PENGALAMAN MEROTI INDAH SEKALI
Pengalaman pertama Nurul ceburi bisnes adalah menjual roti. Hampir dua tahun juga Nurul terjebak dengan meroti ni dari tahun 2015 hingga awal tahun 2017.
Bisnes untuk Nurul yang tak ada asas meniaga ni adalah agak sangat mencabar. Dari belajar membuat roti dengan kakak sendiri selain tanya kawan-kawan yang meniaga roti, Nurul juga sertai group kelab roti di FB dan ada group meroti di wassap.
Dulu, kawan Nurul adalah geng roti. Walaupun penat jual roti tapi menjadi satu kepuasan bila roti yang kita buat tu tehabis jual dan mendapat order dari pelanggan tetap.
Banyak pengalaman Nurul masa jual roti selain duit untung tu tampung perbelanjaan kami sekeluarga, Nurul ada pelbagai pengalaman yang mana roti tak naik-naik, roti hangus, mesin uli jem tak nak jalan, tersalah set api atas saja, eh macam-macam ragam la kalau ingat balik tersenyum sendiri.
Tapi itulah yang menjadi titik permulaan Nurul suka berbisnes. Selain dari bagi kepuasan pada pelanggan Nurul juga suka kongsi rezeki bila ada permintaan untuk kenduri atau sesuatu majlis.
Itulah orang kata, kalau dah minat, penat tu kita sanggup ketepikan untuk berikan kepuasan dan kegembiraan. Itulah pengalaman meroti Nurul yang tak dapat dilupakan hingga masa kini.
Kalau nak tengok kaedah meroti cara Nurul boleh tekan link https://www.facebook.com/100029802800913/posts/194883671515058/?extid=0&d=n
Kenangan mengusik jiwa.
Comments
Post a Comment