyak kali dan bertanyakan dengan suami, solat istikharah, suami izinkan asalkan jangan abaikan anak-anak. Itulah bermula Nurul bersama Asmak Oktober 2018.


Kalau nak tahu, masa tu rasa seronok la sebab suami dah setuju dan bagi sokongan. Nurul bermula dengan tak tahu apa-apa sangat pasal perniagaan ni. Tak kiralah offline mahupun online. KG Faz masukkan Nurul dalam wassap kumpulan pengedar dibawah dia. 


Di situlah bermula kisah Nurul bersama Asmak. Seronok sangat dapat sertai Asmak ni sebab ada kawan-kawan yang sentiasa positif dan bersemangat. Dari Nurul tak pandai menulis di facebook, tak reti nak menjual di wassap mahupun jual depan-depan bersemuka, belian barang dengan KG Faz pun setakat memenuhi syarat minimum agen je masa tu.


Kalau nak tahu, Nurul ni memang suka membaca perkongsian kawan-kawan dalam kumpulan di bawah KG Faz. Dari situ Nurul bersemangat dan Nurul lebih bersemangat lepas dapat coaching dengan KG Faz awal Januari tahun 2019. Masa tu KG Faz ajar Nurul macam-macam teknik yang selama ni Nurul tak tahu.


Elok je balik dari coaching dengan KG Faz, Nurul rasa semangat luar biasa. Lain macam sangat. Macam-macam idea keluar. Ligat berfikir macam tak cukup tangan nak buat itu ini. Nurul terus Praktikkan apa KG Faz ajar dan buat sehabis baik. Dari restock RM300 ke RM500. Bulan Februari Nurul dah mula restock RM1000. Bulan Februari juga Nurul buat program Asmak di taman tempat Nurul tinggal dengan bantuan KG Faz dan sponsor dari HQ Asmak.


Jutaan terima kasih kepada Puan Nor Fazilah dan staf HQ yang tak pernah putus-putus membantu kami pengedar Asmak dalam menyebarkan manfaat produk Asmak. Saya terinspirasi dengan CEO Asmak Puan Nor Fazilah yang tak pernah jemu memberi kata-kata semangat dan tak pernah jemu membantu kami berkongsi ilmu dan sering menasihatkan dalam kami melebarkan sayap menyebarkan manfaat Asmak dan menaja pelbagai pertandingan bersama Asmak. 


Kini dah genap 2 tahun Nurul bersama Asmak, Nurul rasa macam dah lama sangat sertai Asmak dan rasa rugi tak sertai Asmak dari mula Nurul gunakan Minyak Herba Asmak lagi. Alangkah ruginya kan? Adududud. Mungkin dulu, tak terfikir. Tapi sekarang, dah boleh buka mata dan buka minda bahawa apa segala yang kita buat, pastikan niat tu hanya kerana Allah semata-mata, bukan keuntungan semata-mata tapi sebab keberkesanan, kemujaraban dan keserasiannya pada pelanggan buat Nurul gembira dan terus bersemangat.


Kalau nak tahu, macam-macam Nurul dapat sejak sertai Asmak tak kiralah dari KG Faz mahupun dari HQ. Selain dari penghargaan capai target kumpulan dan target HQ, Asmak ni istimewa sangat sebab selalu buat pertandingan untuk pengedar mahupun pengguna. Seronoknya hanya Tuhan je tahu bila kita dapat tau. Jarang sekali lah Nurul jumpa CEO dan HQ yang selalu nak bagi hadiah kat pengedar. Ada tu memang ada, tapi takde lah macam Asmak ni. 


Syukur Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua Nurul dapat belanja anak-anak beli makan apa yang mereka gemari, beli mainan dan bagi ibu ayah Nurul duit poket selain dari buat korban masa raya haji. Sebelum ni Nurul pernah terjebak buat jualan roti secara kecil-kecilan tapi sejak alahan mengandung anak ketiga suami minta berhenti dan rehat. 


Hati ni rasa sangat seronok sangat sekarang dapat beli apa-apa dari usaha Nurul, berkat dari sokongan suami dan kawan-kawan dalam kumpulan Asmak juga. Biasa guna duit suami bagi Nurul yang setiap bulan tu je. Tapi sekarang, lain tau. Hasil usaha kita. Duit suami bagi Nurul simpan je.


Kalau nak tahu Asmak ni istimewa sangat. Istimewa bukan sahaja dengan produknya yang luar biasa keserasiannya malah penuh dengan kejutan hadiah tau. Pelanggan Nurul rata-rata cakap seronok la beli dengan Nurul sebab ada je terselit hadiah. Malah mereka suka ulang beli sebab keserasiannya yang melegakan dan mujarab. Semuanya dengan izin Allah jua. Kita sebagai manusia hanya ikhtiar, tapi Allah sembuhkan.


Kadang-kadang, bila fikir balik macam tak percaya, tapi tulah bila dah jadi semuanya tak disangka. Nurul merasa personal sales RM2000 dua kali masa Jun 2019 dan Oktober 2019. Alhamdulillah setelah sekian lama tak naik pentas, dapat hadir ke Asmak Grand Award 2020 dan terima hadiah Top 3 Agen 2019 selain hadiah saguhati blogger Agen Asmak. Itulah saat  yang menjadi memori indah dalam hidup Nurul sepanjang tak bekerja dan ada keluarga.


Syukur pada Allah dengan rezeki yang diberi ini. Moga Allah mudahkan urusan Nurul dalam menyebarkan manfaat Asmak kepada orang lain.


Harapan Nurul moga impian Nurul dan doa ibu ayah Nurul satu hari nanti akan termakbul jua, akan tiba jua masanya untuk Nurul naik satu anak tangga lagi dengan gelaran Stokis Daerah. Masa tu akan ada ramai agen di bawah bimbingan Nurul.


Apa yang Nurul perlu buat sekarang kembangkan team yang sedia ada untuk mereka konsisten dan terus bersemangat. Jadikan peluang yang ada ni sebagai satu lubuk untuk mengumpul pahala bekalan di sana kelak.


Satu istimewanya Asmak ni yang Nurul suka, CEO Asmak sangat tekankan hal agama seperti solat di awal waktu, tutup aurat dengan sempurna, bayar zakat perniagaan, konsisten sedekah, buat infaq dan hadirkan diri dalam kuliah agama mingguan. Nampak tak? Business tetap business tapi soal akhirat tak pernah abaikan.


Itulah lebihnya Asmak berbanding yang lain yang tiada tandingan. 


Terima kasih KG Fazlina Kamarazaman bawa dunia ke dalam Asmak yang sangat seronok dan terima kasih Puan CEO founder Asmak Nor Fazilah Abd Mohd atas segala ilmu, nasihat dan bimbingan yang tak pernah jemu.


Tindakan kita hari ni penentu siapa kita dimasa di akan datang selari dengan usaha dan doa yang berterusan.

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT