11 TIPS ANAK KECIL SUKA SOLAT
Dia pegang buku cerita ajak mama baca, tapi mama kata sabar sekejap sebab mama nak solat, dia terus cakap nak solat dengan mama la, terus bentang sejadah.
Nak tips tak?
Ni nurul kongsikan ye ikut pengalaman Nurul sendiri.
.
.
.
1. Tunjuk contoh yang baik di depan anak sebab anak kecil ni mudah sangat ikut apa yang dia nampak dan dengar. Biasakan solat di tempat yang anak nampak dan ajak anak solat bersama.
2. Belikan atau hadiahkan peralatan solat yang cantik secara tak langsung menarik minat dia untuk solat sekali tanpa di suruh. Contoh anak lelaki kita belikan kopiah dan sejadah yang dia suka, anak perempuan kita hadiahkan telekung yang dia suka warnanya.
3. Setiap kali nak berwuduk kita ajak anak sekali supaya dia mudah faham dan ingat secara tak langsung mudah dan jimat masa bila anak dah faham dia akan buat secara sendiri tanpa dipaksa.
4. Bila kita nak solat, ajak anak solat bersama sekali bukan kita suruh atau beri arahan.
5. Solatlah berjemaah tak kira waktu samada ibu dan ayah sekali atau ibu bersama anak-anak.
6. Setiap kali baca buku bersama anak, selitkan sekali baca tentang kewajipan bersolat dan sekali sekala semak bacaan dalam solat anak selepas mengaji.
7. Galakkan anak solat dengan buat mini jadual solat yang boleh tampal sticker reward sebagai penaik semangat dan terus konsisten buat tanpa disuruh.
8. Sekali sekala waktu cuti sekolah hantar anak ke kem solat untuk memantapkan lagi bacaan solat anak dengan bimbingan ustaz atau ustazah yang lebih arif.
9. Biasakan bila berjalan pakaikan anak pakaian yang menutup aurat agar mudah nak tunaikan solat walau ke mana saja kita pergi.
10. Bila berjalan biasakan berhenti solat di masjid supaya anak boleh belajar adab di masjid dan bagaimana solat berjemaah secara beramai-ramai.
11. Pujilah anak agar dia rasa dihargai dan rasa suka dengan apa yang dia buat.
Jom lahirkan generasi cintakan Allah dan Rasul.
Semoga bermanfaat.
#MamaNurulAsmak
Comments
Post a Comment