Posts

Showing posts from July, 2019

AMAL MAKAN SENGKUANG CINA UNTUK ELAK BAYI JAUNDIS

Image
Nak tahu tak, Sengkuang Cina ni bagus untuk elak jaundis pada bayi baru lahir. Dalam bahasa inggerisnya 'Water ChestNut'. Ehhhh. JANGAN bagi baby makan/minum. Tapi kita yang makan tau. Baby bawah 6 bulan tidak boleh diberi makan/minum selain susu. Nak cegah tak? Ahaa. Makan bila kandungan dah start 6-7 bulan keatas. Makan lah seminggu beberapa biji. Amalkan sampai bersalin. Tak silap, ada wanita berbangsa cina yang bagi tips ni untuk elak baby ada jaundis selepas kelahiran. Nak dapat kat mana ni? Kat Tesco berlambak weh. Selalu dalam karung macam gambar kat bawah tu.  Rasa dia sedap sangat. Manis-manis epal. Memang sedap kalau nak buat kunyah-kunyah masa pregnant ni. Lagi letak dalam peti sejuk. Pehhh Air tin pon ada tau. Tapi AWAS! Tinggi gula tu. Nanti GDM pulak. Kredit : Fazlina #TeamFazWarrior #AsmakDiamondMega #TeamVsTeam #MamaNurulAsmak

BEDAK ASMAK PELEGA GATAL

Image
Masa sapukan minyak asmak kat dada tadi tengok tangan si kakak jadi luka sebab menggaru. Gatal katanya. Nurul sapukan bedak asmak ni. Lepas 15 minit dia datang cakap mama dah tak rasa nak garu lagi la. Sejuk je bedak ni lega kulit kakak. #MamaNurulAsmak #BedakAsmak

EO BANTU MEMUDAHKAN KERJA IBU DI RUMAH

Image
Anak bujang Nurul seorang ni memang payah sungguh nak suruh tidur tau. Makan boleh tahan tau, tak memilih langsung, tapi berat naik sikit je sebab kurang tidur. Tapi, sejak sapukan EO asmak ni lepas susu je lelap da, terus masuk buai. Boleh la mamanya siapkan kerja rumah sepantas kilat. Ibu-ibu ada yang susah nak tidurkan anak tak? Lebih-lebih lagi jenis yang nak main je melawan mata ngantuknya tu.  Jom nurul bantu ditalian http://www.wasap.my/60137515386/.  #MamaNurulAsmak

TIPS MUDAH SEBELUM MEMULAKAN APA-APA PERNIAGAAN

LANGKAH PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN MOHON RESTU IBU BAPA atau SUAMI Berbincang dengan mereka. Jumpa atau hubungi mereka. Mohon doa mereka untuk kita. Buang perasaan ego untuk meminta maaf, minta restu, doa dan ucapkan rasa sayang dengan ikhlas dan jelas. Biar menangis meminta restu dan doa supaya rezeki dan kejayaan datang silih berganti. PRODUK Pilih produk yang ideal. Margin yang sesuai. Produk yang menjadi keperluan dan permintaan yang tinggi. Andai kata kita orang baru dalam dunia perniagaan dan tak punya asas untuk berniaga, maka pilih sahaja untuk jual produk orang lain. Jangan tamak untuk berniaga produk sendiri.  NIAT  Setiap pagi pasang niat berniaga sejurus bangun dari tidur.  'Sahaja Aku Berniaga Hari Ini Untuk Membantu Lebih Ramai Pelanggan Melalui Manfaat Produk Kerana ALLAH Taala '. Niat berniaga mesti jelas. Jadikan amalan setiap pagi tau. Semoga bermanfaat. #MamaNurulAsmak

RESEPI CAPATI GULUNG BERINTI ALA TWISTER SEMUDAH ABC

Image
Bahan-bahan  *Untuk 2 orang 2 keping Capati sejuk beku 1 biji tomato 3-4 keping salad Sedikit mayonis Sedikit sos cili 3-4 keping nugget Cara-cara : 1. Gorengkan capati dikuali tanpa minyak sehingga masak tapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan capati keras dan liat untuk digigit. 2. Gorengkan nugget secukupnya. 3. Ambil capati yang dah digoreng, kemudian letakkan salad diatasnya. Kalau anda seorang yang gemar makan salad, letakkan lebih. Semuanya bergantung kepada citarasa anda. 4. Kemudian letakkan nugget dan tomato yang telah dipotong bersama sos cili dan mayonis. 5. Gulungkan secukup rasa dan elakkan dari capati patah. 6. Siap sedia untuk dimakan. Resepi mudah untuk keluarga yang ada anak kecil di rumah. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. #MamaNurulAsmak

