PERMULAAN YANG MENGUJAKAN DAN TERUS BERSEMANGAT
Nurul asalnya dari pengguna Minyak Herba Asmak. Dari 2016 Nurul guna. Entah macam mana bertemu jodoh dengan KG Faz hujung oktober 2018. Seminggu dua juga Nurul ambil masa nak fikir sebelum bergelar agen Asmak. Masa tu Nurul grab promosi daftar agen asmak. Yelah, promosi ni bukan datang selalu. Ye dak?
Bermulalah episod Nurul jadi agen. Masa tu tak ada basic pun. Sebab masa join dua bisnes sebelum ni tak ada ajar online basic pun. Asal Nurul tak faham je tanya KG Faz. Kadang segan dengan Faz terus tanya team je. Rumah kami dulu tak la dekat dan tak la jauh sangat
juga, jadi urusan nak restock barang tu mudah la sikit.
Sepanjang jadi agen ni, Nurul ikut je apa saranan KG Faz dan apa nasihat founder, orang kata nak berjaya kena ikut contoh leader, KG yang hebat-hebat. Sekarang pun Nurul masih dalam proses belajar. Tambah ilmu untuk perbaiki mana silap dalam bisnes dan betulkan semula teknik yang salah guna sebelum ni.
Dengan Asmak ni, ada saja ilmu baru yang disampaikan oleh founder Asmak sendiri, Puan Nor Fazilah. Kadangkala ada online coaching dengan leader-leader. Mana yang ada masa lebih ada duit lebih mesti isi dengan topup ilmu bisnes. In sha Allah, kalau kita buat ikhlas kerana allah, pasti akan dapat hasilnya. Yang penting kita janganlah mudah putus asa.
Hampir dua tahun Nurul berAsmak, cabaran dan rintangan tu memang ada. Tapi selalunya, Nurul pasti akan rujuk dengan yang pakar, KG Faz. Dalam bisnes ni tipulah kalau semuanya mudah belaka. Kadangkala kita akan lalui saat-saat tertekan, saat nak nangis, saat suka sebab customer beli kombo, tak lepas juga saat berduka, tapi alhamdulillah semuanya masih dalam kawalan.
Kalau nak tahu dalam Asmak ni ukhwah antara kami sangat rapat walau kadangkala tak pernah bersua muka. Memang sesuai sangat la agen asmak ni dengan tagline #WeAreFamily, mudah mesra walau baru kenal, itulah rahsia kami selama ni.
Bisnes ni apa yang paling penting adalah niat kita berniaga ni kerana apa. Ingat BIG WHY kita. In sha Allah, niat yang baik pasti Allah mudahkan jua.
Alhamdulillah walaupun pencapaian Nurul
dalam Asmak tak adalah sehebat mana yang nak dibanggakan, tapi Nurul bersyukur tahun 2020 ni Nurul ada team Nurul sendiri yang sentiasa ada di sisi Nurul sebagai penguat semangat Nurul juga. Seronok ada team dan boleh kongsi ilmu yang kita belajr sebab kita akan lebih faham dan menguasai.
Terima kasih buat semua yang terus ada bersama Nurul dan terus support bisnes Asmak Nurul.
Doakan Nurul untuk naik ke satu anak tangga lagi “stokis daerah” bila tiba masanya jua.
Teruskan sebar kebaikan produk Asmak supaya ramai dapat manfaat bersama.
Comments
Post a Comment