TIADA LAGI UBAT PANCIT UNTUK SI BUJANG SAYANG

Sedang ralit makan kuih raya sambil menonton hindustan di petang sabtu, kak ngah menyapa. Kak ngah : Iha jual minyak tu untuk apa? Nurul : Oh Minyak herba asmak ke? Minyak asmak ni banyak gunanya kak ngah. Paling berkesan untuk batuk, selsema dan demam. Tapi kembung perut, sembelit dan buasir pun lega tau. Janji kak ngah sapu kerap dan konsisten je. In sha allah lega sangat. Kak ngah : Oh sembelit pun boleh ea? Nak cuba la sebotol. Ni ha adik ni sembelit la sejak baby lagi guna ubat masuk punggung. Nurul : La, ye ke? Elok lah tu, cuba ikhtiarkan sapu kerap. Kak winda pun beli untuk warda dan rizqi katanya serasi. Kak Ngah : Nak beli yang besar la jimat lagipun nak sapu hari-hari. Jimat sikit. Nurul : Betul. Yang besar lagi jimat banding yang kecil. Dua minggu kemudian Nurul mesej kak ngah untuk tanyakan keserasian anaknya. Alhamdulillah dengan izin Allah, adik dah tak perlu lagi ubat pancit untuk lawas buang air besar. Lega tak terkata bila adik boleh buang air besar dengan
KEGUNAAN LEMON TATKALA ANAK DEMAM MAHUPUN BATUK Maklumlah cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan cuaca sebelum ni yang kadangkala hujan. Punya lah dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Demam yang berulang walaupun makan antibiotik habis. Ibu-ibu mesti risau yang amat kalau anak demam. Tapi, kalau nak bagi makan ubat, tak baik pula untuk organ dalaman anak kita yang belum cukup matang itu. Jadi, eloklah kita cari cara lain untuk merawat demam anak kita. Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan buah lemon. Ini kerana buah lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat. Berikut antara teknik merawat demam, batuk atau selsema anak. Cara nak buat pun senang sahaja. Semudah ABC. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah buah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk diambil jusnya. ) 1. Air perahan lemon bersama air (Nisbah 1:1) – Perah lemon ke dal

JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG MIGRAIN

MIGRAIN BOLEH BAWA MAUT KE ?? Migrain! Selalu sangat kita dengar perkataan migrain tapi kita kadang tak tahu apa puncanya bukan? Bila migrain datang, kita pasti cari panadol, minyak kapak, balm, supplement, dan sebagainya. TAPI migrain tetap tak hilang dan kalau sembuh hanya untuk seketika. Kadang-kadang rasa nak hentak kepala kat dinding ataupun keluarkan otak dari kepala sebab terlalu sakit dan membuatkan tak selesa utk melakukan aktiviti harian.  Mula la tak selera nak makan dan sebagainya. Mari kita lihat tanda tanda migrain. 1. TERTEKAN/STRESS MELAMPAU Orang migrain akan rasa tiba-tiba mood jadi down dan tertekan. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk.  2. KURANG TIDUR/BEREHAT Orang yang migrain tak dapat tidur dengan lena, bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain. Kurang tidur da

TAK CUBA SAPU TAK TAHU LAGI

Image
Ramai yang cakap... Dah sapu MINYAK HERBA ASMAK, ⭕anak MUNTAH KAHAK. ⭕keluar HINGUS PEKAT. ⭕najis BERLENDIR. Pastu ramai pulak yang puji... ✅ pernafasan anak LEBIH BAGUS, TIADA BUNYI KAHAK. ✅ anak TIDUR LEBIH LENA. ✅ hingus CEPAT KERING. Itulah penangan MINYAK HERBA ASMAK. Bukan sekadar MINYAK BIASA-BIASA Kesan impaknya LUAR BIASA! #MinyakHerbaAsmak #MamaNurulAsmak

TIPS MAKAN DENGAN SIHAT TANPA BERLAPAR

Image
#SukuSukuSeparuh Kita mulakan langkah demi langkah tau. Langkah semudah ABC! Sebenarnya, kita nak makan apa pun tak kisah. Yang penting cukup semua zat dan masih dalam kawalan. Tips yang mudah kita "cantikkan" pinggan kita semasa makan. Susun ikut kumpulan makanan yang sesuai supaya tidak berlebihan. Karbohidrat, protein, vitamin A,B,C atau D semuanya sama penting yang diperlukan tubuh badan manusia tapi dalam kawalan yang betul. Selamat mencuba! #MamaNurulAsmak

PEMUDAH CARA DI PAGI HARI

Image
Dari jauh kedengaran si kakak bercakap,  "Meh kakak sikatkan rambut adik. Adik, duduk diam-diam,  kakak nak letak minyak. Adik, rambut adik cantik,  sihat, wangi. Lurus je.” “Adik dengar cakap kakak,  kakak pun pakai minyak rambut. Mama belikan untuk kakak. Rambut kakak dah tak kusut. Wangi,  lembut,  berkilat adik. Tengok ni, cantik kan?” "Kakak... Letak sikit je minyak rambut sevenis tu. Sapu atas rambut, bagi rata. " saja mama menyampuk.” Sejak Nurul ada sevenis hair oil, anak-anak memang hari-hari nak bersevenis saja. Minyak ni, tidak melekit dan tidak berminyak sangat. Wangi pun wangi. Ini kerana, kehebatan dari tujuh jenis minyak yang dirumus khas sehingga menjadi sebotol minyak rambut. Taraaaa, 'Sevenis Hair Oil'.  Haa... Ibu-ibu semua,  jom kita rasakan kehebatan rumusan tujuh jenis minyak ni. Tak rugi untuk mencuba minyak rambut ni.  Ingat, anak-anak suka, ibu gembira, bila ibu ceria. Suami pun bahagia. Jangan tak tahu,

JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG ASMA

PERKARA YANG MEMBURUKKAN LAGI ASMA Semua orang tahu perkataan asma tapi berapa ramaikah yang betul-betul kenal asma ni apa. Secara ringkas Asma ni merupakan penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Pendek cerita bila seseorang menghidap asma, saluran pernafasan mereka akan menjadi kemerahan, bengkak, menghasilkan lendir berlebihan dan mudah terangsang (hypersensitive). Ada beberapa perkara lagi kalau anda nak tahu yang boleh menyebabkan asma menjadi teruk. SEJARAH KELUARGA (Family History) Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah. JANTINA & UMUR Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma ALERGIK Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat. MEROKOK (AKTIF&PASIF) Asap rokok boleh memburukkan lagi

PENAWAR RESDUNG BUAT JIHA SELESA

Image
Di waktu malam yang sunyi, sedang otak meligat memikirkan perancangan esok hari. Tiba-tiba, dapat mesej dari pelanggan asmak herbs. Jiha kata sejak makan asmak herbs tidur malam lena tak ada gatal hidung lagi tau. Mata pun tak merenyam lagi dah. Kalau tak, macam nak tercabut rasa matanya menggaru saja. Ha, tak perlu bimbang lagi nak makan makanan laut lagi la pas ni jiha. Asmak Herbs kan ada. Tiada lagi rasa merenyam hidung macam ulat seronok berjalan-jalan dikeliling muka. Malah gatal merenyam di mata pun hilang sekali. Penangan makan Asmak Herbs ni, semuanya dengan izin Allah jua, alhamdulillah. Jom cegah resdung sebelum bertambah melarat. Nurul sedia membantu ditalian http://www.wasap.my/60137515386/ #Asmakherbs #MamaNurulAsmak #WeAreTeamFaz

TIPS ANAK MUDAH HAFAZ SURAH-SURAH LAZIM SEAWAL USIA 3 ATAU 4 TAHUN

Setiap ibu dan ayah di dunia ini mahukan anaknya menjadi seorang anak yang berjaya. Tapi kita jangan lupa, akhirat juga perlu dititikberatkan jua.  Seimbangkan antara dunia dan akhirat bersama. Didik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Kalau kita nak anak hafiz atau hafizah, kita perlu baca quran setiap hari terlebih dahulu. Sebaiknya sebelum anak dihantar ke sekolah tadika, mereka pandai membaca al fatihah dan 3 qul dari tangan dan hasil tunjuk ajar kita sebagai ibu dan ayah mereka.  Mudah-mudahan selagi mana anak-anak kita amalkan surah-surah tersebut, kita sebagai ibu atau ayah yang mengajarnya dapat pahala buat bekalan di akhirat sana. Nurul kongsikan sedikit tips dari pengalaman Nurul sendiri yang Nurul buat pada anak-anak mudah untuk hafaz surah-surah lazim. 1. Amalkan memberi anak-anak madu setiap pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur.  2. Jaga pemakanan anak, kurangkan pengambilan makanan ringan. Sesekali tak mengapa tapi kalau bo

KHASIAT BUNGA RAYA

Image
Bunga raya banyak khasiatnya yang kita tak tahu. Jom ikhtiarkan masalah keguguran rambut dengan bunga raya plus shampoo.  Hanya tonggang, picit dan tuang. Bukan sahaja wangi malah meleraikan masalah keguguran rambut yang kronik, kelemumur dan kehapakan rambut yang melampau.

ANAK MATANG SEBELUM USIANYA

Image
Suatu ketika dahulu, rata rata anak gadis mencecah akhil baligh pada usia 12/13 tahun. Kini, jika anda perhatikan, semakin  ramai anak gadis menjadi matang pada usia yang lebih muda. Di US, 16% anak gadis matang pada usia 7 tahun dan 30% matang pada usia 8 tahun. Hal ini bukan sesuatu perkara yang baik kerana ia melibatkan masalah kesihatan, gangguan emosi serta risiko kanser payudara apabila dewasa. Mengapa trend ini terjadi? . ✅ Kegemukan Kajian menunjukkan, masalah kegemukan yang berlaku pada kanak kanak pada hari ini menyebabkan gangguan pada paras estrogen. ✅ Kurang Aktiviti Fizikal Selain itu, akibat tidak aktif dalam aktiviti fizikal, pasas melatonin semakin berkurangan dan ini merangsang otak untuk memulakan proses kematangan dengan lebih awal. ✅ Pemakanan Pemakanan tidak seimbang yang kaya dengan lemak, bahan proses dan daging juga merupakan antara punca yang dikenalpasti. ✅ Bahan Kimia Pendedahan kepada bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen seperti

RAMBUT LEBAT, LICIN DAN BERKILAT, WANGI PULA TU HANYA DENGAN SEBOTOL MINYAK SAHAJA

Image
Kebiasaanya kalau rambut anak-anak ni bau masam, hapak sebab berpeluh dan berkembap pakai tudung lama atau bersongkok. Kadang kusut masai pula tu. Sabar je kan. Hihi. Nak cium tu kena tahan nafas dulu. Ha, Nurul ada penyelesaiannya tau. Lepas cuci rambut bersih, keringkan, sapu je sevenis hair oil ni. Sapu sehari dua kali, kalau pakai secara konsisten memang nampak perubahan tau. Rambut yang kusut masai tu menjadi lurus dan mudah disikat rapi, malah berkilat dan makin lebat pula. Hitam menawan dan bersinar-sinar gitu. Sevenis hair oil ni istimewa sangat, maklumlah kandungannya dari tujuh jenis minyak tu. Mana nak dapat dalam sebotol ada tujuh jenis minyak kan? Sevenis hair oil lah jawapannya. Jom, Nurul bantu leraikan kekusutan dan kehapakan rambut si manja kesayangan ditalian http://www.wasap.my/60137515386/. #Sevenishairoil #MamaNurulAsmak #weareteamfaz

TIPS CERAI SUSU IBU

TIPS BUAT IBU CERAI SUSU DENGAN ANAK SECARA SEMULAJADI 1. Doa Apa yg kita cakap, apa yg kita fikir dan apa yg niat semua tu doa. Cakap, fikir dan niat yg baik. Setiap hari Nurul akan cakap dan ingatkan anak supaya dia ingat dan simpan dimindanya. Contoh:  alia, alia da besar kan. Da 2 tahun da. Kita minum dalam cawan ni lagi seronok. Mama minum, alia pun minum sama. Cantik cawan mama belikan alia ni. Sedap susu ni. Tak baik membazir allah tak sayang alia nanti. 2. Spesifik Niat dan doa nak berhenti bila dan spesifikkan masa doa.  Contoh :  saya nak berhentikan alia susu badan mulai 10mei2019 ni. Mudahkanlah urusanku ya allah. 3. Tarik minat Beli susu kotak setiap kali pergi berjalan. Nurul memang jenis akan beli susu kotak bila nak berjalan. Perkenalkan pada anak awal supaya dia biasa. 4. Tunjukkan / Galakan Tunjuk gambar abang atau kakaknya masa kecil minum dalam cawan. Setiap hari Nurul akan tunjuk pada anak gambar kakaknya min

SEBOTOL MINYAK MAMPU MELEGAKAN DAN MELERAIKAN KEKUSUTAN DAN KEHAPAKAN RAMBUT SI MANJA KESAYANGAN

Image
RAMBUT LEBAT, LICIN DAN BERKILAT, WANGI PULA TU HANYA DENGAN SEBOTOL MINYAK SAHAJA Kebiasaanya kalau rambut anak-anak ni bau masam, hapak sebab berpeluh dan berkembap pakai tudung lama atau bersongkok. Kadang kusut masai pula tu. Sabar je kan. Hihi. Nak cium tu kena tahan nafas dulu. Ha, Nurul ada penyelesaiannya tau. Lepas cuci rambut bersih, keringkan, sapu je sevenis hair oil ni. Sapu sehari dua kali, kalau pakai secara konsisten memang nampak perubahan tau.  Rambut yang kusut masai tu menjadi lurus dan mudah disikat rapi, malah berkilat dan makin lebat pula. Hitam menawan dan bersinar-sinar gitu. Sevenis hair oil ni istimewa sangat, maklumlah kandungannya dari tujuh jenis minyak tu. Mana nak dapat dalam sebotol ada tujuh jenis minyak kan? Sevenis hair oil lah jawapannya. Jom, Nurul bantu leraikan kekusutan dan kehapakan rambut si manja kesayangan ditalian http://www.wasap.my/60137515386/. #Sevenishairoil #MamaNurulAsmak #weareteamfaz